tahun ke2 bersama

assalamualaikum

hari ni hari ulangtahun akad nikah kedua aku dengan suami
actually terlupa.hehe
maklumla hari kerja
sibuk pula dengan kerja banyak tak siap
nasib baik buka fesbuk ada reminder
terus wish kat hubby.hehe
sah sah la dia pun lupa
ingat la sangat.huhuhu

hmmm rasa macam baru je hidup berdua
tup tup dah dua tahun
tapi still berdua lagi
entah bila nak bertiga berempat berlima
in sha Allah ada la rezeki kami nanti

aku tahu sepanjang 2 tahun ni suami dah banyak sangat bersabar dengan perangai aku
macam aku pun banyak bersabar dengan perangai dia
tapi manusia mana ada yang sempurna kan?
sedangkan lidah aku pun aku tergigit sokmo
inikan pula dengan suami

aku cuma mampu berharap dan berdoa semoga perkahwinan kami ni kekal sehingga ke akhir nya
semoga suami akan sentiasa ikhlas dan cintakan aku sepenuh hati dia seperti mana aku mencintai dia
semoga suami sentiasa sabar dengan aku sepertimana aku cuba sabar dengan perangai dia
semoga suami sentiasa jujur dan ikhlas dengan aku seperti mana aku ikhlas dan jujur dengan dia




untuk suami, i loveeeeeeee u.....




Comments

  1. Happy anniversary! Moga rmhtangga diberkati Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D