Monday, September 16, 2013

blender rosak



Assalamualaikum


wahh lama sungguh rasanya tak membebel dalam blog ni
punya ada modal nak membebel sampai blender rosak pun nak up entri ke? wakaka
lantak yang penting aku tengah in mood nak membebel.hehehe
alkisahnya ni cerita minggu lepas lepas balik kerja
dah cakap kat suami malam tu nak buat nasi goreng je
so suami cakap okay, buat macam malam tadi katanya, sedap..
aik, tetiba suami macam terpuji, kembang aku sat
sebab suami aku ni memang la berat mulut nak memuji isteri dia yang cantik jelita ni ;p

so sampai je rumah aku terus keluarkan barang nak masak
then mandi n solat asar, lepas tu terus la masuk dapur
actually malam sebelumnya aku buat mee goreng je
tapi buat pertama kalinya aku guna cili kering kisar, tak guna cili boh
so walaupun pedas, agaknya suami makan sedapla kot mee goreng basah aku
sampai berebut dengan anak tu.hehehe
anak pulak tak tahan pedas, sampai berpeluh peluh makan pedas tapi still menambah
wahh bangga rasa diriku
eksaited punya pasal gambar makanan pun lupa nak snap.hehehe

berbalik pasal blender
masa nak kisar bawang nak masak mee goreng
aku dengan cerdiknya letak bahagian atas blender ke ibunya pastu angkat dengan sebelah tangan
terus blender menjunam jatuh atas simen dapur, habis terpercik segala bawang dengan baki cili kering yang aku kisar
nasib baik tak pecah blender aku
dahla blender baru, baru guna 2,3 x.huhuhu
then aku siapkan bahan yang lain pastu nak mula mengisar
nasib baik elok je boleh mengisar walapun cubaan pertama tak jadi sebab aku lupa nak ketatkan bahagian atas

then hari ni nakla mengisar lagi buat nasi goreng, sebab malas nak tumbuk
so aku angkat blender bawak masuk dalam bilik je senang
kat dapur rumah mentua aku ni plug elektriknya kemain lagi tinggi
satu kerja plak aku nak panjat cabinet dapur
so bila on je suis blender tak hidup
aik kenapa pulak semalam lepas jatuh elok elok je aku guna
try punya try punya try sampai aku lupa yang mana symbol on/off
sambil dok bukak tutup suis tu cuak jugak buatnya terkisar jari ke, terkena karan je
banyak kalila aku try tak dapat dapat jugak
okay, konfem blender aku rosak so esok nak hantar pi repair

kebetulan bateri tab berbunyi tanda bateri takde
so aku pun cuuck plug nak cas tab
tengok tengok casnya tak naik
aik kenapa? kipas elok je dok berpusing dengan plug yang sama
bila aku dongak sikit rupanya plug kipas yang tersambung di dinding
plug external elok je tersangkut di badan kipas
jam jam tu jugak rasa nak hantuk kepala kat dinding
patutla 10juta x aku try nak on blender tak hidup
mati mati aku ingat blender rosak, rupanya plug external tak sambung
aku pun tak tahula sama ada nak gelak dengan kebodohan aku ni ataupun nak hentak je kepala kat dinding

ni takde kerja orang lain dah mesti suami akula punya kerja ni
yang pandai pandai pi on kipas tak guna external kenapa?
dahla plug ada satu je dalam bilik
akula jugak macam orang bengong ingat barang letrik semua rosak nape tak hidup
tak buang masa aku pi cari suami yang tengah dok membotakkan kepala dia
membebel kat dia serba sikit, then naik atas rumah beristighfar banyak banyak
sabar sajalah, dia selamba je cakap ntah tak perasan main sambung je
huhuhu hampeh btol.

memang la tiap pagi sebelum pegi kerja aku cabut semua plug
tapi dah kalau balik awal nak sambung plug kipas sambungla plug external
kesian blender aku tu aku dok picit on/off sambil risau barang rosak
padahalnya suis yang tak on
tu belum lagi masuk cerita aku tumbuk bawang dalam kesedihan sebab ingat blender rosak
huhuhu sedih tauuuuu





1 comment:

Azian Elias said...

selalunya kalau kelam kabut mmg jadi cam tu lah kann..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...