Monday, July 29, 2013

majlis berbuka puasa di rumah mak



assalamualaikum


cerita jumaat lepas rumah mak buat majlis berbuka puasa
kebetulan aku tak ada tuisyen sebab cuti nuzul quran
so dalam pukul 10 lebih akundah gerak balik rumah mak
dah bawak siap siap baju sebab ingat nak tido sana
tapi lepas majlis tu aku macam pening tengok budak ramai sangat
dengan bising semua so aku ambik keputusan balik jelawat
sebab cadangnya nak siapkan lesson plan
kalau dengan gangguan dengan bebudak tu manala boleh nak buat kerja menulis ni
siang tadi pun habis kertas aku dah diconteng.huhu

berbalik pada majlis buka puasa
memangla aku balik awal tapi bukan aku menolong sangat pun.hehehe
macam biasala rumah aku kalau buat kenduri makcik dah ramai
tambah dengan kakak, kak ipar lagi
buat menyemak je kalau aku masuk dapur pun
tapi bila dah siap hidang semua barula aku masuk dapur dengan tab di tangan.hehehe
nilah kejenya masuk dapur tangkap gambar lauk.huhuhu




antara lauk berbuka petang jumaat tu
bawal sweet sour, singgang daging, kerabu buah bachang, kerabu terung
ayam goreng berempah, gulai ayam kampung
untuk desert ada tembikai, kurma, kuih puteri mandi dengan akok aku tak snap gambar

menjelang waktu buka puasa dalam pukul 7 orang kampung pun start datang
ramai ramai dok selawat dok berzikir la dulu
ramai jugak yang ayah ajak
ruang tamu rumah mak boleh tahan luas penuh padat la jadinya
adala dalam 9, 10 hidangan kot aku pun tak sure
tapi aku tak snap gambar sebab aku cuma bertshirt dan seluar
dah pesan kat suami suruh bawak jubah boleh pulak dia terlupa


disebabkan aku tak menolong sangat di dapur 
lepas je majlis aku la yang jadi tukang basuh pinggan
sempat la jugak sakit pinggang sebab sinki rumah mak rendah
masalahnya kakak aku dengan makcik aku berebut pulak nak basuh pinggan jugak
haiiii tak boleh nampak orang rajin sikit
nanti kan mak cakap aku ni pemalas pulak.huhuhu

dalam pukul 10 aku pun balikla jelawat
sebab cadangnya nak buat kerja tanpa gangguan
tapi pukul 11 lebih tu elok je dok menulis tetiba satu kg karan takde
haaa padan muka aku derhaka lagi taknak tidur rumah mak ayah
tuhan balas on the spot.huhu

so malam tu tertidurla aku bertemankan cahaya lilin dan gigitan manja dari nyamuk
suami rilek je siap layan drama korea lagi kat laptop
nasib baik dekat kol 1 karan ada balik
aku yang baru tidur tidur ayam terus beryahooo sakanla dah ada api balik
kalau tak sampai ke pagila aku tak lena :)




3 comments:

wawa syaida said...

meriahkan berbuka ramai-ramai kat rumah family....hihi siap ber yahoo tu karan dah ada balik :)

nik ros said...

amboi.mknan blh tahan sedap tu. bestnyer dapat berbuka ngan family

muis ismail said...

@nik ros
tulah untungnya duduk dekat
tiap minggu boleh berbuka dengan mak ayah.hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...