Saturday, March 09, 2013

cabaran 7 hari


assalamualaikum

akhirnya hari ni genap 7 hari aku stop makan asam kering dengan air berkarbonat
aku start hari sabtu lepas
memang seminggu ni aku sedaya upaya nak melawan nafsu aku untuk makan dua benda ni
memang berkat kesabaran dengan tekad aku, syukur berjaya jugak

siapa kenal aku mungkin tahu setakat mana ketagihan aku dengan dua benda ni
especially kat asam kering
aku memang dah tahap kronik
aku selalu cakap suami perokok tegar
aku ni pulak ketagihan asam
tiap hari tiap masa mesti nak pekena asam je
lepas makan kalau orang laki suka smoking
aku pulak cari asam nak hilangkan loya tekak

aku sanggup spend banyak duit untuk asam
kalau asam yang aku susah jumpa tapi faveret aku
memang aku sanggup spend duit lebih
stok asam memang tak pernah putus

sabtu lepas aku pergi PKT dengan ayah
macam biasa aku cari asam kering lobak putih, faveret aku 
so bungkus masuk plastik timbang semua aku gerak nak pergi bayar
masa otw nak ke kaunter aku bukak fesbuk
tup tup terbaca sorang kawan aku share pasal benda ni and kaitan dengan mengandung
memang aku pernah terbaca pun
tapi tak tahula kenapa hari tu seolah olah aku ni dapat hidayah
di bukakkan minda dengan hati aku ni
supaya aku seriously stop benda ni

so aku patah balik and letak balik asam tu
terus pergi rak cari susu segar
lama aku kat dpan tu
dok fikir punya fikir punya fikir
sanggup ke aku nak telan susu segar ni
last last aku ambik susu coklat jenama HL
saja nak buat test

lepas aku mesej suami
aku cakap aku nak stop makan asam and minum air gas
suami tak caya, sebab dia cakap dulu aku pernah cakap tapi tak jalan.hehe
kali ni aku cakap betol
dia cakap okay, bagusla..

hari pertama aku masuk kerja aku bagi stok asam aku kat kawan aku
macam biasa dia tak percaya aku nak stop
tiap kali masuk dapur aku nampak asam atas rak pinggan, aku buat tak tahu je
balik rumah malam malam memang terasa rasa la nak asam nak asam
tapi aku ganti dengan makan gula gula fisherman friends
gitulah aku setiap hari
kadang kadang datang perasaan aku nak drive pergi kedai cari asam lepas balik kerja
tapi aku fikir nanti aku boleh tipu orang lain tapi aku malula kat diri aku sendiri

hari ni hari ke 7
pagi tadi singgah beli breakfast, aku masuk cari susu
aku jumpa asam lobak putih paket kecil
aku nak beli
aku cakap takpe makan sikit je
lama aku dok fikir
last last aku tak ambil gerak pergi peti ambik susu segar

bagi orang lain mungkin cerita aku ni remeh
tapi bagi aku benda ni sangat besar ertinya
memang bukan rezeki aku nak dapat baby lagi walau dah hampir 2 tahun berkahwin
tapi sedikit sebanyak aku salahkan diri aku
sebab tak jaga pemakanan aku dari dulu dulu lagi
sekarang mungkin itu jadi salah satu puncanya

rutin aku terbaru:
minum susu segar tiap  hari pagi dengan malam
brekfast dengan epal merah makan dlm kereta otw nak pergi kerja
stop asam and air karbonat
stop makan epal fuji dengan buah lai/pear cina dengan serbuk asam (salah satu faveret aku dulu)
walaupun suami jual burger aku memang langsung tak makan sebab tak suka sangat
megi aku makan tapi seminggu sekali macam tu je
junk foodpun dah kurangkan
lepas ni aku nak try stop makan megi pulak 




 wah kemain lagi aku pangkah wakaka
praktis untuk mengundi sekali ni :p
semoga aku boleh stop dengan benda ni is sha Allah forever

 


2 comments:

aRiZa said...

itulah yg sebaik-baiknya. fast food mcm McD, KFC etc. kalo boleh jgn mkn kerap sgt. hrp lps ni dpt berita baiklah ek. hehe..

FaZiLa said...

Lor aku pn mmg suka mkn epal fuji ngn asam boi.. Asam tu mkn skali skala sbb pk tgh studi.. Huu

Mmg ada terbaca jgkla krngkan mkn bnda masam2 utk persediaan mngandung. Aku pn blum ada lg. mngkin tkde rezeki utk kita lg kan.. Kita bersabar dan sama2 berusaha ek! Hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...