Sunday, July 14, 2013

ramadhan kareem day #4




assalamualaikum

semalam berpuasa aku tak bangun sahur pun, malas..
lagipun suami balik jelawat so tak payah nak siapkan apa apa
memang mak ada kejut aku just bangun buka pintu then tidur balik
check mesej ada suami mesej pukul 5 lebih
haram aku tak sedar apa pun
aku terjaga balik subuh 630 sebab alarm berbunyi then sambung tidur balik
sedar pukul 8 lebih bangun siap nak ke tuisyen

balik tuisyen aku melepak rumah mak je
beli sayur bayam suruh mak buat sayur lemak
dah lama tak makan
suruh juga mak buat kuah santan untuk ikan pari bakar
ikannya aku pesan suami suruh beli yang dah siap bakar

dalam 5 lebih aku gerak balik jelawat
dah malas nak singgah bazar
lagipun semua yang nak dah kirim suami belikan je
kalau hari cuti orang pergi bazar lagi awal
dalam pukul 6 tu memang kebanyakan lauk dah habis




menu berbuka semalam
puding gula hangus dengan buah melaka @ onde onde yang mak buat
aku tolong golekkan atas kelapa parut je.hehe
sayur lemak bayam
cantik kan warna kuah dia pink pink gitu
ikan paru @ ikan tuko bakar dengan pencicah santan
carik carik kan isi ikan dan masuk je dalam kuah
kalau letak dalam peti ais sedap sungguh buat ratah macam tu je
hari ni aku nak beli lagi ikan pari tu
kuah lebih semalam ada lagi.hehe
ikan jaket sumbat yang suami beli
seekor ni makan berdua memang tak habis
selain tu ada juga b belikan gulai dalca aku malas nak snap

hari ni menu berbuka dah ada dalam kepala nak makan apa
tak sabar nak balik  :p



2 comments:

wawa syaida said...

same la dgn wawa...ikan jaket klu sekor makan sorang mesti tak habis

Orga said...

buah melaka!! harini nak beli lah, dah lama sangat tak makan, kalau pergi param asyik beli mende lain jer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...