peperiksaan memasuki perkhidmatan penolong juruaudit w27

assalamualaikum

sabtu minggu lepas aku terpilih menghadiri peperiksaan bawah spa ni
dalam seminggu sebelum tu mak kol cakap ada sampai surat dari putrajaya
so rupanya surat panggilan peperiksaan
aku pun dah lupa bila last aku update spa
kiranya nilah kali pertama aku nak attend exam untuk gred 27
kalau yang untuk N41 dah biasa la jugak 2, 3 kali



kali ni aku kena exam di nilampuri
okayla tempat memang aku dah tahu
dekat pulak dengan rumah kawan aku
pagi tu aku bungkus breakfast and tumpang makan rumah dia
tengahri tu pulak pegi lepak jap rumah dia

aku takdela buat preparation sangat
aku just print info pasal jabatan audit
lepas tu tip nak jawab exam
kebetulan sibuk dengan preparation hari sukan
so memang agak malasla nak study and pulun betul betul

pagi sabtu tu redho sajalah
bahagian pertama exam pengetahuan am
kalau untuk N41 pengetahuan am memang betul pengetahuan am lah
pasal negeri, negara, isu semasa, 
bagi yang audit ni rupanya pengetahuan am dia berkisar  pasal audit dan ada sedikit perakaunan
kalau tak tahu memang tak boleh jawab
so aku rasa memang untuk paper ni aku bermasalah
tapi kalau orang tu dah kerja pembantu juruaudit senangla kot

bahagian kedua matematik
kalau matematik mtest soalan just fikir logik je
tapi maths yang ni memang banyak memerlukan pengiraan
standby juga kalkulator walau tak boleh guna.hihi
bagi aku senangla
dalam 40 soalan, kurang dr 10 soalan je yang aku tembak

bahagian ke tiga macam biasalah soalan 180plus plus untuk bahagian insak/sahsiah
yang ni kacang jelah
bajet masa sejam aku siap dalam setengah jam sahaja
lepas tu aku terus hantar kertas OMR dan balikla
result katanya keluar hari rabu lepas
tapi bila aku check tak ada pun lagi
ntah lulus ke tidak aku ni.hehe



tempat duduk boleh pilih sendiri
kemain lagi aku pilih 143 I Love You gitu
siap tepi pintu cermin mengadap taman pulak,hihihi

;)

Comments

  1. datang awal boleh la pilih tempat duduk sendiri kan. good luck.moga berjaya

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM