hati seorang ayah


assalamualaikum

hari ni nak story pasal ayah
minggu lepas on tuesday masa kat tempat kerja
adik kol katanya suruh balik cepat sebab ayah mengadu tak sihat
nak pitam kepala pusing nak ke klinik
so aku mintak leave dengan bos dan terus balik

lepas aku sampai abang pun baru sampai
kebetulan aku pun tengah tak sihat sakit kepala first day period
so abang je hantar ayah pi klinik
kena cucuk satu jarum
katanya ayah darah naik sikit

family belah ayah pun ada yang kena strok
so risau jugak kalau bolld pressure tinggi sangat
esok petangnya aku kol mak dia cakap ayah dah okayla
dah start keluar dari rumah
so okayla takde risau sangat
sampaila khamis aku dah tak singgah rumah mak

hari jumaat satu hari memang aku spend kat rumah mertua je
setel semua kerja rumah basuh and lipat baju
sabtu biasanya aku akan pergi lepak rumah mak
tapi sabtu tu lepas habis tuisyen rupanya ada short meeting and kena kemas tadika
dah lewat petang baru boleh balik
aku memang dah penat sangat tapi gagahkan diri jugak menyinggah rumah mak

bila sampai je ayah ada
and dia nampak tak sihat
pastu bila nampak aku je dia cakap sesuatu yang melukakan hati aku sebagai seorang anak
walaupun nadanya perlahan tapi kata katanya memang tajam menikam hati aku
sedih pun ada, nak marah pun ya

lepas aku explain kenapa aku baru datang ayah diam
lepas tu dia terus duduk kat kerusi
tup tup dengar dia cakap,

"kalau anak ni tengok muka mak ayah, luruh dosa
ni tak sebulan sekali pun susah nak dengar suara.."

ayah sebenarnya jenis yang cool
jarang nak bising pasal anak anak
tapi dalam diam pun mesti ada yang buat dia terasa
lagipun dalam keadaan tak berapa sihat
mestila akan terlebih sensitif
aku faham sangat

aku faham perasaan mak ayah yang sunyi tanpa anak anak
aku pun faham anak anak masing masing sibuk dengan keluarga dengan kerja
lagikan aku yang duduk dekat yang takde anak ni pun berkejar masa
ini kan pulak yang duduk jauh

actually bukan anak tak call pun
aku tahu abang, adik and kakak aku selalu kol mak
selalu cuba untuk kol walau kadang asik tak berangkat
tapi yelah, dalam keadaan yang tak sihat mungkin ayah jadi lebih sensitif
aku tak kata orang lain
hatta aku sendiri sekarang ni pun balik kerja dah lewat
nak balik masak lagi
jarang nak menyinggah rumah mak ayah walau jalan sehala
kena pulak sekarang ni ada abang dengan anak sedara stay rumah mak
so aku fikir takpela aku jarang singga pun

tapi bila jadi macam ni
macam satu tamparan jugak untuk aku la
kena lebih sensitif dengan perasaan orang tua lepas ni
actually bukan dorang nak mintak wang ringgit pun
jenguk luang masa kejap pun dah okay



dah lama tak beli sarapan faveret ayah
roti canai double telur dari kedai yg dia suka 
alang alang keluar awal nak pergi kerja pagi tadi
aku singgah belikan
aku mintak 2 jenis kuah asing
selalu campur je
tapi takut ayah taknak kuah dal so mintak jugak kari

petang tadi singgah masa balik kerja
mak tanya ayah ke yang pesan suh aku belikan
aku cakap tak pun saje je aku nak belikan
nak ambik hati ayah.hehe
mak cakap ayah sukala boleh makan roti canai faveret dia tu sarapan tadi
actually tak susah pun nak gembirakan hati orang tua
:)






Comments

  1. sayu plak rasa baca entry ni muis. rindu ko umi abah aku huhu

    ReplyDelete
  2. akak pun rasa sayu Jugek...dik
    salam kenal ya

    ReplyDelete
  3. salam muis, sorry sesangat, lepas tukar balik dari dot my ke blogspot, certain bloglist hilang, termasuk muis punya. dah masuk kan 1-1 ritu, tak sangka boleh tertinggal. maafkan kami~...tetiba nyanyi lagu p.ramlee kan, hehe...

    terharu pulak baca kisah muis ni, ayah memang camtu, nampak je keras and garang, tapi sebenarnya lembut didalam....

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM