Monday, August 05, 2013

duit raya & biskut raya



assalamualaikum


tak tahula kenapa tapi raya tahun ni tak rasa excited sangat
dah tua kot.hihihi
kalau tahun tahun sebelum ni punyala aku gigih dok cerita persiapan raya
sampaikan balang biskut raya pun masuk blog.wakaka
buang tebiat sungguh

tahun ni duit raya suami je tukar
bila aku nak tukar lagi dia kata tak payah
cukupla tu!
lagipun belah dia anak sedara tak ramai
belah aku anak sedara ramai tapi halfnya tak balik beraya sebab tahun lepas dah raya di kelantan
tapi aku ni ramai sepupu yang sekolah rendah n menengah
sebabnya mak anak sulung
so sepupu je dah nak sama jumlahnya dengan anak sedara
dah suami tak bagi tukar duit raya aku cuma prepare duit raya untuk mak ayah sajalah

tahun ni suami cakap BNM kurangkan pengeluaran duit singgit yang baru
so suami just dapat duit singgih yang dah lama
memangla bertape tapi nampakla renyuk sikit sikit
so feeling duit raya tu kureng,hehe
padahal budak bukan kisah pun
asal dapat duit raya sudahhh




then cerita kuih raya pulak
tahun ni aku beli 7 jenis biskut dengan kos RM168
okayla tu rasa takdela membazir sangat kot
untuk rumah mak, rumah mentua dengan untuk aku ngap sorang.hehehe
kuih yang lain belum beli lagi
nanti maybe aku akan beli faveret aku kuih batang buruk dengan kekacang sajalah
spare lagi kat situ 2,3 puluh ringgit
meh tengok pilihan biskut raya aku tahun ni




tart apple dan suji badam
harga RM30 setiap bekas
memang agak mahal sebab kuih lain aku beli lagi murah
tapi yang ni sebab kawan yang buat
so siap boleh try dan aku rasa sedap
kalau takde tester memang aku tak beli dah.hehehe





biskut dahlia dan biskut makmur
first time nak try dengan tuan biskut yang ni
yang penting biskutnya murah dan kata kawan aku yang jual ni sedap la ikut taste dia
biskut makmur tu aku beli dengan harga RM36 je utk 100 biji ( 2 bekas )
memang murahla sangat sangat
pastu aku tukar dengan kawan 50 biji biskut dahlia
dengan harga RM36 dah boleh dapat 2 jenis biskut
memang berbaloi.hehe





biskut almond london, snowy almond dengan pistachio crunch
yang ni pulak biskut dari dealer yang aku dah beli bertahun tahun
dulu masa kerja ikbn pun tuan biskut yang sama jugak
cuma ejennya orang lain
sekarang kerja kat sini beli dengan ejen yang lain pulak
semua biskutnya untuk tahun ni harga dari RM22-RM24 untuk 50 biji
almond london dah selamat pun aku rasmikan
malam sebelum tidur makan
time bangun sahur pun aku makan.hihihi




tart nanas dan almond london lagi
tart suami bawak balik katanya ada orang kat ofis bagi
almond london pulak mama students aku bagi petang semalam
dari 7 bekas dah bertambah jadi 9 bekas.hehehe



tu jelah cerita duit raya dengan biskut raya tahun ni
baju raya tak story lagi.kihkihkih
asyik lupa nak snap gambar je
;)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...