tipsy tuesday: petua hilangkan dagu berlapis




assalamualaikum

kebetulan ensaiklopedia petua melayu lama share tips yang relevan dengan aku
walaupun aku ni kategori berat badan normal tapi aku memang bermasalah tang dagu
asal lebih makan sikit lemak la kot suka naik kat bahagian pipi and dagu
kalau salah snap gambar nampakla bulat semacam
kalau dulu aku ni kategori bujur sireh
la ni dah boleh masuk kategori bulan purnama la kot
padahal body aku slim je.hihihi
slim la sangat kannnnn.... ;p

kat bawah ni ada a few tips yang boleh di apply 
ntah berkesan ke tak tak tahula
tapi aku pun bolehla try sekali nanti



Dagu berlapis bukan saja terbentuk daripada kesan makan berlebihan. Banyak faktor lain yang membantu, menyumbang atau menyebabkan ianya terjadi termasuk cara duduk dan berjalan yang tidak betul.

1. Cuba jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.

2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.

3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.

4. Lakukan senaman dagu dan leher bila-bila ada waktu yangg terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv , atau ketika di pejabat.


PANDUAN UNTUK WANITA

1. Pastikan anda menyertakan bahagian dagu dan leher setiap kali membersih, menyegar dan melembap. 

2. Solekan juga perlu terselaras ke leher dan bahagian bawah dagu. Pastikan bedak alas disapukan rata hingga ke bahagian ini.

3. Jangan sapukan bedak alas di bahagian leher dengan menggunakan teknik dari atas ke bawah. Gunakan pergerakan dari bawah ke atas.

4. Dagu adalah antara bahagian muka yang paling berminyak dan banyak terdapat pundi minyak di situ. Masalah minyak terkumpul di bahagian dagu adalah perkara biasa. Pastikan ia dibersihkan dan dijaga dengan betul.



muis si double chin
gambar kecik sudah..hihihi







Comments

  1. oh~...nak lagi senang, hari-hari joging, pastu join triathlon or ironman, mest hilang semua lemak di badan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D