Wednesday, July 10, 2013

ramadan kareem day #1



assalamualaikum

syukur alhamdulillah bertemu lagi ramadhan tahun ni
cepat sungguh rasa masa berlalu
pejam celik dah masuk bulan ramadan balik
bulan ramadan ni antara bulan yang aku sukala selain syawal
memang rasa tak sabar nak dapat feel berpuasa di bulan ramadan ni

tahun ni juga kali ke3 la aku berpuasa bersahur dengan suami
suami memang dia nak bangun bersahur
kalau macam aku dah biasa je puasa tanpa bangun sahur
kalau tahun lepas aku bangun pukul 430
tahun ni aku bangun lebih awal pukul 4 pagi dah bangun




pagi tadi sahur aku just masak sambal tumis udang petai
bahan bahan dah siap prepare malam sebelum tidur
bangun nak sahur tu tinggal campak dalam kuali sajo
then aku goreng ikan sardin rebus dengan ada lebihan gulai ayam
tapi suami tak jamah pun gulai
aku pun tak makan jugak cukup dengan nasi panas dan kicap je

siap masak dalam 430 so aku terus mandi and solat sunat
pukul 5 siapkan makanan dan kejut suami
pagi tadi sahur selera je aku makan
nasi masak cukup cukup saja sebab taknak membazir
tup tup rasa nak bertambah nasi pulak.hehe
lepas makan nasi aku makan pulak mangga lemak 5,6 potong
then minum segelas air masak tu sajalah untuk bekal berpuasa hari ni

lepas tu gosok baju kerja suami dengan baju aku
then sambung dengan solat subuh
dalam pukul 6 sambung tidur
sedar 630 kejut suami bangun subuh dan pukul 7 aku bangun siap siap nak pergi kerja
harapnya jadual ni berterusan la sampai ke akhir ramadan

bulan puasa ni aku balik kerja awal la sikit
kat bangunan tepi tadika pun bazar ramadan
so sementara nak menunggu suami sampai sempatla beli lauk sikit
tapi bila aku pi petang tadi kedai tak banyak pun
aku cuma beli paprik ayam dengan somtam

otw balik dengan suami wajibla singgah bazar dekat rumah
dan macam biasa jugak setiap tahun setiap petang suami round bazar dan aku ikut dari belakang.huhu
tempat sempit orang ramai macam sardin la nak jalan pun susah
still tiap petang tak serik serik.huhu



juadah simple buka puasa aku dan suami
ikan keli masak paprik, gulai dalca daging, rangka ayam madu, kerabu rumpai laut, sambal bilis dn belimbing buloh, budu, kuih dan kurma

alhamdulillah tak membazir
kiranya aku dengan suami tahula nk kontrol nafsu nak membeli macam macam lauk
kalau aku mengarut nak tambah lauk itu ini suami cakap beli esok je
sebab dia tahu macamana kami makan
kalau berlebih memang tak habis dan membazir

fuhh kemain panjang lebar entri first day puasa aku tahun ni.hehe
kat luar pun banyak cakap, dalam blog pun kuat membebel gak.hihihi







2 comments:

wawa syaida said...

hihi...waa bestny tengok menu bersahur...rajinnye masak macam2 laun...balik ni nak buat sambal udang petai...teringin :)

JunAina said...

Akak kalau kat rumah satu hidangan utama, contoh kari daging + ikan goreng + sayur tu ja. Beli kuih rm2, anak2 pulak mesti nak beli air.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...