Wednesday, July 03, 2013

tak mungkin kerana sayang ;p


assalamualaikum

petang semalam balik kerja dengan suami naik motor
separuh jalan hujan turun agak lebat so singgahla berteduh kat kedai
then bila dah agak reda aku ajak suami terus balik
separuh jalan ternampakla teksi ayah kepada bekas kekasih sebelum suami.huhu

suami pun cakap syg pergila tumpang, hujan ni kan..
sambil tersengih
saja nak mengusik akula tu
selalu kalau terserempak tengah jalan ada jelah ayat ayat dia nak pekena aku
aku pun jawab balik
kalau jadi menantu dia dah hari  hari syg naik.huhu
dia just tersengih je..
Padahal dulu masa sekolah naim memang tiap minggu aku asik naik teksi ayah ex je
Tapi tak ada rezeki nak jadi menantu dia..

memangla orang lelaki ni berbeza dengan kita perempuan ni
kalau aku ada nak usik macam tu suami aku dengan ex dia?
takde maknanya mau aku meletup macam gunung berapi kalau suami ada mention apa apa
kalau boleh taknak bagi sebut taknak bagi ingat pun
kalau boleh kenangan yang ada dalam kepala tu nak korek buang semua
kadang kadang aku rasa baik aku amnesia
boleh je lupa semua kenangan yang tak best yang tak menyeronokkan itu.huhu
gila saiko aku ni

macam dulu masa aku cakap la kat suami nak tambah koleksi jam
nak beli yang tali besi sebab dah ada dua yang tali kulit
tapi suami cakap kan aku dah ada yang tali beli yang ex aku bagi dulu
memang baru dan elok sangat lagi sebab lepas putus dan aku kawin memang aku simpan je
tak pernah pakai

teringin jugak nak pakai
tapi fikir nak jaga hati suami
nak jaga hati sendiri
maklumla aku ni kan emosi
bukan boleh percaya sangat

tapi suami cakap dia tak kisah pun
dah hadiah orang bagi pakai jelah
bukannya dok teringat nak kat dia balik
suami siap cakap 'lainla la kalau dok teringat ingat, 
ala teringat weh, teringat weh..' *sambil buat gaya macam bapuk,huhu
tengok gaya suami tu nak tergelak pun ada

walau suami tak kisah tapi takpela
nak bagi orang tak sampai hati
nak buang pun tak sanggup
so simpan sajalah buat kenangan
bak kata aliyah penyanyi tu..

"Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti"

Ps: dah jarang nampak kelibat ex kat kg
Kalau dulu pantang ada cuti umum mesti dia balik kg...
Alahai teringat la pulak ; p




2 comments:

skulluv said...

rasanya bukan semua lelaki or perempuan gitu. masing2 ada cara sendiri kan? ada laki kisah ada laki tak kisah ada bini kisah ada bini tak kisah..huhu

wawa syaida said...

sporting ny husband :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...