Sunday, June 16, 2013

budok nyakitey


assalamualaikum

hehe up entri dengan tajuk bahasa kelate hari ni
sape yang faham?
budok nyakitey bermaksud budak yang banyak penyakit iaitu aku
selalu mak la yang cakap macam tu kat aku
sebabnya aku ni dari kecil selalu sakit sakit
pernah demam panas masuk wad seminggu
selalu kena tonsil and demam
boleh kata berulang alik ke husm tu biasalah

bila dah tua bangka ni pun aku still sama jugakla
tonsil tu memangla dah tak ada
tapi sekarang ni kalau silap terlebih makan yang pedas dan berminyak sikit mulala rasa sakit nak menelan
so memang kena standby sokmo
la ni sejak dah bersuami rupanya suami pun tak suka la aku terlalu bergantung dengan ubat

dah masuk hari ke3 aku selsema tapi suami cakap tak payahla makan ubat
biar sembuh sendiri saja
berusung dengan kotak tisu la aku ke hulu ke hilir
bersin semua jangan cakapla

semalam cakap lagi kat suami kalau tak makan ubat selsema dok berair hidung macam nilah
nak tidur pun susah sebab hidung tersumbat
still suami cakap tak payah jugak
katanya ubat ni panas
sebab sekarang kami ni tengah berusaha nak dapatkan baby
so kalau asyik bergantung dengan ubat tak elokla kot

malam tadi dok belek semua koleksi ubat ubatan aku
mana yang dah expired aku terus bakul sampahkan
kemas elok elok
kalau aku rajin aku siap trim lagi kat tepi papan ubat tu
 sebab taknak tajam and luka tangan,wakaka
dah takde keje sangat la kan




hasilnya yang ni saja yang tinggal

no1 tu febricol sejenis paracetamol jugak
mujarab sangat kalau aku makan bila selsema
terus kering hidung

2- gaviscone
disebabkan aku ni ada gastrik so memang ada stok sokmo gaviscone
dulu aku beli yang dalam botol lepas tu membazir je tak habis makan lepas expired
so beli yang dalam sachet tu
then lepas tu aku ke farmasi lagi tengok dah ada yang tablet
lagi senang buat kemam gitu saja

3-ubat bengkak urat
ubat yang doktor bagi bila aku sakit belakang tengkuk
dia cakap urat aku bengkak sebab stress
so lepas tu bila yang aku rasa tak selesa kat belakang tengkuk aku makan yang ni saja

4- panadol menstrual
aku ni manja sakit sikit terus nak makan ubat
padahal bukan ada senggugut pun
tapi dah lama tak makan pun
sekarang ni aku period lagila tak sakit apa
just sapu sapu minyak je
syukur la aku bukan jenis senggugut

5- ubat gatal/kulit
aku ni kulit sensitif kalau terlebih garu sikit senang berkudis
so kalau ada yang jenis payah nak kering aku telanla ubat ni
ayah yang bagi sekali dengan ubat krim

6- acid folic
yang ni je kalau satu ubat yang suami bagi makan.huhu
baru sekarang nak serius makan tiap hari ni
tapi kengkadang pun terlupa juga

7- ubat selsema
disebabkan aku kerap selsema so banyakla koleksi
dari klinik dari farmasi

tulah antara koleksi ubat aku
dulu penuh sebakul lepas ditapis dibuang buang banyak ni sajalah yang tinggal
masuk hari ni dah hari ke3 la aku dok selsema
tahan jelah tak makan ubat
kata isteri mithali.huhuhu



1 comment:

wawa syaida said...

sama la dengan wawa ni...senang sangat nak kena selsema...ubat selsema memang standby dalam handbag....tp xselalu makan...makan klu dah kritikal sangat ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...