kata je..


assalamualaikum


permulaan hari untuk cuti yang panjang
4 hari straight dari jumaat sampai isnin
suami plus lagi satu hari dia cuti sampai selasa

kata je cuti, bukan nak pergi mana pun
takde plan nak pergi mana pun
tanya suami dia kata tunggula cuti sekolah.huhuhu

kata je cuti tapi aku pagi still kena bangun awal
sebab tuisyen smart aulad dah bermula
jumaat and sabtu dari 9am hingga 1030 am
ahad isnin ni jelah kalau yang betul betul cuti pun

kata je cuti tahun baru cina 
tapi kat area jelawat sesak mengalahkan nak raya puasa
pulak tu hari ni ada sorang dato kat situ buat rumah terbuka dengan jejak waris
dengarnya siap dengan jemputan khas dato' nik aziz
so start dari jam 3 tadi sampaila 9malam nanti jalan kat area jelawat masuk ke kg seneng akan ditutup

kata je mak nak buat majlis maulud malam ni 
tapi aku sampai rumah dah 3 petang
pulak tu tak tolong apa pun.hehe
mak sedara dah ramai yang menolong kat dapur
so aku main dengan anak anak sedara sepupu sepapat lagi bagus.hehehe

kata je hari ni cuaca elok, tapi tersangat sangatla panas 
sampai sakit kepala berdenyut denyut
aku dah ulang mandi sampai 3, 4 kali
cuma ubat je tak telan lagi

kata je hari ni nak buat nasi ayam
last last tak jadi sebab ada makan kenduri rumah pak sedara suami
lagi bagus, aku tak payah masak
esok ada lagi rumah sepupu suami
lusa rumah jiran pulak
syukur alhamdulillah, bukan saja boleh jimat tapi tak payah masak.hehe


anyway, disebabkan semangat 1malaysia, kat sini aku nak wish la jugak to all chinese


;)








Comments