nak intai perut




Assalamualaikum


Hari ni aku cuti sebab ayah nak ke hospital
Then bangun pagi siap siap
Lepas suami pergi kerja terus gerak ke rumah ayah
Pastu singgah la kejap pasar nak cari breakfast
Pergi la kat tempat sedara yang jual kuih

Masa tengah duk pilih kuih tu tetiba akak jual kuih kat sebelah tu tegur 'meh nak tengok perut sikit ado doh ke dok?'
Aku terus berpaling dan aku tengok dia siap buat gaya menunduk nak mengintai perut aku!
Wat the hell! Boleh ke macam tu?
Sesuka hati je nak intai perut orang
Aku tak kenal pun dia, tak tahu pun nama dia btw..huhu

Disebabkan aku jawab tak ada lagi so dia sambung
'Tak dok lagi? Raso lamo benar doh...'
Aku senyum saja sambil jawab 'baru 2 tahunnnnn...'
Dia pun jawab 'lamo doh tu 2 tahun, kalu orghe lain ado lamo doh...'
Sambil sambung mengomel ntah hapa hapa aku dah malas nak dengar malas nak layan

Memang kurang asam sungguh la
Disebabkan masa tu besan lelaki mak aku pun ada so aku sabar sajalah
Malas nak melaser sangat
Memang nasib baikla 2, 3 hari ni mood aku tersangatla ok
*thanks to hubby..hehe*

Ko tu sape?
Mak ayah, mentua, adik beradik aku sendiri tak pernah cakap apa
Dan yang paling penting suami aku sendiri tak pernah cakap apa
Yang ko menyebuk tu kenapa macamla kau tu tuhan
Cakap je jadi, cakap je jadi
Memang susah kalau dengan orang macam ni
Mentaliti tahap yang paling low

Apapun, tahniah untuk diri aku sendiri hari ni sebab berjaya sabar
Dari membalas balik dengan perkataan yang kurang enak didengar
Cakapla apapun, tak jadi kudis pun
Jaga tepi kain sendiri sudah
Agak agak tepi kain kau pun dah koyak dah terseret siap terkena taik ayam lagi kot..wakaka


Comments

  1. huhuhu sama ngn k.ida..hangin semlm..ade sekor org tu msg semata2 nk tnye..dh ade isi ke blum?siap ckp xpndai la..xusaha la..bodoh org cm ni

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D