Sunday, December 15, 2013

tonsillitis



assalamualaikum


hari ni mc berehat kat rumah
badan still rasa letih, tekak pun masih sakit 
malam tadi pun dah boleh tidur lena banding dengan malam sebelumnya
tak sangka tonsil kali ni teruk pulak
biasa bila rasa sakit aku terus ambik sp troche
tapi kali ni tak jalan
agaknya sebab lambat sangat kot

khamis malam sebelum aku pergi kursus dah start rasa sakit tapi sebelah kiri je
so tahan tahan gitu jelah
makan fishermanfriend je
then pergi kursus makan macam macam balik kursus hr rabu baru nak cari ubat
so kiranya dah seminggu dok sakit baru nak cari ubat
dari sebelah kiri dua dua belah tonsi dah kena

petang jumaat balik dari rumah kawan bertunang okay lagi
tapi malamnya bila tidur start rasa tak sedap badan
sejuk sampai menggigil gigil
siap bangun cari stokin lagi
tekak pulak jangan cakapla memang sakit tak hingat
malam tu memang tak boleh tidur pun selang sejam kot tersedar

so pagi semalam cakap kat suami memang nak kena pergi klinik la ni
makin teruk ni
intai nak tengok dalm tekak depan cermin bukan nampak pun
tapi kalau hari sabtu klinik yang aku biasa pergi ni tutu
malam baru bukak 8-10 malam
takpelah

then malamnya lepas suami bukak kedai dia balik ambik aku dan kami pergi klinik
dia cakap tonsil aku memang dah bengkak kiri kanan
check lebih kurang tanya lebih kurang aku tanya boleh dapat mc tak
dia cakap bolehla sebab aku demam jugak
nasib baik sebab dr martina ni macam susah sikit nak bagi mc




malam tadi dapat 3 jenis ubat paracetamol, antibiotik amoxycillin dengan sp troche jugak
if aku tahu dia nak bagi sp troche baik tak yah ambik
kat farmasi lagi murah kot rm3 je sepapan
ingatkan boleh dapat ubat untuk berkumur ke
lepas ni pandaila aku pi farmasi cari sp troche dengan antibiotik sendiri


klinik lain aku tak suka sebab semua doktor lelaki
klinik perdana-ikhlas ni dr martina
dari dulu lagi aku suka datang sini
if dia cucuk pun tak sakit macam klinik lain
memangla mahal sikit if compare dengan klinik lain kat jelawat ni tapi takpelah asalkan doktor pompuan
rasa lebih selesa

macam biasala bila aku kena tonsil suami mesti cakap aku suka makan berminyak
pastu bila dr cakap kena lebihkan minum air masak dia bebella cakap suruh aku minum banyak air masak
sebab aku ni memang kurang sangat minum air masak
tak macam dia pagi pagi bangun tidur boleh teguk air masak segelas
mak pulak cakap sebab aku suka ais
tapi kalau sakit tekak memang elok minum ais kan?
pendapat aku.hehe
ayah pulak cakap sebab aku suka makan pedas pedas sebab aku suka tomyam

alahai semua nak salahkan pemakanan aku
padahal tonsil ni aku dah kena dari kecik lagi
dah tak heran dah
abang aku yang ada tonsil tu pun mak cakap bulan 3 tahun depan nak buat tonsillectomy
yang aku ni pun kalau lepas ni asik kena je better buat jgk kot
buang terus je senang

teringat ritu masa mak masuk klinik akak katil sebelah buang tonsil jugak
aku dah tahu dia tak boleh cakap tapi dok pi tanya tanya jugak
kesian dia kena angguk angguk je
tapi yang bestnya doktor cakap makan eskrim baru cepat okay
o sebab tulah dulu asal aku demam masuk wad doktor dok bagi eskrim je
ingatkan sebab duduk wad kanak kanak
kalau dlu orang tanya suka tak masuk hospital
aku cakap suka sebab boleh makan eskrim
if dulu jawab gitu orang gelak jelah dengan ke'cute'an aku
cuba sekarang ni jawab macam tu
nampak sangat tak sedar diri tahun depan dah 30.huhu

okayla nak berehat jap kata demam kan.. ;)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...