Monday, July 15, 2013

ramadan kareem day #5


assalamualaikum

hari kelima bersahur
ada lebihan lauk berbuka tapi aku goreng jugak ikan kerisi
letang bawang besar dengan lada
suami makan yang tu saja
aku macam biasala lauk bergoreng letak kicap selera la sikit bersahur

untuk berbuka pula suami cuti so dia tunggu di bazar je petang semalam
bila aku sampai suami baru nak keluar rumah so aku jalan dulu
meround bazar nak cari ikan tongkol goreng pedas tapi tak ada orang jual pun
nak masak sendiri ikan tongkol pulak tak ada


ni jelah menu berbuka semalam
aku beli kepak ayam masak kicap
murah je 6 ketul rm2
pastu aku beli ikan pari bakar
mulanya nak buat makan dengan kuah santan yang baki semalam
tengok tengok dah basi
so guna pencicah air asam yang dia bagi je

aku ni pulak tak makan air asam sebab aku penggeli dengan belacan
so aku suruh suami bagi kat rumah kakak dia je dari membazir macam tu
then suami beli solok lada dengan sambal kacang
aku pulak macam biasa la kena ada lawar
lagi aku suruh suami beli sup tulang jugak
orang dah azan maghrib tak siap panaskan lagi
so tak sempat nak snap.hehe




1 comment:

wawa syaida said...

solok lada tu sedap...kat penang susah nak dapat...kalau nak makan...kena cari kat gerai yg jual nasik kerabu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...