Posts

Showing posts from May, 2013

from langkawi with love

Image
assalamualaikum mak dah balik selepas seminggu ke kl so dah seminggu la jugak aku berkampung di rumah mak bila nak balik malam tadi mak cakap barang banyak gila macam duduk sebulan.huhu nasib muat nak masuk kete suami,wakaka aku punyala dok tertunggu tunggu mak balik bukan rindu mak ayah sangat pun bukan rindu nak balik jumpa mentua pun bukan rindu nak balik tidur kat bilik sendiri pun tapi sebab nak benda ni amboi lagi seminggu nak genap 2 tahun aku kawin baru sekarang dapat wedding gift.huhuhu sedih sungguh rasanya apapun, better late than never hershey's nugget tu pulak aku kirim je kirim mulut bukan kirim duit,wakaka anyway, tenq to my sista mommy suri hannah si cute mute berapa dengan pinggan mangkok baru ler kite tahun ni,hihihi anyway, comey la jugak corak tu sebab aku tak minat bunga bunga sangat terima kasih daun keladi len kali pergi nak kirim lagi ;)

dating di KB mall

Image
assalamualaikum isnin lepas suami tetiba je ajak dating kat KB mall sehari sebelum tu dia janji nak g shopping tak sangka la cepat sangat pulak ingat nak pegi weekend aku on jelah kebetulan sandal harian dah terkopek tapak toner dengan foundation pun dah habis plan nak cuci rambut jugak so kite pun terusla kol pn boss cakap kat dia nak keluar jap tengahari tu walaupun cuti sekolah tapi tadika still buka tapi students tak sampai 20 orang pun so bos okay sajolah pukul 12 terus gerak ke sana suami pulak keluar lambat nak kena mengadap bos dia dulu so suami cakap pergila cuci rambut dulu dalam setengah jam lepas tu elok je nak siap baru suami sampai sebenarnya suami kalau bukan sebab nak cari barang dia takdenya nak ajak keluar tetiba macam ni.hehe aku tahu sangat dah pegi survey ps3 padahal aritu dah beli ps2 untuk anak katanya nak start hobby baru dengan main ps3 la pulak pastu peningla dok ikut dia pegi pusing kedai hf kejap nak ya

demam corak tribal

Image
assalamualaikum sekarang ni trend corak tribal la pulak sana sini orang dok pakai corak ni  masa di KB mall isnin lepas macam macam jenis produk dengan corak tribal yang aku jumpa dress, seluar,  blaus, skirt, tudung, kasut, handbag macam macam lah sikit sikit lagi undies semua pun bercorak tribal jugak agaknya huhu ada je kawan yang jual tudung corak tribal tapi aku belum terjebak beli lagi tapi semalam aku pun dah terjebak beli satu blaus tribal jugak memula tu try dress corak tribal ni free size tapi ketat la pulak mengikut bentuk badan then cari cari lagi terjumpa blaus trend sekarang yang labuh belakang senteng kat depan tapi yang ni belakangnya betul2 labuh ala dress dan bahagian depannya labuh paras betis okla tu so aku grab la sehelai nak try pkai dengan skinny jeans kalau pakai dengan skirt takut serabut sangat kot free size tapi dah try dengan baju kurung selapis lagi pun still lose saja beli tone oren sikit asik dok pin

demi suami

assalamualaikum cerita hari sabtu lepas lepas je habis sukan tadika tengahari tu aku dah plan nak ke rumah bff attend wedding dia lepas tu hubby cakap nak balik naik flight pukul 4 so serba salah kalau pergi wedding takut jalan jem ke hapa lambat pulak amibik suami so aku just lepak di tadika then, dekat kol 4 suami cakap tak jadi pula nak balik naik flight maghrib pula rupanya dia tungggu kawan dia apa semua siap tertidur so aku pun sambungla stay lagi kat tadika sorang sorang pulak tu bila dah kol 6 aku siap siap la nak gerak g airport lagipun dah takut nak stay tadika petang petang maghrib macam tu tapi bila mesej balik dengan suami dia cakap tiket awal mahal sangat nak ke LCCT pulak cari tiket air asia atau firefly so aku dudukla tercongok dalam kereta dari kol 6 sampaila ke maghrib suami cakap suruh balik dulu tapi aku malas tapi kalau nak terus tunggu kat sana takut suami lambat sangat and tiket pun tak tahu lagi ada pukul berapa masa ni aku dah start be

bff wedding cik sue comey

Image
assalamualaikum semalam sempat attend wedding my bff since uitm dungun cik sue comey cute mute disebabkan aku tak boleh attend wedding dia hari sabtu so aku join yang kat rumah suami dia saja dalam 11 30 pagi aku dah siap siap nak gerak ke rumah dia bila sampai cik sue belum make up lagi so sempatla sembang apa semua dalam 2 lebih baru gerak ke rumah hubby dia dekat je pun macam akulah jugak bertemu jodoh orang dekat,hehe senang nak balik beraya nanti gambar tahun lepas masa majlis pertunangan cik sue gambar persandingan majlis hari sabtu sebab aku tak dapat hadir, cilok gambar ni dr fb cik sue,hehe cik sue dimake up oleh leuniey isteri apek lagi tu wittt witt wittt... curlasss gitu majlis di rumah hubby cik sue muis tembam dengan pengantin comey comey sangat baju dengan make up cik sue with bff ida, orang kuat majlis cik su kata je duduk satu negeri nak jumpa pun p

selepas 11 tahun

Image
assalamualaikum dah hampir 11 tahun sejak kali terakhir aku pakai skirt lately tetiba rasa nak start pakai skirt balik disebabkan aku ni bukan kategori ayu so skirt memang tak masuk senarai la kot tapi disebabkan sekarang ni asyik pakai dress so terbuka hati la nak berskirt pula selama ni dok usha orang pakai skirt dengan blaus nampak cantik sesangat so minggu lepas kebetulan aku lalu depan satu kedai dia buat sale on jubah so aku singgah la ingat nak tambah koleksi jubah tapi takde saiz la pulak bila pusing je dalam kedai tu nampakla ada dia jual blaus dengan skirt juga kebetulan nampak blaus ala ala hindustan gitu aku terus ambik try and berkenan so mintak skirt juga untuk dimatchingkan.. terus la rasa ayu gitu.. aku pun terjebakla beli sehelai skirt untuk testing manala tahu kot pakai tak selesa  tapi kalau rasa selesa je bolehla tambah koleksi skirt lagi lepas ni disebabkan tamak dua helai blaus ala hindustan aku ambik dua helai corak

peperiksaan memasuki perkhidmatan penolong juruaudit w27

Image
assalamualaikum sabtu minggu lepas aku terpilih menghadiri peperiksaan bawah spa ni dalam seminggu sebelum tu mak kol cakap ada sampai surat dari putrajaya so rupanya surat panggilan peperiksaan aku pun dah lupa bila last aku update spa kiranya nilah kali pertama aku nak attend exam untuk gred 27 kalau yang untuk N41 dah biasa la jugak 2, 3 kali kali ni aku kena exam di nilampuri okayla tempat memang aku dah tahu dekat pulak dengan rumah kawan aku pagi tu aku bungkus breakfast and tumpang makan rumah dia tengahri tu pulak pegi lepak jap rumah dia aku takdela buat preparation sangat aku just print info pasal jabatan audit lepas tu tip nak jawab exam kebetulan sibuk dengan preparation hari sukan so memang agak malasla nak study and pulun betul betul pagi sabtu tu redho sajalah bahagian pertama exam pengetahuan am kalau untuk N41 pengetahuan am memang betul pengetahuan am lah pasal negeri, negara, isu semasa,  bagi yang audit ni ru

persediaan hari sukan

Image
assalamualaikum sabtu ni akan berlangsungla hari sukan tahunan tadika aulad pintar macam biasala kena siapkan kostum dan kelengkapan semua dan macam biasa jugak tugas aku yang kena pergi cari barang barang hujung minggu lepas dah ke mydin untuk beli hadiah permainan antara parents dan anak2 dan juga antara parents dan staff kena pergi tempah hamper juga dan kena beli semua kelengkapan lain walaupun penat tapi bab bab pegang duit and shopping barang aku seronokla.hehe barang plastik jenama lava dana elianware memang harga tersangatla murah di mydin bawah RM5 dah boleh dapat food storage yang saiz besar besar jug pulak siap dengan free glass lagi kertas pembalut pula hanya rm0.50 sehelai memang jimatla sangat.hehe hamper untuk cabutan bertuah tempah di PKT lagi murah kalau compare dengan Mydin Mall bunga manggar ni beli yang dah siap just cucuk di span sahaja bunga manggar ni untuk hiasan khemah students de

celoteh pagi jumaat

assalamualaikum salam jumaat semua kalau hari jumaat barula rasa lapang sikit nak update blog kalau tak serabut kepala je rasa.hehe sebelum nak cerita pasal sambutan hari guru kelmarin nak cerita dulu pasal dinner malam tadi malam tadi disebabkan seharian aku just makan laksa so malam tadi aku ajak suami makan luar sajalah lapar nasi and malas nak masak.hehe kat hujung kampung ada satu gerai tomyam baik punya selalu aku bungkus je tapi disebabkan aku tak bawa tab, tinggal cas di rumah so tiada gambar kalau bawak tab pun tak sempat nak snap gambar kot disebabkan kailan ikan masin dengan telur dadar datang dulu suami terus makan lapar katanya elok tomyam dengan ayam goreng kunyit sampai dia dah nak licin pinggan bertambah lagi separuh pinggan,huhu kenapa aku cakap murah? sebab kami ambik 3 pinggan nasi, teo o limau suam, teh o ais laici, tomyam campur, kailan ikan masin, ayam goreng kunyit dengan telur dadar cuma RM12, bagi aku tersangatla murah hari tu aku maka

entri untuk pn sa'ibah

Image
assalamualaikum walau dah lewat sehari aku baru nak up entri pasal mak sempena Mother's Day la.hehe padahal baru je 2 hari lepas meluah perasaan hati terluka tapi setakat manalah sangat baik mak atau aku sama sama sedar salah sendiri dah aku anak mak, mestila sedikit sebanyak ikut perangai mak kan selalu pun macam tu kalau ada salah faham sikit mestila tak senang duduk esoknya sama ada aku kol atau pergi rumah mak buat buat macam takde apa yang jadi jelah semalam pun aku just singgah rumah mak dengan suami beli makanan sikit sebab pergi balik kerja sekarang ni tak drive sendiri susahla nak cari kek ke apa dulu adala juga aku belikan kek hadiah pulak rancangnya nak belikan tudung untuk mak tempah dengan adik kawan aku tapi maybe lewat sikitla kot tapi takpe sebab minggu lepas aku dah belikan sehelai kurung kedah polkadot untuk mak untuk pakai sehari hari dari haritu lagi dok nak pakai corak butir kacang katanya.hehe mak pulak sedikit c
assalamualaikum.. mesti pernah dengar pepatah ni kan? jauh bau bunga, dekat bau tahi.. kalau orang dulu buat pepatah mesti la bersebab kan? takkan sesaja je kot aku kan dekat dengan mak ayah selalu jelah benda ni terjadi dengan aku kenapala yang jauh jauh tu selalu di puji kita yang dekat ni asik kena hentam je dilambakkan dengan kata kata yang boleh buat hati dengan jiwa kita ni terguris yang jauh bila sekali sekala balik asyik dipuji asyik dilambakkan dengan layanan tip top first class tapi kita yang dekat ni jadi tempat melepaskan geram dan marah semua tak elok semua tak kena tak kira apa yang kita dah buat yang baik semua lupa, yang buruk saja nampak tapi kalau ada apa apa kita yang dekat ni juga yang di cari aku bukan nak membangga diri tapi dari tahun lepas kebanyakan cuti tahunan aku diguna untuk keperluan ayah tahun ni pun sama aku memang tak kisah tapi kenapa aku ni macam tak pernah nak dihargai aku memang sensitif dan aku tak suka bila diri ak

sandwich telur aulad pintar

Image
assalamualaikum salam jumaat semua last update blog jumaat lepas,hehe so semalam masa sesi art and craft sempena theme food students buat sandwich telur la pulak kiranya ni first time yang students buat something yang boleh di ngap,hehe taknak cakap banyak jom layan gambar je setiap students diberi mangkuk, sudu dah telur rebus sebelah so dorang kena hancurkan telur tu sendiri macam macam gaya la ada yang ketuk dengan sudu pung pang pung pang nasib tak pecah mangkuk,hehe so teacher kena la ajar supaya tekan dengan belakang sudu pelan pelan buatla sampai telur tu hancur then bila dah hancur suruh dorang masukkan sendiri mayonis dan gaulkan mulanya nak bagi juga sos tomato tapi bila nak guna rupanya sos dah expired,hehe tapi tambahkan juga sedikit serbuk lada sulah untuk rasa yang lebih sedap dah siap suruh je dorang sudukan dan letak atas roti dan ratakan roti je teacher dah potongkan siap siap then bila dah

resepi mudah: bawal 3 rasa

Image
assalamualaikum asal hari cuti je takde nak fikir benda lain dah celik je mata terus 'hari ni nak masak apa? nak makan apa?' dah cane aku tak stress benda kecil je pun kan.hehehe hari ni nak share resepi mudah ikan 3 rasa pulak kalau selalu aku guna ikan kembung tapi kali ni aku masak ikan bawal pulak balik je dari kerja singgah beli ikan segar dari tok bali balik rumah terus masak memangla konfem sedap manis isinya ni resepi mengikut selera aku seekor ikan bawal rm7 ni ngam ngam makan 3 beranak ye.hehe bahan bahan: bawang merah, bawang besar, bawang putih dipotong dadu cili padi siam dipotong kecil dan limau purut tomato sebiji sos tiram, sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap lada kisar cara membuatnya: tumiskan bawang dengan lada, masukkan cili kisar bila dah garing baru masukkan semua jenis sos kalu nak tambah air asam jawa boleh je aku masak ikut mood kalau rasa nak letk belacan pun aku main letak je.hehe

leisure time: royalti: amanah dikhianati

Image
assalamualaikum semalam cuti hari pekerja tapi aku tak kemana mana pun just duduk rumah basuh baju, lipat baju then layan movie non stop petang sikit gerak pi rumah mak tu jelah aktiviti boring hari cuti aku.hehe terjumpa buku ni nampak menarik je aku kan peminat merah.hehe selama ni memang tak ambik tahu sangat pun pasal isu Royalti ni dah baca buku ni barula tahu nape dok kalut pasal royalti ni malasla nak cakap lebih lebih tapi berdasarkan apa yang aku baca and atas dasar aku anak kelantan of kosla aku sokong merah kannnn... terus terang cakap aku tak kisah siapa nak tadbir kerajaan yang penting kelantan aku tetap nak PAS walaupun mak ayah penyokong tegar biru,wakaka ;)