lepas berurut, makan mcD :)


assalamualaikum

hari ni kelantan cuti disebabkan semalam cuti besday DYMMYDP Agong
so gantila hari ni
macam yang dirancang hari ni aku akan pergi berurut dengan makcik di kg husband kawan aku
kat area dewan beta, boleh tahan jauhla jugak

janji dengan makcik tu pukul 10am
disebabkan nak pergi dengan suami, macam biasala lewat sikit
aku siap awal suami yang dok lengah lengah.hehe
sampai rumah makcik tu dalam 1030am

kebetulan ada anak dia yang dah nak balik cameron
so lepas anak dia blah makcik tu stat la mengurut aku
kirnya ni kali ketiga baru aku mengurut
so selepas mengurut dia cakap peranakan aku tinggi
tak bersambung dengan rahim aku
so lebih kurangnya sperma tak boleh nak bercantum dengan ovum
tu yang tak terhasil  baby tu
macam tulah lebih kurang aku faham,hehe

dia cakap aku okay takde masalah senggugut ke apa
so tak payah datang mengurut masa period pun
masa dia mula start mengurut memang aku diam tak story apa
aku nak dengar apa dia punya testimoni je dulu

so memang betulla tekaan dia aku ni bukan masalah dengan senggugut
memang clear dan dia cakap aku ni jenis 'basah bukan kering'
bila aku tanya apa maksudnya dia cakap aku ni jenis suburla
bukan jenis tak subur.huhu
bagusla..rasa cerah sedikit masa depan aku ni

lama jugak dia urut dalam sejam
perut dan kedua belah kaki
tapi tak sakit pun
adala aku dengar dia baca ayat ayat quran sikit
then lepas siap mengurut dia bagi aku minum air tawar segelas
dia suruh aku baca bismillah dengan selawat 3x, baca alfatihah dengan surah inna anzalna
then minum air tu sampai habis

bila aku tanya bila pulak boleh adatang dia cakap tak payah datang sokmo takpe
tapi dah aku excited nak kendurkan balik urat dengan peranakan aku ni cane,hehe
so dia cakap datang lagi 10 hari, aku cakap lagi 2 minggu la senang hari sabtu 
aku boleh datang sendiri je lepas tuisyen

elok je keluar bilik suami dah siap tertidur
nice sesangat
lepas minum and sembang lebih kurang kami pun balik
suami cakap lepas ni jangan minum ais
lepas tu siap merungut aku pepagi buta dah minum air sejuk dari peti 
musim panas terik sekarang ni tak boleh minum ais?
nice sesangat...

masuk McD aku telan liur jelah tengok suami minum coke
pertama kali dalam sejarah aku order mineral tapi sejuk jugak
mineral biasa yillek
lepas tu tanya suami ais je kan tak boleh minum
aiskrim boleh je kan?hehehe
suami cakap suka hati la..



aku macam biasala kalau mcD mesti order bubur
tapi aku rasa hari no dorang lupa nak beli daun sup/bawang dengan lada kot
sebab bubur kosong sekosongnya..
restoran kelas A la sesangat!
kali ni ambik set ayam
pedas menyengat
nyesei tak ambik cheese burger je.huhu
suami pulak ambik satu set Filet o Fish sajo




  
lepas suami cakap sukahatila nak makan ais krim gak
terus bangun q lagi sekali beli sundae coklat
kesudahannya ayam makan seketul je yang lain semua bungkus bawak balik
ngap sundae je dalam kereta 
yang suami punya je semua licin





jambu sesangat suami saya
pakai kemeja pink hari ni
lenkali boleh la kite pinjam.hehehe


ketemu lagi...daaaa ;)

Comments