tok aman bali beach resort D2: sukaneka/dating



assalamualaikum


tengah ada mood ni meh sambung lagi entri kat sini
tapi takde gambar lunch sebab kami pergi makan dalam pukul 2 lebih
sume makanan dah licin
yang tinggal nasi putih dengan asam pedas ikan tenggiri je dengan sayur lemak
daging black paper dengan ayam berempah dengan sup ayam tinggal tray kosong je
hangin je rasa dengan suami
aku dah ajak pi makan awal pukul 12.30 sebelum jumaat tapi dia cakap kenyang lagi
pastu dalam tentatif tulis 12-3petang
rupanya orang restoren tak dapat info pun sampai pukul 3 so memang dorang tak prepare apalah
aku rilek jelah makan mana yang ada dengan suami
tapi kebetulan masa tu ada sorang akauntan pun datang nak makan jugak
then bila tengok makanan takde dia pun bagitau pengurusan la kot
bila aku tanya suami cakap akauntan baru, w41 kan..harusla mereport mana yang tak puas hati.hihi
bagi aku ada satu lauk, satu sayur okla, lainla kalau ada nasi putih saja

lepas je makan terus sambung aktiviti sukaneka, suami jadi mc
bila sampai turn game musical chair untuk pekerja wanita dengan wife suami tarik tangan aku suruh join
aku kalau boleh tanak la join, kalau kalah maluuuuuu
tapi terpaksala join jugak
macam hampeh je
kebetulan depan aku ada sorang pompuan tu ya allah tak pernah main ke hapa
tergedik gedik ada ke main musical chair tapi taknak jalan, asik dok pegang kerusi pastu bertenggek duduk
baik tak payah main, hangin je aku
lapar sangat nak menang hadiah gamaknya
aku tak boleh bab bab main ni kena la ikut rules kan.hihi
anak sedara suami tak snap gambar tapi amik video je
nanti nantila nak share


lepas tu aku dengan suami masuk aktiviti berpasangan
tahun ni main game kepit belon dengan pipi
pun sama gambar takde jugak 
anak sedara poknik pi ambik video je, haihhh geram betul
nasib baik dapatla jugak tempat no 3
yang dapat no1 suami isteri yang sama tinggi so balancela nak kepit belon kat pipi kan.hehe





muka kepenatan lepas main
rasa macam dah laju je aku lari dengan suami
tapi nasib dapat no3 je.huhu
nampaknya prestasi kitorang makin menurun kot
tahun pertama kawin main baling sambut telur dapat no1
tahun lepas main pandu arah dapat no 2
tahun ni dapat no3






anak sedara suami dapat banyakla jugak hadiah main sukaneka
dapat tupperware, dapat jam, dapat tuala, ada goodies bag jugak
tapi tahun ni aktiviti tak banyak
patutnya buat kat pantai depan resort tapi sebab fikir nanti hujan so dorang buat dalam dewan je



then lepas sukaneka aku pun masuk bilik solat asar jap
then ajak suami g jalan jalan dia dah janji nak main bot
tapi sampai je tepi tasik suami cakap nak naik kenu je






posing dulu sebelum naik
kali kedua aku naik kenu
kali pertama masa aku pergi perkhemahan masa sekolah naim









aku duduk depan, bila orang yang jaga tu tolak masuk air terus aku rasa berdebar
teroleng oleng jugak
then baru suami masuk
aku bukan kayuh sangat pun, suami cakap duduk diam diam biar dia je kayuh.hihi
bila dia penat, rehat kejap
mula mula takut lama lama barula seronok sikit
sebenarnya aku ni penakut air, takdela sampai tahap fobia tapi bolehla, memang masuk kategori pertengahan.hehe

sebenarnya memang dia cakap rm15/30 minit
tapi abang yang jaga tu cakap dorang tak kisah pun kalau lebih masa
agak agak dah penat naikla
memang dorang tak caj tambahan
okayla macam tu
kitorang pun maybe lebih 30 minit jugak kot dok pusing pusing dalam tasik tu






lepas naik tu belanja suami aiskrim cornetto..sweet kan?hihihi
rm4 satu, macam mahal je..
rasanya cornetto dalam rm2.++ je kan?





lepas tu jalan jalan pergi kolam tengok budak budak main kolam
aku tak mandi pun just basahkan badan je
kebetulan naik kenu tu memang bahagian belakang badan dah basah pun so aku berendam je dalam kolam
lepas tu dalam pukul 630 aku terus naik mandi
nak siap siap pi dinner pulak


to be continued.....









Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM