Wednesday, September 04, 2013

is jelita



assalamualaikum


sabtu lepas singgah di pesta buku di dewan jubli perak
mulanya aku masuk muda osman nak cari novel ya maulana
tup tup akak tu cakap baik perg beli kat pesta buku je
kebetulan aku keluar dengan kawan dia pun memang niat nak pergi pesta buku juga
masuk je cari buku ya maulana keluaran karya seni
tengok tengok adala penulis melur jelita tengah promosi novel terbarunya My Precious Iris (MYPI)
kiranya MYPI ni sambungan la dari novel I Love You Stupid (ILUS)
sapa yang kaki novel komfem tahula..

so akak krew karya seni pun promotela kat aku
dia kata if aku beli boleh dapat singnature dengan free gift
aku pun apalagi siap mintak nak bergambar la
muka tak malu.hehehe



is jelita dan melur jelita
kalau baca bukunya kemain lagi watak iris seksi meggoda
tapi penulisnya sopan bertudung labuh, berjubah dan so friendly





autograph from melur jelita
bila dia tanya nama aku cakap is
dia cakap is je?
kan cakap nama panjang takut silap tulis pulak.huhu
tup tup buka buku tengok is jelita.hehehehe

beli novel selain dapat diskaun 10percent
dapat jugak sticker 2 keping, poskad hero sekeping dengan penanda buku riben 
penanda buku riben tu cantik sebab di setiap hujung ada rama rama dengan pepatung





the novel
tebal hampir seribu page
dahla skill membaca aku dah hilang sekarang ni
dah 3 hilang baca tak sampai 400 muka.huhu
tapi ceritanya memangla tersangat best
lagi best dari buku i love u stupid
walaupun dalam yang ni hero n heroin dah kahwin
still banyak isu dan intipati yang menarik dan tak membosankan
memangla tak rugi beli buku ni, berbaloi baloi

however, semenjak dua menjak ni hobi aku adalah meletgo barang
so novel antara salah satu barang yang aku letgo
semua novel aku yang best best aku dah letgo
tak ada la banyak pun dalam 7 buah
novel yang kakak aku punya adala a few dalam simpanan aku, tapi takkan nak jual barang orang kan
duitnya nanti haramla
tau dek tuannya mati aku kena marah.hehe

oh ya buku my precious iris ni pun aku dah letgo
ada orang dah beli dah siap bayar pun, tunggu nak pos je hari sabtu ni
sempatla aku habiskan lagi 3 hari ni.hehehe
untuk buku ni aku beli dengan harga rm31.50 after discount
aku jual balik rm30 termasuk pos
untung bersih rm23
so aku rugi rm8.50 jelah untuk buku ni
maknanya aku cuma bayar rm8.50 jelah untuk baca buku ni
duit jualan bolehla aku buat beli buku baru pulak
aku cerdik kan?hahaha
page yang ada autograph tu pulak aku gunting pastu tampal kat cermin meja hias
okayla tu untuk kenang kenangan :p






1 comment:

wawa syaida said...

Wow...siap posing dgn nelur jelita lagi...nak gi cari jugak la buku ni...bagus2 letgo dan boleh beri yg baru...tak terfikir pun sblum ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...