Posts

Showing posts from September, 2013

stail aladin-alibaba

Image
assalamualaikum nak cerita outfit kegemaran aku semenjak dua menjak ni if dulu aku cerita dah kurang pkai jeans, pants lagi suka pakai dress tapi semenjak dua menjak ni aku dah beralih angin pakai seluar aladin/alibaba la pulak semuanya bermula sejak aku terbeli seluar aladin dalam group preloved aku beli murah je rm20 termasuk pos tapi bila dapat je barang tu aku puas hati sangat sebab materialnya best sebelum ni pun aku dah ada 2 helai tapi yang paras betis jelah memang aku pakai buat tidur malam je kainnya sejukkkkk sangat then, 2 hari lepas aku dah terbeli lagi 2 helai  tapi yang barula rm20 je sehelai kalau ikut perangai pentamak aku ni mau je grab semua kaler tapi aku berfikir dengan waras grab jelah dua helai dulu next week beli lagi kumpul semua kaler bagi cukupkan then bolehla aku bergembira belasah pakai seluar ni saja dengan blaus bila keluar.hehehe seluar aladin aku pakao hari ni keluar dengan mak ayah k

solat hajat ular masuk di hari malaysia

Image
assalamualaikum cerita basi tapi nak cerita jugak.hehe ceritanya masa hari malaysia 16september ritu mak mentua aku buat solat hajat buat solat hajat tu biasa jelah kan? tapi yang nyatanya mak mentua aku buat solat hajat sebab awal bulan hari tu ada ular tedung masuk rumah aku takde cerita dalam blog pun, just share status di fesbuk je ceritanya macam ni kejadiannya awal bulan ritu, bilik aku sebelah dapur so dalam pukul 8 malam aku nak masuk dapur masak masa tu suami kat atas rumah kakak dia then bila aku bukak je pintu bilik nak masuk dapur aku tengok adala seekor anak ular tedung kat tengah tengah dapur bila  dia nampak aku, terus kepala dia mengembang pastu dia macam bergerak la sikit ke depan macam nak datang patukkk aku aku pun apalagi terus melompat masuk bilik hempas pintu pastu lari ke luar guna bilik sebelah nasib baik ada pintu bersambung, kot tak matila aku dok bertempik panggil suami aku dalam bilik tu.huhu actually ularnya takdela

cool blog pasir tumboh

Image
assalamualaikum cool blog dah ada buka satu kiosk di pasir tumboh dekat je dengan tadika, lintas jalan ke bangunan sebelah seronok la aku boleh minum ais blended anytime tekak terasa nak.hehehe baru je beli 2 kali lime blog dengan yang atas ni sour plum blog masa aku order dia tanya nak tambah tak aku cakap taknak sebab tak suka pearl dengan jeli nak yang kosong je pastu dia suggest suruh tambah creamer denga vanila sebab nak kurangkan masa aku cakap taknak sebab aku memang nak masam tak suka yang bersusu berlemak.hehehe tapi if nak compare, lime lagi masam dan kaw sesangat memang jadi santapan aku ler tiap tiap hari lepas ni  kiosknya kecil je tapi okayla side tepi ada leather seat untuk lepas tunggu order ada cermin besar boleh camwhore masa beratur nak order leh lagi jeling jeling cermin hahaha dasar lagi satu pakcik yang jaga kiosk ni macam ala kelakar muka pun agak lucu, cakap pun lucu yang penting peramah den

entri tak tau nak letak tajuk apa

assalamualaikum malam tadi merajuk dengan suami so tidola awal tak makan petangnya masa otw balik dari kota bharu dah tapau kfc tapi merajuk punya pasal nak makan pun dah tak selera ntah pukul 2,3 pagi kot tersedar dari tido rasa lapar, rasa senak ulu hati mesti dah kena gastrik anginla ni dahla petangnya dalam pukul 3 makan nasi sikit je so bangun macam biasa muntah muntah sebab angin perut pun dah rasa sebu rasa lapar tapi taknak makan nasi pergi tuisyen bawakla kfc seketul dengan tropicana twister kebetulan pulak bangun paginya start cirit birit tak pasal pasal ni mesti gara gara tomyam yang aku beli semalam dok berulang alikla ke tandas badan pun rasa letih je singgah rumah mak sapu minyak angin sikit dan tertido mak suruh makan pil chi kit teck aun tapi aku tanak sebab tak reti nak makan ayah pulak suruh kunyah pucuk jambu pun aku taknak sebab pahit ayah ajak makan nasi tapi taknak jugak, so makan jelah kfc sejuk lapar punya pasal seketul paha tu rasa ma

kan dah malu....

Image
assalamualaikum dunia akhir zaman kan, cepat sungguh masa berlalu tup tup dah petang, baju belum basuh, baju belum lipat esok lagi sehari cuti next day dah keje balik setakat 2 hari cuti, nak lepak guling guling pun tak sempat ni belum ada anak, if lepas ni ada anak ntah macamana aku ni bab time management kdang okayyyy je, tapi banyaknya fail la.hehehe oh ya nak share sati cerita kelmarin la kot masa aku dok lepak tengah browse iklan dalam group yang aku join tetiba la ternampak satu kes tak berapa nak kelakar aku tempek screen shot je senang cuba baca perbualan antara shahirra Jeffry dengan Bulan leo Bulan Leo tu penjual, Shahirra Jeffry pembeli aku dah lupa si Bulan Leo tu jual apa, maybe baju la kot takpela if ada  yang tak berapa nampak dan tak faham meh aku explain kat sini si shahirra jeffry ni nak beli baju so dia tanya 'berapa ni?' si bulan leo pun jawabla 'rm35 dear' dia pun reply 'sapa kamu punya dear? c

by dan sayeeyyy...

assalamualaikum baru je jap tadi baca blog sepet, dia share pasal panggilan dia dan hubby dia maklumla pengantin baru.hihi aku pun teringat la jugak nak share panggilan aku laki bini lantakla aku bukan blogger fofuler macam sepet yang penting aku boleh membebel kata muis membebel kan?hihihi dulu masa abaru berkenalan aku bahasakan diri dengan suami i, u maklumla suami baru balik dari kay ell selepas hampir berbelas tahun di sana aku pulak walau dok kampung, dekat kakak pun ber i, you..kelas gitu then bila dah bertunang dan kawin bertukarla panggilan aku panggil suami by, singkatan untuk hubby then suami panggil aku sayang, dalam bahasa kelantannya sayeeeyyyy.hihihi aku perasan suami agak seganla kot if nak bahasakan diri dia by.. if cakap dengan aku selalu guna kita dan by lah if mood elok dan menggatal baru ringan sikit by keluar dari mulut dia aku pulak jenis muka tak malu depan semua orang keluarga ke orang luar memang aku bahsakan diri aku sayang, dan panggil

blender rosak

Assalamualaikum wahh lama sungguh rasanya tak membebel dalam blog ni punya ada modal nak membebel sampai blender rosak pun nak up entri ke? wakaka lantak yang penting aku tengah in mood nak membebel.hehehe alkisahnya ni cerita minggu lepas lepas balik kerja dah cakap kat suami malam tu nak buat nasi goreng je so suami cakap okay, buat macam malam tadi katanya, sedap.. aik, tetiba suami macam terpuji, kembang aku sat sebab suami aku ni memang la berat mulut nak memuji isteri dia yang cantik jelita ni ;p so sampai je rumah aku terus keluarkan barang nak masak then mandi n solat asar, lepas tu terus la masuk dapur actually malam sebelumnya aku buat mee goreng je tapi buat pertama kalinya aku guna cili kering kisar, tak guna cili boh so walaupun pedas, agaknya suami makan sedapla kot mee goreng basah aku sampai berebut dengan anak tu.hehehe anak pulak tak tahan pedas, sampai berpeluh peluh makan pedas tapi still menambah wahh bangga rasa diriku eksaited punya pasal g

cctv

Image
assalamualaikum sampai je tadika pagi tadi aku pelik sebabnya 3,4 orang kawan aku berdiri depan pintu sambil senyum senyum apahal? dengan cuaknya aku melangkah naik terus masuk pintu belah kiri sebab na [unch kad dulu tapi dah terintai intai macam pencuri dorang gelakkkk saja apa kes ni?  bila langkah masuk je dongak sikit omg rupanya cctv baru siap pasang  kemain besar gedabak skrin pengawasannya setiap corner tadika ada kat daycare, playroom, hallway, ruang ofis, ruang tangga and ruang depan pintu masuk tadika pendek kata lepas ni dah tak bolehla nak piat telinga student wakaka hipokrit habisla semua ticer lepas ni lakonan itu penting.muahahaha tapi yang kelakarnya semua students kemain la jakun  asik dok cakap tv besar boleh nampak dorang gerak gerak dalam tu ish ish ish padahal anak orang hebat hebat jakun korang ye tak pernah tengok cctv, kesiannnnnnn ;p

is jelita

Image
assalamualaikum sabtu lepas singgah di pesta buku di dewan jubli perak mulanya aku masuk muda osman nak cari novel ya maulana tup tup akak tu cakap baik perg beli kat pesta buku je kebetulan aku keluar dengan kawan dia pun memang niat nak pergi pesta buku juga masuk je cari buku ya maulana keluaran karya seni tengok tengok adala penulis melur jelita tengah promosi novel terbarunya My Precious Iris (MYPI) kiranya MYPI ni sambungan la dari novel I Love You Stupid (ILUS) sapa yang kaki novel komfem tahula.. so akak krew karya seni pun promotela kat aku dia kata if aku beli boleh dapat singnature dengan free gift aku pun apalagi siap mintak nak bergambar la muka tak malu.hehehe is jelita dan melur jelita kalau baca bukunya kemain lagi watak iris seksi meggoda tapi penulisnya sopan bertudung labuh, berjubah dan so friendly autograph from melur jelita bila dia tanya nama aku cakap is dia cakap is je? kan cakap nama panjang