trend adaptasi novel ke drama/filem


assalamualaikum


engkau adam dan aku hawa, akan ku setia hingga hujung nyawa, sehangat asmara kita..selamanya

hehehe menjiwang pulak malam malam ni
nak membebel trend terbaru drama dan filem masa terkini
mesti dah boleh agak kan?hehe
adaptasi novel ke  drama/filem
bermula dengan lagenda budak setan tak salah aku
filemnya terus meletop letop macam bertih jagung
aku tak heranla sebab novelnya memang best
kegilaan di zaman muda remaja

lepas tu datang pulak ombak tsunami ombak rindu
meletop letop lagi gempak dari lagenda budak setan
sana sini dok izzah, haris ombak rindu

reda je ombak rindu tup tup datang adam dan hawa
adaptasi novel aisya sofea
bagi aku novel ni okayyyyla
tapi dramanya hangat sebab aaron aziz la kot, konfem!
aku ingat aku tengok 1 episod je ka mustika hd 134
episod yg dorang kena tangkap ain hawani dok menggila marah tu
lepas u memang dah tak tengok

lepas tu yang terbaru of coursela setia hujung nyawa
aku rupanya pernah beli novel ni
tajuknya tak ingat, tapi bila tengok over novel baru ingat
satu episod pun aku tak pernah tengok
dengar dengarnya baru je habi tayangan

ada kawan kat tempat kerja dah nak habis cerita baru nak baca novelnya.hehe
hebat sungguh penangan setia hujung nyawa
yang latest pulak adaptasi dari sehangat asmara
yang ni memangla aku rasa nak tengok
sebab aku minat hero dengan heroinnya.hehehe
ceritanya pun berkali ganda best dari yang sebelum ni
konfem lepas ni orang akan bercakap pasal drama ni pulak

yang kelakarnya suami aku pun terjebak sama
semalam dia cakap dia habiskan dua hari masa kat ofis baca novel sehangat asmara
suami aku baca novel? ish ish ish buang tebiat ke apa
minat rita punya pasal sanggupppp



adaptasi novel yang terbaru
semalam kat kedai buku dah melambak masuk buku ni
dengan cover yang terbaru
ni yang cover original


aku pulak boleh diringkaskan:
lagenda budak setan-walau berpuluh kali ulang di astro tak pernah teringin nak tengok
lagenda budak setan:katerina-ada dvd yang suami beli, tapi tak terbukak hati lagi nak beli
ombak rindu-layan kat astro best dengan suami, lepas sejam aku tertidur. boring....nextttt
adam hawa-1 episod je, lepas tu tangan asik dok tekan channel lain saja.hehe
setia hujung nyawa-preview, iklan, hero semua tak tengok tak kenal, heroin kenal sbb berlakon spa Q
sehangat asmara-yang ni insyaallah teringinla nak tengok, tak tengok tengok pun lagi.hihihi


aku layan novel okay
tebal macam mana pn layannn
tapi kalau masuk ke drama/filem, memang aku surrender
ntah la kenapa tak minat la sangat cerita melayu
kalau action movie tengah malam buta esok kerja pun aku bersengkang mata
mak mertua pun komplen aku asik tengok cite omputeh je
bukannya apa, dah tak minat nak buat macam mana
dah jiwa aku ke arah action movie..hehehe







Comments

  1. nanti bolehlah try baca novel PECAH dan ZOMBIJAYA dari FIXI. yang tu pun sedang difilemkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D