Monday, December 23, 2013

almond choc from tirah blossom




assalamualaikum



entri saje saje je ni sementara tak mengantuk lagi ni
nak share minggu lepas aku ada order almond choc dari satu kedai online
so dia pos sabtu, ahad dah dapat
kebetulan terjumpa iklan masa dok baca gosip kat blog nara.hehe




packagingnya
aku beli almond chocolate
rm25/300gram
postage rm5.50
tapi disember ni ada promosi if beli 1 less 10 percent
so harga 1 bekas ni rm28






nyum nyum serius sedap bagi tekak akula
coklat tak super manis
tu yang penting
oh ya aku ni memang penggemar kacang & coklat
tapi aku memang tak makan coklat kosong
coklat tu kena berkacang
tapi kalau kacang je aku makan pulak
kesimpulannya aku hantu kekacang la kot
kacang tanah, almod, gajus, hazelnut, macadamia, pistachio
oh itu semua kegemaran saya
sape  cakap makan kacang naik jerawat?
mitos semua tu.hehehe

berbalik kepada cerita almond choc aku ni
aku kira dalam bekas ni ada 28 keping.hehe
jangan gelak ye memang tabiat aku
if beli coklat pun memang aku kira satu, satu 
hahaha sakit mental kot aku ni
so 28 keping=rm28
amboi takkan sekeping rm1 kot.huhu

dulu raya aku pernah jumpa benda alah ni
tapi style almond cincang celup dalam coklat and masuk dalam cuppies
almond roacher namanya tapi tak sedap
aku beli online jugak
tapi yang ni sedap, so memang puas hati
nak jimat punya pasal takut cepat habis sehari aku makan 3,4 keping je hahaha
dasarrrrrr..


oh ya, kalau ada sape nak tengok ni link ye 
biarla aku bg iklan free, tolong menolong dapat pahala kan
macam macam jenis ada, white chocolate pun ada
jengah jengah la ye..


tata....



Saturday, December 21, 2013

salham homestay



assalamualaikum


kursus kali ni kami tinggal kat sri mahligai condominium & townhouse seksyen 9
dekat sangat dengan tempat kursus kat muzium shah alam
mrs boss sewa myvi jugak untuk kami berlima
tak sampai 5 minit dah boleh sampai tempat kursus







yang ni bukan blok tempat kami duduk pun
aku just snap dari dalam kereta masa hari checkout ritu
tempatnya quite okayla
ada pool jugak tapi kami ni bukan nak bercuti  tapi nak berkursus.hehe





Sri Mahligai Townhouse 28-4B (3 rooms) in 2nd floor (RM250-RM300 pernight)


gambar dalam rumah aku malas nak snap
ni ada 2 keping aku tepek aku ambik dari web SALHAM HOMESTAY
acctually tempat kami duduk ni salah satu unit under salham homestay
nak tahu lebih lanjut boleh je klik link 
aku malas nak story.hehe


dalam bilik nilah aku cikji dan asma share katil 3 orang
leen dengan su tidur atas tilam kat bawah
dasar penakut bilik ada 3, tapi 5 orang semua nak tidur 1 bilih.kihkihkih
kebetulan masa kami duduk situ, sliding door dekat beranda rosak
tu yang semua pakat nak tidur satu bilik

yang penting semua lengkap
ada fridge, water heater, oven, sinki dengan pinggan mangkuk semua
dapur je takde so kami tak boleh nak main masak masak
celur megi dalam air panas sudah.hehehe

next time if datang kursus lagi boleh duduk sini je
makcik musalmah the owner tu baik ;)













night circle restaurant



assalamualaikum


balik dari sacc mall kami singgah makan kat night circle restaurant shah alam
kebetulan terjumpa masa nak cari farmasi
nampak orang macam ramai je sedapla kot
kebetulan lepas kami sampai hujan lebat, syokla dapat bersantai sambil makan kan
speacialty kat sini bubur nasi la kot




 bermacam macam pilihan lauk
dalam menu rm3 each





aku ambik 3 lauk je
acctually bukan lauk sangat kot
biasalah aku makan bubur kena ada telur masin dengan kacang pastu tambah ikan masin jugak
tapi ikan masin tu macam tak seswai je potong panjang panjang
better potong dadu lagi senang nak makan.hehe
sesuka hati aku je kan nak komplen


bubur ni sebenarnya lagi elok makan share just ambik lauk serba satu
if makan sorang memang tak habis
semangkuk bubur tu banyak gila bagi aku boleh buat 2x makan
maklumla tangki kecik je
tapi aku biasalah if tak habis tapau bawak balikla.hihi
tapau lauk je dari membazir kan
memang muka tak malu.hihi
tapi apa nak malukan dah kita bayar je pun, bukan mencurik
prinsip aku ni yer jangan nak main main
tapi kesimpulannya nasi air made in kelantan lagi best
bubur ni macam nasi lembik dengan lauk je gitulah kekdahnya
kan dah kata baik hujan batu negeri sendiri





then aku tapau jugak chicken chop rm10.00
blackpeper sauce dia macam best la jugak cuma tepung ayamnya tak best
so aku makan isi ayam je
fries pun jenis crincle cut tapi brand murah kot
tak sedap.hihi


okla, tu je nak cite, daaaaa




Thursday, December 19, 2013

kota bharu - shah alam day2



assalamualaikum

hari kedua di shah alam, hari pertama berkursus
mandangkan semua siap awal konon nak cari breakfast la dulu
lupa pulak ingat shah alam ni macam kat kelantan
ingat banyakla gerai nasi berlauk berderet deret tepi jalan.hihi
berangan sudah
sepanjang jalan jenuh dok berpusing last last masuk mcd pkns shah alam
elok je siap makan masa nak bayar parking tup tup depan mata je ada kedai makan untuk breakfast siap ngan roti canai kot.huhu




aku ambik set sausage mcmuffin je pastu tukar air milo
makanla mc muffin tu aku just makan sausage je
hash brown tu sebab panas panas habisla seketul
air milo tawar n cair
kalau kat rumah rm8plus plus dah boleh nasi 2 bungkus, kuih atau air lagi.hehe
memang dasar cheapskate aku ni
lagi satu set pancake cikji punya
pancake mcd ni kalau serve dengan chocolate sauce lg best kot 
compare ngan butter n honey manis sangat

dahla masa nak bayar auto pay satu hal
dua mesin yang terdekat rosak
so pi lah nak bayar dekat dengan kaunter
tapi punyala terhegeh hegeh nak bukak kaunter
dok kira duit la dok buat kemas kaunter yang cuma ada log book dengan pen je
nasib baik aku ni tak penyabar bila tanya rupanya tunggu kawan dia pergi ambikkan kad apa ntah
terus aku tanya another akak mana auto pay lain 
lagi cepat aku berjalan pi sana dari dok tercongok depan kaunter
pagi pagi dah bikin mood kita kacau tau.huhu





matlamat utama kami ke shah alam 
datang jauh jauh ni if takde apa yang boleh bawak balik as knowledge tak tahula ;p
ni kali kedua aku masuk kursus lc
dulu first time datang as a new teacher
kali ni datang as a senior teacher yerrr
tahun 2014 dah masuk tahun ke3 ye aku bergelumang dengan pahit manis dunia pendidikan awal kanak kanak ni..macam tak caya *tepuk bahu sendiri syabassss betey.....*






wat penat je cari breakfast
kursus sejam dah break untuk makan pagi
pagi isnin nasi lemak
makanan kali ni dah di platekan siap siap 
so tinggal nak ambik je
takdela kena line up lama sangat macam kursus yang dulu
sedap nasi lemak ni kacang banyakkkkk
sapa cakap makan kacang muka naik jerawat?
mitos je semua tuuuuu





tetiba je keluar gambar pasu besar
maklumla berkursus di muzium
otw nak pi tandas yang dalam muzium
sempat lagi aku snap gambar pasu antik ni
datang dari dinasti negara china kot
tak sempat nak baca kalau salah maap ye orang shah alam
if bawak balik rumah konfem berhantu pasu ni.hihi






alah kursus kejap makan lagiii
lauk asam pedas ikan apa ntah dengan sayur campur
bolehla asal nak alas perut
aku dalam sakit tekak sempat lagi bedal oren 2 hiris
sakit belakang kira yang penting makannnn





kursus harai pertama habis awal 330 petang
sebabnya slot sampai pukul 5 khasn untuk pengusaha tadika je
so kami yang kuli ni bolehla balik awal
masa untuk kami merendekla.hihi
disebabkan ada kawan yang baru first time dorang datang sini bagila can dorang bergambar dalam muzium
dulu datang aku belum ambik lagi kot gambar dengan congkak gergasi ni
dah lupa dah takpela ambik lagi sekali





pun layan jugak nak ambik gambar kat keretapi zaman dolu dolu ni
posing posing jugak bagpack laptop tak tinggal







rumah dinosaur
ntah bila ada benda alah ni
2 tahun lepas datang takde lagi kot
dari luar dah boleh dengar bergegar bunyi kat dalam tu
tiket masuk rm10 je untuk dewasa kanak kanak rm5 kot
aku sempatla intai macam best je
takdela gelap sangat macam rumah hantu
tapi manala tahu kot time ni tengah termengandung ke 
kang takut terkenan pulak baby aku.hihi perasan tak habis habis






then blah dari muzium singgah sacc mall je
masuk vincci sempatla aku rembat vincci sepasang
saja je cari alasan wedges kat kaki dah buruk
tapi memang sebelum datang sini wedges yang pakai seharian tu tetiba terkopak tapak
nak beli dah tak sempat so suami just tampal guna gam gajah je.huhu
ada lagi satu platform 3 inci yang beli raya ritu rasa cam tinggi sangat nak pakai kehulu kehilir
dahla jauh perjalanan so pakai jelah yang dah buruk pun
tapi dah bajet datang sini nak beli sepasang kasut baru





  
aku muka boring dok tunggu cikji cari sandal dia
boleh tahan cerewet jugak minah ni
lepas satu satu yang berkenan takde saiz pulak





kena intervention dari aku jugak baru setel sandal cikji
hmm not bad jugak taste aku.hihihi

then setel kasut masuk giant jap
konon2 cari stok untuk malam dengan esok la ni
pastu terus balik then singgah tapau makanan
yang tu cite lain pulak ye
banyak skit entri.kihkihkih







Sunday, December 15, 2013

tonsillitis



assalamualaikum


hari ni mc berehat kat rumah
badan still rasa letih, tekak pun masih sakit 
malam tadi pun dah boleh tidur lena banding dengan malam sebelumnya
tak sangka tonsil kali ni teruk pulak
biasa bila rasa sakit aku terus ambik sp troche
tapi kali ni tak jalan
agaknya sebab lambat sangat kot

khamis malam sebelum aku pergi kursus dah start rasa sakit tapi sebelah kiri je
so tahan tahan gitu jelah
makan fishermanfriend je
then pergi kursus makan macam macam balik kursus hr rabu baru nak cari ubat
so kiranya dah seminggu dok sakit baru nak cari ubat
dari sebelah kiri dua dua belah tonsi dah kena

petang jumaat balik dari rumah kawan bertunang okay lagi
tapi malamnya bila tidur start rasa tak sedap badan
sejuk sampai menggigil gigil
siap bangun cari stokin lagi
tekak pulak jangan cakapla memang sakit tak hingat
malam tu memang tak boleh tidur pun selang sejam kot tersedar

so pagi semalam cakap kat suami memang nak kena pergi klinik la ni
makin teruk ni
intai nak tengok dalm tekak depan cermin bukan nampak pun
tapi kalau hari sabtu klinik yang aku biasa pergi ni tutu
malam baru bukak 8-10 malam
takpelah

then malamnya lepas suami bukak kedai dia balik ambik aku dan kami pergi klinik
dia cakap tonsil aku memang dah bengkak kiri kanan
check lebih kurang tanya lebih kurang aku tanya boleh dapat mc tak
dia cakap bolehla sebab aku demam jugak
nasib baik sebab dr martina ni macam susah sikit nak bagi mc




malam tadi dapat 3 jenis ubat paracetamol, antibiotik amoxycillin dengan sp troche jugak
if aku tahu dia nak bagi sp troche baik tak yah ambik
kat farmasi lagi murah kot rm3 je sepapan
ingatkan boleh dapat ubat untuk berkumur ke
lepas ni pandaila aku pi farmasi cari sp troche dengan antibiotik sendiri


klinik lain aku tak suka sebab semua doktor lelaki
klinik perdana-ikhlas ni dr martina
dari dulu lagi aku suka datang sini
if dia cucuk pun tak sakit macam klinik lain
memangla mahal sikit if compare dengan klinik lain kat jelawat ni tapi takpelah asalkan doktor pompuan
rasa lebih selesa

macam biasala bila aku kena tonsil suami mesti cakap aku suka makan berminyak
pastu bila dr cakap kena lebihkan minum air masak dia bebella cakap suruh aku minum banyak air masak
sebab aku ni memang kurang sangat minum air masak
tak macam dia pagi pagi bangun tidur boleh teguk air masak segelas
mak pulak cakap sebab aku suka ais
tapi kalau sakit tekak memang elok minum ais kan?
pendapat aku.hehe
ayah pulak cakap sebab aku suka makan pedas pedas sebab aku suka tomyam

alahai semua nak salahkan pemakanan aku
padahal tonsil ni aku dah kena dari kecik lagi
dah tak heran dah
abang aku yang ada tonsil tu pun mak cakap bulan 3 tahun depan nak buat tonsillectomy
yang aku ni pun kalau lepas ni asik kena je better buat jgk kot
buang terus je senang

teringat ritu masa mak masuk klinik akak katil sebelah buang tonsil jugak
aku dah tahu dia tak boleh cakap tapi dok pi tanya tanya jugak
kesian dia kena angguk angguk je
tapi yang bestnya doktor cakap makan eskrim baru cepat okay
o sebab tulah dulu asal aku demam masuk wad doktor dok bagi eskrim je
ingatkan sebab duduk wad kanak kanak
kalau dlu orang tanya suka tak masuk hospital
aku cakap suka sebab boleh makan eskrim
if dulu jawab gitu orang gelak jelah dengan ke'cute'an aku
cuba sekarang ni jawab macam tu
nampak sangat tak sedar diri tahun depan dah 30.huhu

okayla nak berehat jap kata demam kan.. ;)



Thursday, December 12, 2013

kota bharu - shah alam day 1



assalamualaikum


ahad lepas aku kena attend kursus little caliphs di shah alam
dari ahad sampai selasa
so pagi ahad siap siap sebab flight pkl 950
tapi aku kenala pegi awal sebab suami nak masuk ofis pulak
then bila elok je dah siap pakai tudung semua dapat msj/email from air asia flight delay pulak
okayla tu takdela kena bergegas sangat
sempatla singgah breakfast dengan suami dulu

disebabkan dah buat web check in so kami terus masuk balai berlepas jelah
dalam setengah jam je suami tunggu lepak lepak baca paper then aku suruh dia balik pejabat.hehe
tapi sebelum masuk balai berlepas sempatla aku merehatkan diri sekejap



kerusi urut kegemaran aku
pantang jumpa if tak rushing mesti aku lepak sat kat sini
kat rumah asik kena urut suami je
diri sendiri biar jelah kerusi yang urutkan.huhuhu






flight asalnya pukul 955am
then delay ke 1050 am
takpela delay sejam je
sambil melepak pot pet pot pet dengan kawan lain kejap je sejam tu
tup tup delay lagi ke pukul 1125am pulak dah
hmm apa nak buek terima jelah






sebelum tu nak  buat pengakuan ni first time yer aku  naik flight
maklumla sebelum ni masa  belajar pun dekat sekangkang kera je
lepas habis belajar kerja kat kampung je
sekala sekala pi rumah abang kakak kat kl naik bas je
kira nilah first time aku nak merasa naik flight
tapi konfem tak jakun.hehehe


suami dalam kereta masa otw nak g airport bengang je
sebabnya dia cakapla masa plane langgar awan macam bergegar gegar je 
so macam takutla
tapi aku ni dasar kental sikit pun tak gabra rileks je
so bila aku dok main mainkan dia cakap tak takut punnn, bengkekla dia.hehehe

tapi memang sikit pun aku tak rasa berdebar 
sebab aku tak fobia dengan ketinggian
cuba selam aku dalam air, bawak masuk aku dalam air barula aku menjerit jerit macam orang tak betul.hehe
cuma bila naik tinggi telinga berdesing pastu belakang tengkuk aku rasa sakit sangat sangat
aku tanya cikji dia cakap tak sakit just telinga je
aku rasa sakit belakang tengkuk macam ada hantu yang duduk picit belakang tengkuk aku ni
bila dah turun baru okay, so konfem sakit tu sebab tekanan masa kat atas 




cikji cakap dia tak pernah lagi masuk tandas dalam plane
so takpe aku tolong masuk and snap gambar.hehehe
tandas kecik, cermin kemain gedabak



sampai LCCT dalam 1230pm lebih kurang memang lapar dah tak hingat
ingat nak alas perut dengan mcD dulu tapi kebetulan tengahari semua meja full
masukla Taste Of Asia
ramai jugak umat yang tengah beratur tapi still ada meja kosongla so aku dengan lagi sorang kawan beratur order makanan, yang lain order air dengan booked meja sambil jaga bag kami yang ditolak dengan troli
lega senafas kat dah situ
lapar tak hingat snap gambar pun lupa.hehe





aku just ambik nasi ayam dengan air blackcurrant
yang kelakarnya 2,3 orang depan aku order nasi ayam jugak pekerja kat situ tak bagi sup
aku pun nampak dorang terus bawak je tray ke meja
terus terfikir takkan la orang kl makan nasi ayam tanpa sup?kihkihkih
padahal mangkuk kecil takde, so bila turn aku aku mintakla sup dia bagi je tapi dalam mangkuk besar untuk 2 plate nasi ayam
then masa aku nak beredar dari situ  datangla adik jambu ala ala pencandat sotong tanya mamat di kaunter
'hmmm, saya nak mintakk sup untuk nasi ayam boleh keeeee?"
(sila baca dengan nada adik jambu yer.hihihi)
bolehhhhh..aku balas dalam hati.hihi





bila dah kenyang lepak jap terus naik skypark bas ke KL sentral la pulak
layan movie jap pastu aku terlelap
yang kelakarnya cikji cakap aku sempat lagi tu berdengkur.wakaka
malu kite tau nasib baik cikji cakap aku berdengkur ala ala manja gitu

suami pun selalu cakap aku tidur berdengkur
sebab selalu penat pastu ada masalah dengan hidung n tekak kot
hidung selalu tersumbat, macam ada resdung la jugak
so selalunya part hidung dan tekak ni memang tak selesa





turun skypark bas naikla pulak tren dari kl sentral nak ke stesen shah alam
dahla berdiri sepanjang lebih 10 stesen kot
kebetulan pulak hari ni la jugak beg laptop yang aku sandang kat depan ni zipnya rosak
elok je sampai kat airport pagi tadi
terpaksala kehulu kehilir dengan beg yang ternganga macam ni.huhu
dahla perangai aku ni selalu misplaced barang
memang asik kena check la tab dengan purse takut tertinggal terhilang ke apa


trip kursus little  caliphs aku tahun ni memangla sangat mencabar
kalau tahun pertama pergi kursus kami naik bas je
sampai stesen dah ada yang tunggu pastu hantar ke guest house 
tapi tahun ni punya perjalanan memang menguji ketahanan mental sungguh
tahu nape aku cakap macam tu? disebabkan ada jalan dekat tapi kami pilih jalan jauh
paginya sebelum naik flight mananger tadika kol pastu tanya nape tak naik firefly then turun di subang?
dari subang just naik cab 15 min lebih kurang dah boleh sampai

tapi perjalanan kami kali ni kami pergi makin jauh pulak
naik AA, turun AA, naik skypark bas ke Kl sentral, 
dari KL sentral naik KTM pulak dalam 12 stesen baru sampai shah alam
dari stesen shah alam ambik myvi yang bos sewa pastu kena drive ke guest house yang bos dah booked
gila mencabar perjalanan
dahla masing masing dengan bagpack besar gedabak
aku lagila hazab bagpack depan belakang
rasa macam nak tertanggal bahu

sampai kat apartment dalam 4 lebih kot
semua terus pancit
memangla lapar tapi masing masing tak larat lagi nak cari makan
semua pakat pi bedal maggi cikji dulu.hehe
malamnya pulak baru keluar cari dinner
takde gambar semua penat tau nak makan rehat pastu tidur je
aku pun malam pertama tu badan rasa seram sejuk macam nak demam dah.huhu


akhirnya, habis jugak entri hari pertama ni
jangan lupa baca hari ke 2 ye :)
to be continued......











Tuesday, December 03, 2013

clementine from the poplook




assalamualaikum


selasa lepas the poplook http://thepoplook.com/ ada keluarkan another maxi dress
tengok gambar macam cantik je macam cute je.hehe



clementine maxi dress
corak bunga kecil kecil comel sesangat


mula mula aku grab untuk adik ipar
dia nak warna navy
aku pulak macam berkenan warna nude ni tapi aku beli lambat sikit sebab nak tunggu review di tpl group
esoknya tengok ada review yang macam best je clementine ni
so aku cepat cepat grab sebelum baju ni oos.hehe

berbelah bagi mulanya between 2 colors
tapi kawan aku cakap grab yang ni je
so aku pun grab la saiz M

yang adik ipar sampai khamis
yang aku punya sampai sabtu
esoknya pergi kerja terus la pakai
kata baju baru kan.hehe
lagipun masa cuti sekolah ni je pun nak pakai dress macam ni
nanti bila dah start students masuk takde maknanya nak ala ala princess macam ni
pakai cotton sudah.huhu



yang belah kiri adik ipar punya, kanan aku punya
both saiz M
material dress ni best cuma bawaH ketiak macam sempit sikit
 n labuh sikit kena alter bawah dalam1inci lagi kot

bulan ni macam banyak je belanja beli 2 dress, 2 blaus, beli purse, beli jubah
tapi takpela, jual barang lama yang tak pakai boleh spend buat  beli barang baru.
thanks to group preloved.hehehe
bijakkkk bijakkkk.... ;p







Sunday, December 01, 2013

TORCH & facebook facelift



assalamualaikum


sebelum ni guna internet aku selesa guna browser google chrome je
tapi hari tu kebetulan masa aku tengah browse internet ternampakla satu browser baru la kot
TORCH
so try la install macam best je
nak download pun senang
aku jumpa dulu pun masa search cara nak download dengan senang dan cepat
if kita install TORCH ni, contohnya kalau nak download video dari youtube, just klik je dekat yang bertulis VIDEO kat atas sekali belah kanan, automatik dia akan terus upload
senangkan? hehe senangla bagi aku







then tetiba 2 hari lepas bila aku klik link ke fesbuk tetiba keluar satu apps facelift
aku pun godek godekla try
dan hasilnya.....






kemain ceria lagi fesbuk ada
aku tukar font, tukar saiz dengan kaler font
masukkan gambar background
image pun aku tukar style pop-up gitu
memang ceriala
takdela boring sangat fesbuk aku.hihihi
cantik menarik tertarik kan?hihi


masa aku tengah update blog ni aku tengah download kindie song old mc donald had a farm ajugak
tetiba keluar notification yng TORCH jugak boleh extract terus video yang kita download
bestkan?
sekarang aku memang set TORCH as aku punya main browser.hehe
apalagi jom sama sama guna TORCH ni..bestttttttt wa cakap sama lu ;p

ni link untuk sesape yang berminat
http://blog.torchbrowser.com/how-to-personalize-your-facebook/

tapi jangan lupa install torch dulu yeeee...

babai...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...