cuti 5 hari & fanatik trw


assalamualaikum

wah kemain lagi dalam minggu minggu sibuk nak menghadapi ihtifal sabtu depan
kebetulan kelantan berderet deret cuti
of kosla gembira kan..harussss
tapi walaupun cuti dari jumaat sampaila selasa bukannya senang hati pun
kerja banyak belum setel
selagi tak selesai ihtifal selagi tulah serabut kepala
dua hari jumaat sabtu ni memang aku rilek serilek rileknya la wakaka
lepak, baring, makan, layan supernatural marathon la sangat

tapi start esok selamat la berkunjung ke tadika di hari cuti untuk menyiapkan mana kerja yang tertangguh
nasib baik tak keseorangan hihihi
ok ya esok final piala malaysia kan?
kelantan lawan pahang kot
lantakla kelantan menang ke kalah, sah sah kelantan cuti hari isnin
teringat pulak masa separuh akhir kedua kelantan lawan atm  minggu lepas kot
aku keluar dengan ayah cari burger
kebetulan kedai tu bersambung dengan kedai makan pasang skrin besar

apala punya fanatik peminat kelate ni
awalnya kan atm sumbat 2 gol
yang kat luar ni dah terpekik macam orang gila
siap melompat bangun dari kerusi, sampai tunggang terbalik kerusi tu
kalau aku jadi tuan kedai kalau patah kerusi tu,  memang aku hempuk balik kat kepala ko tu dengan kerusi patah tu..

kebetulan aku bawak anak sedara umur dekat 2 tahun
esoknya abang aku cakap anak sedara aku tu tak boleh tidur mengigau ngigau
maunya tak dah si fanatik dok bertempik macam orang tak betul
kalau geram sangat masuk je dalam tv tu terus tendang bola masuk gol

teringat pulak pengalaman aku tengok bola kat bukit jalil 2 tahun lepas
masa tu final piala malaysia jugak la kot
kelantan lawan terengganu
masa tu baru seminggu kawin aku dengan hubby pi honeymoon cameron je
otw balik singgah kl sebab kebetulan kakak baru bersalin
lagipun suami nak tengok bola kat stadium
dah namanya pengantin baru harusla si isteri ikut sekali kan

masa tu ayah mak pun ada sebab dorang datang tengok kakak bersalin
so ayah tak bagila aku ikut pergi stadium
tapi kakak cakap biarla dah aku nak ikut suami
aku pun ikutla sebab nak rasa pengalaman tengok bola kat staidum apa yang best sangatnya

tapi apa aku boleh cakap tulah kali pertama dan kali terakhir
tobat demi Allah taala aku taknak dah pergi mana mana stadium tengok bola
dahla menapak hampir 2km dr tempat parking
masa tu kebetulan aku pakai blaus hitam putih kaler team terengganu
suami siap siap pakai jersi trw
masa kat sana baru suami belikan aku jersi merah
bilik air memang dah bercampur lelaki pompuan
aku pesan suami duduk depan pintu masa aku nak salin baju

dahla masuk lewat tempat duduk pun dah takde
sakit punggung aku duduk atas palang
sakit jugak telinga aku dengan bingit stadium
dengan suami kat sebelah memekak tiup ntah hapa ke bendanya
tapi malam tu sebelah aku ada satu family datang siap dengan baby ntah berapa bulan ntah
babynya elok je tidur dalam orang dok terpekik terlolong malam tu

tapi yang paling ngeri lepas kelantan kalah
aku cepat cepat ajak suami keluar
masa dok berpusu pusu keluar melalui lorong sempit tu tetiba je si fanatik baju merah ni nak robohkan pagar
bila sorang dah naik gila yang lain apa lagi
bila pagar tu rebah semua macam lembu gila bertolakan nak keluar dari situ
suami cepat cepat cover dan tolak aku keluar tapi menghala ke tepi dinding
aku nyaris nyaris terjatuh nasib baik la sangat suami sempat pegang
kalau aku jatuh memang mati agaknya aku kena pijak malam tu
memang jantung rasa nak tercabut dan rasa menyesal sangat aku tak dengar cakap ayah suruh stay kat rumah je




aku di final piala malaysia 2 tahun yang lepas.kihkihkih



tulah pengalaman pertama dan terakhir aku tengok bola
walau dah 2 tahun lebih berlalu tapi aku ingat lagi malam tu bila keluar je dari stadium
aku nampak sorang fanatik trw
dia duduk atas palang pagar sambil termenung tongkat dagu
gayanya memang macam orang mati bini
muka frust jangan cakapla
agaknya orang mati bini pun takde frust macam tu sekali
apala punya gila fanatik sangat dekat bola
mati nanti kat kubur ko guna bola buat ganti batu nisan ek wakakaka

maapla mana yang terasa tu ye
aku ni memang kurang semangat kesukanan

*updated kelantan kalah 1-0 kepada pahang
suami teka betul..gud job :p





Comments

  1. tak pernah lagi tengok bola real kat stadium....tengok kat tv je...tu pun tengok half dah terzzzz

    memang patut cakap kat yg fanatik tu cenggini kan hahaaha 'kalau geram sangat masuk je dalam tv tu terus tendang bola masuk gol'

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM