Sunday, August 18, 2013

dugaan...


Assalamualaikum

malam ni di uji lagi
sabar sabar sajalah...
alkisahnya baru balik dari rumah kakak ipar
balik kerja tapi mak mentua cakap kak ipar nak buat semayang hajat
so lepas maghrib pergila dengan suami
dekat je selangn2, 3 buah rumah so naik motor saja

sampai je tak tanyala buat semayang hajat untuk apa
then suami ajak makan dulu
masa makan anak sedara suami sampai
rupanya dah mengandung maybe 7, 8 bulan kot
baru je kawin tahun lepas
jadinya solat hajat tu supaya mudah bersalinla kot

masa tu mulala rasa tak sedap
asyik nak curi pandang je ibu mengandung tu
nampak muka sembab, nampak ceria, tenang dan bahagia
tapi taknakla ushar beriya sangat
nanti dia ingat aku ni psiko la pulak

dahla aku ni sorang je menantu perempuan
yang lain kakak ipar 3 orang
sambil termenung mulala fikir bukan bukan
takut kakak kakak ipar aku ni mengata ngata aku ni mandul ke hapa dah 2 tahun lebih tak beranak lagi

tak pernah pun dorang sibuk sibuk nak tanya
cuma aku ni je yang fikir bukan bukan
rasa rendah diri pun ada

then bila suami ajak balik lega sesangat
masuk je bilik lepas tukar baju mulala aku berdialog sorang sorang

Aku : baikla orang..nak dapat anak. Kita ni ada anak tekak jelah

suami: dah tuhan tak bagi lagi, takpela..bukan kerja kita

Aku: b tak sedih ke kita tak ada anak lagi? *mata berkaca kaca*

Suami: dah takde rezeki lagi..takpela...sabar sabar jelah

aku terus baring tekap muka kat bantal n nangis

Suami: kenapa ni? Tak payahla sedih sedih...

dah terlambat la b..
dah sedih pun....
*menulis sambil kesat air mata :( *




Thursday, August 15, 2013

link closed group



assalamualaikum

bila aku share pasal aku letgo barang preloved ada yang nak tanya link
so aku  share kat sini sajalah
ni antara 2 group yang aku join

1. link The Poplook Big Fan Page
kalau nak letgo hot item brand poplook ni memang mudah laku sangat kat group ni

 https://www.facebook.com/groups/thepoplookbigfanpage/

2. ni pulak link closed group letgo barang preloved 
boleh jual segala jenis barang asalkan barang preloved and gambar snap sendiri bukan diciplak dari google
tapi group ni adala rules dia
kena baca dekat files, klik tnc
secara mudahnya kena add admin cth Raja Khadijah Raja Yusof add dia dan terus pm cakap nak id macam tu je

https://www.facebook.com/groups/letgopreloved/

selamat berjual beli ye ;)



Wednesday, August 14, 2013

satu hari di hari raya 2013


assalamualaikum

terus terang tahun ni mood raya memang ke laut
gambar pun malas nak snap
gambar makanan ke gambar sendiri ke
gambar famili pun takde tahun ni
tapi adala gambar wajib aku dengan suami, dengan anak

bermula sehari sebelum raya memang dah macam macam hal
disebabkan salah faham aku tak order la satay untuk rumah mak malam ni
jenuhla kena torture dengan akak
stress aku
malamnya lepas berbuka terus ajak adik ke bachok
kat sana banyak kedai jual satay
manala tahu kot kot ada yang boleh beli on the spot
dan nasib baikla memang ada satu kedai tu boleh beli tanpa tempahan awal
lagipun nak 200 cucuk satay je

then balik jelawat masa tu memang mood nak masak rendang tu dah ke laut
so aku bagi mak je daging sekilo
boleh gulai untuk buat makan dengan roti jala
lepas kemas rumah dengan suami lebih kurang then aku masuk tidur

pagi raya macam biasalah di rumah suami
lepas subuh aku terus gosok baju raya
isi biskut raya dalam bekas
lepas tu rebus ketupat nasi
lepas sejam lebih kurang gas tetiba mati
kebetulan la pulak habis gas
then sambung masak nasi himpit segera tu kat atas rumah kak ipar
silapnya nasi himpit tu patut aku masak malam sebelumnya
lepas tu bila nak potong tak betul2 sejuk lagi kesudahannya nasi tu tak terhimpit pun
dah jadi ala ala nasi nak makan dengan lauk oh stressnya aku

so makan jelah satay dengan kuah kacang tu pun okay
lepas suami balik dari kuburan, gerakla balik rumah mak
kat rumah mak tahun ni selain nasi himpit dengan satay ada jugak laksa kelantan
lepas tu aku buat jugak nasi ayam
elok dalam pukul 2 lebih nasi ayam dah siap suami ajak balik nak beraya kat kg dia
so satu gambar makanan pun tak ada yang aku snap.huhuhu
lepas raya bila mood dah mari barula nyesal tak sudah
tak meriahla blog aku ni tanpa gambar2 makanan
jeles aku tengok blog orang lain :(

lepas jalan jalan balik rumah 
suami tidur tidur jap lepas asar keluar pergi beraya lagi
then balik rumah
malam raya pun lepak rumah je
alahai....memang boring tahap nak hantuk kepala kat dinding je raya tahun ni
ni mood emoo akula punya pasal ni
tapi takpela jom tengok gambar gambar ala kadar yang ada muka aku raya kali ni.huhu





gambar menjelang maghrib 1 syawal
gambar pun kusam semacam je
alahai serba tak kena
next entri la pulak tepek gambar lain
ada dalam kamera adik ipar


*update ni pun dalam mood yang kelaut jugak.huhuhu





Wednesday, August 07, 2013

satu hari sebelum raya



assalamualaikum


hari terakhir ramadhan untuk tahun ini
hari nilah jugak baru nak basuh baju raya dengan baju melayu suami
hari nilah jugak nak pergi ambik tudung raya
nak pergi ambik satay yang ditempah

then kakak mesej tanya bila nak balik rumah mak
So dalam pukul 11 aku terus mandi siap siap
lepas ambik tudung dan satay aku terus gerak rumah mak
hari last puasa biasanya aku berbuka rumah mak ramai ramai dengan adik beradik

nak dijadikan cerita tadi masa nak pegi ambik satay aku silap bajet terlanggar kaki khemah orang dok bakar satay
nasib baik tak runtuh khemah tu.hehe
habis tercalar kereta terkopek cat semua
matikla aku kalau suami tahu
dahla baru malam tadi je suami merungut kereta banyak kesan calar calar.huhu

later terus gerak ke rumah mak
lepak lepak tengok tv je
tak masak apa pun
aku dah pesan kat suami suruh beli lauk
then abang balik bawak balik lauk
lepas tu kak ipar masak 2, 3 lauk
tambah itu ini jadi banyak juga




ada macam macam lauk
Ikan bawal 3 rasa, singgang, gulai, ayam goreng, ketupat sotong, sambal pauh, sayur campur, ikan tawar, ulaman dan budu
tapi aku cuma makan ayam goreng, sambal pauh dengan sayur campur je
lepas tu makan tembikai banyak gilos sampai sengkak perut aku.huhuhu

jap lagi nak gerak balik jelawat
malasnya nak masak rendang.huhu
padahal kemain bertekad aku tahun ni nak masak rendang
ni dah rasa kenyang, sakit kepala
sikit lagi ngantuk pulak




Tuesday, August 06, 2013

iftar at selera cik siti, kubang kerian



assalamualaikum


hari ni aku berbuka kat luar lagi
kawan ajak teman dia pergi beli kasut raya
mandangkan balik kerja dah pukul 5 so memangla tak sempat nak balik berbuka kat rumah
nasib baik suami okay sajo.huhu

dalam 5.30 jugak gerak dari tadika
memandangkan jalan menghala kubang kerian tak jem sangat so kejap je sampai
nasib baik parking pun jumpa walau park area bazar ramadan
then jalan je  kedai kasut
nasib baik kedai first masuk terus jumpa yang berkenan
aku pun macam biasala mesti ada yang berkenan tapi sabarrrrrrr
kang habis raya makan mee maggi je kang.huhuhu

then, survey kedai mana yang boleh nak berbuka
memandangkan aku nak makan tomyam so masuk kedai selera cik siti
lepas siap order kami gerak pegi param 
aku tapau lauk sikit pastu beli jugak air ribena laici

dalam pukul 7 kami masuk balik tempat nak berbuka
Sempatla online kejap
dalam 5-10minit nak berbuka makanan dah sampai
nasib baik datang reserved tempat awal
kalau datang lambat, aku dah siap makan ada yang tak dapat makanan lagi




tomyam campur
nampak sedap tapi tak cukup garam bagi taste akulah
tapi disebabkan hampir sebulan tak pekena tomyam kedai licinla jugak aku hirup kuah sampai sendat perut.hihihi
semangkuk sederhana besar ni rm6 je




paprik campur antara yang terbaik pernah aku makan
nasib baik sedap so boleh cover tomyam  yang sedikit tawar tu
harga sepinggan cuma rm6 je 




ribena laici 
walaupun beli awal tapi elok je berbuka air tak tawar pun memang best
masa otw nak balik singgah lagi beli 2 bungkus air
tapau nak minum kat rumah pulak
segelas ni singgit je satu





gambar tuan tanah
akupun tak faham nape gambar aku kadang muka nampak sli,
kadang snap nampak chubby
salah angle ke tukang tangkap gambar yang tak pandai?? Hehehe
masuk je kedai tanya ada wifi tak
dah siap siap tampal password kat dinding.
aku pun apalagi bukak laptop la terus
lagipun tab aku dah nsk habis bateri so better save untuk perjalansn balik nanti
budak meja sebelah tengok je aku buka laptop
lantakla aku buat bodoh je.hihihi

lepas berbuka tu terusla bergegas balik lepas hantar kawan
rasanya yang ni jelah kot last up entri berbuka
esok last ramadhan berbuka ramai ramai adik beradik rumah mak
hari ni berbuka berdua dengan suami je walau adik, abang dan kakak dah balik kampung










Monday, August 05, 2013

aktiviti untuk yang berpuasa



assalamualaikum


disebabkan tahun ni aku mengajar budak 6 tahun
so bulan puasa ni aku galakkan diorang berpuasa
tak dapat penuh separuh hari pun jadilah
so time rehat 10.30 pagi aku tak bawa students ke ruang makan
tapi bawa dorang ke play room
kalau nak makan tengahari  baru boleh makan

so dekat playroom kadang kadang aku biar je dorang bebas bermain
tapi kadang kadang aku buatla juga aktiviti berkumpulan
antara yang aku pernah buat adalah pertandingan membina masjid
lepas tu pernah buat jugak pertandingan mengeja antara kumpulan






yang ni pertandingan mereka masjis
bebudak kelas aku kebanyakannya pandai
so siap cakap lagi buat tempat wudhu, buat menara tinggi tepi masjid 
masjid siap berpagar lagi






yang ni pulak pertandingan spelling
disebabkan tema bulan lepas vegetables so aku suruh dorang each group spelling nama vegetables
bila aku announce group mana yang menang, siap melompat happy sebab boleh kalahkan group lagi satu
si maira tu kemain lagi melompat tinggi
tapi si haikal tu group dia kalah pun sama jugak dok menyorak
asal boleh bikin havoc sudahla.huhuhu


hari pun dah hari terakhir sekolah sebelum raya
esok dah start bercuti
aku pun nak bersorak jugakla
iyeeeeeeeeeeehoooooooooooooo ;p





duit raya & biskut raya



assalamualaikum


tak tahula kenapa tapi raya tahun ni tak rasa excited sangat
dah tua kot.hihihi
kalau tahun tahun sebelum ni punyala aku gigih dok cerita persiapan raya
sampaikan balang biskut raya pun masuk blog.wakaka
buang tebiat sungguh

tahun ni duit raya suami je tukar
bila aku nak tukar lagi dia kata tak payah
cukupla tu!
lagipun belah dia anak sedara tak ramai
belah aku anak sedara ramai tapi halfnya tak balik beraya sebab tahun lepas dah raya di kelantan
tapi aku ni ramai sepupu yang sekolah rendah n menengah
sebabnya mak anak sulung
so sepupu je dah nak sama jumlahnya dengan anak sedara
dah suami tak bagi tukar duit raya aku cuma prepare duit raya untuk mak ayah sajalah

tahun ni suami cakap BNM kurangkan pengeluaran duit singgit yang baru
so suami just dapat duit singgih yang dah lama
memangla bertape tapi nampakla renyuk sikit sikit
so feeling duit raya tu kureng,hehe
padahal budak bukan kisah pun
asal dapat duit raya sudahhh




then cerita kuih raya pulak
tahun ni aku beli 7 jenis biskut dengan kos RM168
okayla tu rasa takdela membazir sangat kot
untuk rumah mak, rumah mentua dengan untuk aku ngap sorang.hehehe
kuih yang lain belum beli lagi
nanti maybe aku akan beli faveret aku kuih batang buruk dengan kekacang sajalah
spare lagi kat situ 2,3 puluh ringgit
meh tengok pilihan biskut raya aku tahun ni




tart apple dan suji badam
harga RM30 setiap bekas
memang agak mahal sebab kuih lain aku beli lagi murah
tapi yang ni sebab kawan yang buat
so siap boleh try dan aku rasa sedap
kalau takde tester memang aku tak beli dah.hehehe





biskut dahlia dan biskut makmur
first time nak try dengan tuan biskut yang ni
yang penting biskutnya murah dan kata kawan aku yang jual ni sedap la ikut taste dia
biskut makmur tu aku beli dengan harga RM36 je utk 100 biji ( 2 bekas )
memang murahla sangat sangat
pastu aku tukar dengan kawan 50 biji biskut dahlia
dengan harga RM36 dah boleh dapat 2 jenis biskut
memang berbaloi.hehe





biskut almond london, snowy almond dengan pistachio crunch
yang ni pulak biskut dari dealer yang aku dah beli bertahun tahun
dulu masa kerja ikbn pun tuan biskut yang sama jugak
cuma ejennya orang lain
sekarang kerja kat sini beli dengan ejen yang lain pulak
semua biskutnya untuk tahun ni harga dari RM22-RM24 untuk 50 biji
almond london dah selamat pun aku rasmikan
malam sebelum tidur makan
time bangun sahur pun aku makan.hihihi




tart nanas dan almond london lagi
tart suami bawak balik katanya ada orang kat ofis bagi
almond london pulak mama students aku bagi petang semalam
dari 7 bekas dah bertambah jadi 9 bekas.hehehe



tu jelah cerita duit raya dengan biskut raya tahun ni
baju raya tak story lagi.kihkihkih
asyik lupa nak snap gambar je
;)




Thursday, August 01, 2013

letgo barang preloved



assalamualaikum


seminggu dua ni aku dah terjabak dengan group letgo barang barang preloved
nampak macam best je orang dok jual barang murah murah
so teringin la nak letgo jugak beberapa barang aku yang tak terguna
dari tersimpan lepas tu rosak baik aku letgo je

sabtu minggu lepas dah pos 5 barang
merata rata ke melaka, negeri 9, selangor
minggu ni baru terjual satu barang je
tengah gigih berusaha nak letgo semua yang dah masuk dalam group tu

aku masuk 2 group
satu tu memang boleh letgo barang preloved sahaja
kat group ni meriahla sikit pembelinya
group yang satu lagi pulak boleh jual barang baru kalau kita ni berniaga onlinela

nak tengok apa aku letgo?
hehe malu nak tunjuk
aku jual murah murah je
kalau ada yang nego aku bagi je
biarla rugi asal barang terjual
lagipun aku niat sedekah sekali
insha allah dapat pahala





alhamdulillah hasil jualan 5 barang ni dapat rm200 lebih aku tak habiskan macam tu je
aku buat deposit beli gelang baru dengan beli jubah cotton sehelai
atleast letgo yang lama dapat barang baru kan
so tak rugi pun
kalau fikir sayang memangla sayang tapi aku fikir rasional
guna pun tak dari dibiarkan rosak baikla let go kat sape yang berminat

now aku rasa aku macam nak ketagih dah jugak
macam ada satu kepuasan bila ada orang berminat dengan barang yang kita letgo
barangnya kadang2 tak seberapa pun
contohnya baju kurung aku jual just rm15 je termasuk pos
bila ada sorang lecturer berminat nak beli macam segan la pulak.hehe

tapi aku ni tak sesuai berniaga kot
sebab macam murah hati sangat
mudah kesian kat orang
mintak murah terus bagi.huhu





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...