Tuesday, July 30, 2013

menjelang hari raya



assalamualaikum


sabtu minggu lepas aku, suami dan anak ke bandar
katanya nak carila baju raya untuk anak kan
tahun ni pun aku takdela beriya sangat
jahit baju je 3 pasang
tak beli yang siap pun
suami pulak dah beli baju melayu siap dengan kawan ofis dia
so memang misi sabtu lepas nak cari baju raya anak dan beli barang dapur jelah

tahun ni aku request suami nak pergi parkson je
taknak kb mall sebab dah boring
lagipun pergi parkson boleh guna kad bonuslink
bertambahla jugak point aku.hehe

masuk masuk je parkson terus singgah kaunter valentino rudy
terberkenan la pulak satu purse siz medium lipat lipat
material kulit tinted warna dark purple
tengok harga pun murahhhhh je sebab ada less 70%

bila cakap kat suami dia cakap tak payah sebab sekarang ni dah ada 2 purse
pakai yang tu baik buruk dulu
penyakit aku ni kalau dah berkenan kat satu satu barang tu kalau boleh nak la jugak
so memang agak frust di situ
mulala rasa tak happy dan nak merajuk
aku ni pulak muka tak pandai nak cover
kalau ada yang tak kena memang nampakla sangat

then bila suami nampak aku macam merajuk dia pun  cakap dah kalau nak belila
tapi bila hati dah sentap
barang yang nak pun jadi tawar hati
tapi memang tabiat aku ni 
kalau barang tu aku rasa murah memang aku rasa rugi kalau tak beli
walaupun barang tu takdela penting sangat pun
yang aku tahu aku set dalam kepala aku murah! rugi kalau tak beli

tapi dah suami larang beli, lepas ni kalau aku nak beli pun takut jadi macam aku ni tak hormat suami
suami larang pun beli jugak
kalau  benda tu yang suami tak tahu tetiba je aku beli takpe
haihhh ralat sungguh rasanya
tapi takpela banyak pahala kot senangkan hati suami
biar hati kita menderita tak dapat purse baru pun.wakaka

then, sambungla shopping baju anak
anak pun disebabkan dah besar, dah pandaila memilih sendiri
penat aku dan bapaknya pilih asyik tak berkenan je
suami macam nak paksa je anak ambik yang dia pilih tapi aku cakap janganla dah dia yang nak pakaikan



suami je pilih
aku standby nak snap gambar je
sama je jeans pun pilih yang mana pun.hehehe





kat blog aku ni jarang sangat aku tepek gambar aku
takpela sekali sekala
lagipun nak snap dress baru ni.wakaka
masa memula nak beli nampak tak menarik sangat
tapi bila pakai ramai cakap cantik
dalam gambar nampak lagi cantik
tambah dengan si pemakainya cute mute wakakaka
lagipun aku nampak slim melim
kurus je pipi...
oh bahagia sungguh rasa hatiku ini




later singgah berbuka di sini Kedai Nasi Ayam Mualaf
nasib baik masa sampai ada lagi meja kosong
kalau tak suami cadang nak tapau TCRS je 
gambar ni sekeping je aku snap
lepas tu makanan lepas dah azan baru sampai
walaupun aku tak puasa tapi dah seharian tak makan
so memang agak kebulur la jugak
dah malas nak snap snap gambar laju je makan
kebetulan bateri tab pun dah nak habis
tu pasal aku tak snap gambar sangat kot
sejak keluar rumah bateri memang dah kurang so save save untuk online sajo

oh yaa tadi aku google nak cari gambar menu kedai ni
tapi yang aku jumpa adala orang review kedai ni mahal
memang mahal kot
malam tu kami cuma order
ayam roasted 200 gram - RM16
nasi 4- RM6
kerabu mangga -RM14
taugeh ikan masin-RM9
kepak ayam thai (5 ketul) -RM10
jus durian belanda, bandung cincau dengan teh o ais limau
total-RM61.50

kalau nak ikutkan makan kat The Chicken Rice Shop lagi murah
and lagi banyak side dishes
nasib baikla rasa agak boleh tahan so kira okayla
kalau tak suami nak ajak makan kat TCRS je
aku dah boringgggggg
ajak makan pizza nak pekena nasi untuk berbuka.huhuhu
then nasib baik kerabu mangga dia sejuta kali lebih sedap dari TCRS
memang aku ratah licin pinggan, suami ambik sikit sikit je
nasib baikla anak sekarang ni selera makan membuak buak
so semua lauk licin dia kerjakan :p



4 comments:

Jee Abdullah said...

hai. salam perkenalan. blogwalking & found yours. do follow mine as well.

wawa syaida said...

best nye shopping...dress tu cantikkk...beli kat mana...wawa pun lately ni peminat dress jugak...sbb tunang tak berapa suka kalau wawa kuar pakai seluar huhu

muis ismail said...

@Jee Abdullah
hai salam kenal
insha allah i will :)

muis ismail said...

@wawa syaida
alah murah je ni beli kat kedai biasa je, tapi material mmg best, sejuk n selesa. kite pun dah lama tak pakai jeans dengan blaus..selesa berdress n jubah je :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...