Tuesday, April 09, 2013

bbq di damai melawi chalet



assalamualaikum

nak update entry bbq teachers aulad pintar sabtu lepas
seminggu plan and kutip duit rm20 je sorang
memandangkan rumah ticer bahyah dekat area pantai melawi
so kitorang decide nak buat kat situ jelah

patutnya janji semua gerak dalam kol 2
tapi dekat kol 3 baru sampai and start bakar ayam




tempat pilihan kami
damai melawi chalet
kecil je kawasannya
sebuah kereta masuk dikenakan bayaran rm5
tempat bbq disediakan free saja tak kena cas
eh ke memang semua tempat gitu? 
aku pun tak tahu.hehe




kami sampai je ada satu family
baru siap bbq and dah nak balik
lepas dorang balik kami je yang ada
memang bestla rasa macam pantai tu kami je yang punya
kalau tak disebabkan 'bercuti' konfem aku g mandi pantai dah.hehe
best je baring atas tikar dengan redup angin bertiup sepoi sepoi bahasa
dah lama tak lepak gini kat pantai





tempat pembakaran yang luas
ada dua tempat and tengah tengahnya ada sinki
senang nak buat keje
tapi jaring lapik tu macam kotor je
ntah bekas yang dah berapa puluh orang guna.hehe
kat belakang tu dia buat wakaf besar luas
boleh lepak baring baring jugak kat situ




sebahagian teachers aulad pintar
sambil ber bbq sambil berposing

actually aku snap jugak gambar makanan
tapi ntah kenapa imejnya tak appear, then aku terus delete je
balik rumah baru teringat yang delete tu gambar makanan

antara menu kami ayam n sosej 
mihun ala singapore dengan sambal kicap power
sandwich dengan fruits 
ada jugak keropok dengan air oren

aku macam biasala tangki kecik je
2 kali makan just 2 ketul ayam and 2 senduk mihun
banyak minum air je
yang tapau bawak balik rumah pun semua bagi orang lain makan..

next plan teacher lepas ni ke gambang waterpark pula
masih dalam perancangan
harap harapnya menjadila.. :)






1 comment:

Orga said...

cantik pantai ni, apsal takda orang...kitorang pun dah lama tak bbq, plan nak ke janda baik, tapi sampai sekarang tak jadi-jadi, hm~...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...