Sunday, February 10, 2013

drama swasta di petronas



assalamualaikum

tengahari tadi aku singgah petronas jap
nak cari gula and biskut buah tangan nak pegi rumah jiran kenduri
kebetulan masa nak bayar di kaunter ada sorang akak and anak anaknya
dari jauh aku dah dengar suara akak tu bunyi ek semacam je
dari nada suara dah boleh tahu
so aku ambik sebotol ice lemon tea and letak kat kaunter
dia jeling aku...apahal?
macam la kaunter tu bapak ko punya
aku jeling dia balik and buat bodoh

aku blah dari situ and duk tengok tengok kat rak biskut
dari jauh aku dengar dia mintak resit and cjeck balik satu satu barang yang dibeli
mintak maaf nak cakap tapi dari nada suaranya aku tahu akak ni antara golongan manusia yang agak sombong
mentang rambut kau curly mengerbang macam hantu
mentang kereta kau besar sikit
mentang kau bawak handbag jenama sikit
mentang kau pakai blaus and jeans ketat sikit
memang kau cuma bercakap dengan budak di kaunter petronas je pun
at ;east tunjukla sopan orang melayu sikit

so nak dijadikan cerita lepas dia blah, aku terus pegi kaunter and belek barang kat situ
sempatla dengar budak kat kaunter tu nak mengumpat mengutuk akak tadi
nak dijadikan cerita datangla lagi sorang pompuan
terus dia bagi ayat

'dia tu memang macam tu
dia takut kalau anak dia ada terambik barang
tu pasal dia nak check resit satu satu
dia tu kakak saya!'

macam tulah lebih kurang dialog dia
terkedu la budak kat kaunter tu
mengutuk silap masa
pastu budak yang kat kaunter tu jawab

'ooo kakak..' sambil mencebik la kot
sebab aku tak tengok
buat buat sibuk belek barang
padahal pasang telinga.kahkahkah

then pompuan tu sambung lagi

'dok payoh ler awok nak cebek cebek gitu
dok suke saye nok nengok muke awok!"

pehhrrrggg mulut memang laser takde insuran langsung
terkulat kulat budak kat kaunter tu kena sound gitu

aku faham dia mesti marah sebab ada orang nak mengutuk akak dia
tapi masa yang akak dia dengan sombongnya berlagak kat kaunter tadi bukan dia nampak pun
aku bukan nak sokong sesape
bagi aku semua bersalah
2x5, 5x2
customer salah, cashier tu pun salah

yang kelakarnya bila aku nak bayar
air yang aku ambik awal awal tadi and letak di kaunter tu takde
bila tanya  cashier tu dia cakap tak tahu
aku bajet pompuan yang berlagak tu ambik
sebab masa aku letak, dia dah bayar barang dia
tapi dia keluarkan balik semua barang dia dari plastik nak check satu satu dengan resit
lepas tu agaknya termasuk air aku tu sekali dalam plastik dia
sebab aku letak air tu betul betul depan dia kat kaunter tu..

masa yang adiknya bayar pulak aku ada kat tepi
takde nampak pulak dia beli air
and masa tu botol air dah tak ada
so confirmla kot akak yang mula mula tu terambik
tulah cakap banyak sangat
banyak songel itu la ini la
gini punya manusia pun  ada ke


2 comments:

cikji said...

haha nok suko pun ado.
cashier tu pun, nk ngupat pun tunggulah xdok ore.

Anonymous said...

dunia akhir zaman macam tu la ramai orang berlagak dari merendah diri, harta, kuasa, bahagia semua pinjaman allah, takde satu kita punya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...