mimpi



assalamualaikum


tak tahula kenapa sejak minggu lepas aku asyik bermimpi pelik pelik
boleh kata tiap tipa malam tapi rasanya setakat mainan tidur sajalah
sebab bila bangun pagi memang tak ingat apa pun
lagipun minggu lepas nak period, mood memangla tak berapa elok
jadi lebih serabut lebih sensitif tambahan pulak setiap hari banyak kerja nak kena setelkan

tapi minggu ni mimpi mimpi pelik ni macam berterusan pulak
bermula dengan malam pertama aku mimpi kepala aku ada kutu
kutunya siap dengan telur kutu berkilat kilat euwww
tapi aku rasa mesti mimpi ni up sebab ada sorang kawan aku pi bergurau guna sikat kutu tadika
sikatkan rambut aku
aku macam fobia takut terlekat kutula kot sampai bermimpi,huhu

malam seterusnya aku mimpi cermin pecah kaca habis terpercik melekat di muka aku
yang ni tak tahu kenapa ntah tiba tiba mimpi macam ni
nak kata aku ada terpecahkan cermin tak ada pulak
tapi mimpinya real la kaca melekat lekat di muka
pastu aku cabut satu satu kaca tu wahh kemain lagi

mimpi seterusnya memang mimpi nak cari pasalla
ada ke patut pi mimpi suami nak kawin lain
dahla masa tu aku dalam mood bercinta dengan suami
kalau tengah bergaduh logikla jugak.hehehe
aku mimpi suami cakap dah tak cintakan aku pastu nak kawin lain
dengan pompuan rambut pendek jugak tu..watdehal
banyak cantik punya muka....

malam tadi aku mimpi lagi
tapi masa aku tengah menaip ni sambil layan mak ayah bersembang aku jadi lupa aku mimpi pasal apa
makla membebel sampai hilang fokus aku.hihihi
rasanya aku mimpi aku sakit kot
dalam 4 malam ni yang ni satu jelah aku tak ingat

tapi tulah tak tahula kenapa banyak sungguh mimpi pelik berderet deret ni
tapi aku konfem ni semua mainan tidur je kot
sebab sejak akhir akhir ni memang aku letih jiwa dan raga
dengan banyak kerja nak setel
dengan emosi nak merajuk sokmo dengan laki
dengan tensi pasal anak
macam macam isula itu ini
hatta isu apa nak makan tiap malam pun boleh bikin stress tau

nampaknya lepas ni aku kena tidur dengan kaki rendam dalam baldi kot
barula tak bermimpi mengarut ntah hapa hapa :p





Comments

  1. wahhhhh dasak sgguh mipi kak is, telo gutuuuuuuuuu sapa berkilat2 nah xtehenyo. aaaa gatal palo laluh

    ReplyDelete
  2. banyak betol mimpinya...mainan tido kot...wawa pun jenis kadang2 mimpi...tapi time bangun pagi tu dah lupa....tapi kan akan ingat jugak...kalau mimpi tu yang betol lain dari yang lain...seram dll

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM