Friday, July 19, 2013

ramadan kareem day #9 & day #10




assalamualaikum

bersahur pagi semalam aku masak sardin
masa berbuka petang rabu aku cakap kat suami kalau lauk berbuka habis baru aku masak sardin.hehehe
terus dia ok je
so pagi tadi bangun 4am dok ketang ketungla aku tumbuk bawang kat dapur



sambal sardin dengan telur dadar
ada jugak ikan gelama masin aku goreng letak bawang dan lada
sardin setin kecil je pun
tapi makan dua orang pun tak habis
aku cakap kat suami sahur esok makan sardin ni jugak.hehehe

pagi ni pulak suami je bangun sahur makan lauk lebihan berbuka
aku malas dan tak selera just bangun minum air suam segelas je


menu berbuka petang semalam dengan hari ni
semalam aku masak daging lada hitam lepas tu udang goreng kunyit
ada juga kuih akok dengan popiah
untuk hari ni aku masak ikan siakap 3 rasa dengan kerabu sotong
ntah apala rasa kerabu sotong aku tu
first time buat
padahal aku tak suka sotong sangat pun
saja buat untuk suami
hari ni pun anak ada berbuka sekali
harap harap sedapla apa yang aku masak ni.huhu

tadi sengaja aku masak awal sebab petang nak rehat
dahla lepas balik tuisyen tadi aku pergi kemas bilik buang mana mana yang taknak
penat nak mamp....
kalau tak kuat iman mau je aku teguk air sejuk tadi.hahaha

alhamdulillah lagi sejam nak berbuka
dahagaaaaaa.huhuhu




2 comments:

cha said...

terliur plak tengok sardin tu T__T

nik ros said...

sedapnyer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...