Posts

Showing posts from February, 2014

hantar pakcik ke airport nak pergi buat umrah

Image
assalamualaikum fuhh kemain panjang tajuk senang baca tajuk je tak payah baca entri.hihi petang tadi ke airport, hantar pakcik nak buat umrah lepas jumaat, makan sikit pastu suami hantar balik rumah mak sampai je mak dah siap dah dok tunggu kat beranda standby nak kunci pintu dah amboi kemain lagi semangat mak memang pantang kalau dengar orang nak g ke mekah ni tadi pun masa salam salam aku tengok nenek rilek je tak sedih sedih tapi dia dah sok sek sok sek dok nangis aku faham mak mesti sedih sebab dia yang teringin sangat nak pergi alih alih pakcik yang dapat pergi dulu kesian mak! pakcik pegi buat umrah bukan lama pun 2 minggu je tadi masa salam lupa nak pesan lagi sekali kat dia supaya doakan supaya aku ni cepat dapat baby mak tanya tak tulis doa ke bagi kat pakcik tapi dah suami cakap tak payahla pesan kat mulut je lagipun pakcik memang dah tahu sokmo aku ni dok desperate nak anak in sha allah dia doakan nanti dulu masa pakcik yang lain ke mekah, aku suruh d

tetiba demam...

assalamualaikum entah kenapa semalam tetiba demam bangun je pagi dah rasa lain macam rasa letih dan panas muka, hidung berair bila mandi pun rasa sejukkk sangat tapi semalam ada program tadika dari pagi sampaila petang so terpaksala jugak attend dalam pukul 8 pagi gerak ke gelanggang seni lepas breakfast makan ubat selsema je panadol lupa bawak program siap pukul 650petang masa tu dalam kepala fikir nak cepat balik nak baring je sepatutnya semalam pergi ambik qaseh gold yang beli tapi dah tak larat sangat so biarkan jelah dulu sampai rumah dalam 750 terus masuk mandi..sejukkkkkkkk sangat sangat konfem aku demam telan panadol 2 bijik pastu terus solat dari maghrib terus duduk tunggu solat isyak sebab dah taknak sentuh air lepas solat isyak terus baring kejap dalam 845 bangun siap siap nak balik rumah mak ikut hati malam tadi taknak balik sebab letih sangat tapi sebab fikir hari ni nak kena hantar mak ayah pi kursus haji so gagahkan diri jugak memangla ay

khamis malam jumaat

Image
assalamualaikum 12.21am..baru siap jemur baju, skirt, legging, singlet nak pakai esok semua bergantungan di dalam bilik kalau tak sempat kering, esok pagi kita tekan kuat kuat sikit dengan iron.hehehe start hari ni jugak 'paip' macam nak bocor bertitis titis slow motion harapnya esok jangan pecah sudahlah dah telan ubat sebiji, tapi mata pun tak mengantuk lagi masa ni tak membuta lagi esok pukul 8 dah nak gerak in sha allah turun lepas subuh, dekat nak maghrib sampaila rumah oh stressnya... bukak dashboard nak blogwalking, ternampak pulak tajuk entri seram dekat blog peej burhan siap ada gambar meriam, harum sundal malam lagi bertepek kat situ nice sesangat! dahla aku nak membuta ni sorang sorang nampak gaya membuta tak tutup lampu la malam ni pn boss belanja puding raja tersohor katanya bila aku tanya kata pn boss isi kat dalam ada pisang, kismis, ada jugak kacang gajus terus tak jadi nak makan bila tengok kwan makan rupanya benda ni memang lem

Pelupa kuasa 3

Assalamualaikum Kes 1. Terlupa mana letak 15 keping kupon internet Minggu lepas beli kupon internet happy dr cikji 15 keping. Balik rumah nak guna x dapek. Alkisahnya tak support no happy yang aku guna sekarang ni. So hari ahad masuk kerja nak return balikla kat cikji. Paginya masa bersiap nak pi kerja dah ambik semua kad tu dari dlm kotak pastu masukkan dalam beg. Sampai tadika cari punya cari punya cari tak jumpa. Alkisahnya beg ada 3. Beg laptop, beg longchamp celup made in china yang dok isi buku buku dan beg alat tulis. Banyak kali geledah pun semua takde. Last last give up. Sambil tunggu students siapkan keje sambil termenung dok fikir kat mana aku selit semua kupon tu. Fikir punya fikir punya fikir, teringat dalam longchamp celup tu ada satu poket kecil belah dalam. Terus check, memang ada. Masa tu baru 3,4 jam dari tempoh masa aku letak. Memang blur tak ingat langsung. Kes 2. Terlupa hantar borang cuti. Semalam ayah ada appointment kat HRPZ 11. So memang ken

home made chocolate

Image
assalamualaikum hari ni tak bersemangat lagi nak mulakan rutin mingguan ntah nape rasa penat sangat sangat tiap tiap hari kerja tapi rasa macam kerja tak pernah habis macam kerja ni asik dok kejar dari belakang jumaat sabtu memang cuti tapi silap gaya ada jugak kerja nak kena setel nak ke situ ke sini urusan kerja, urusan sendiri, urusan mak ayah masa 24jam tu rasa sekejap sangat penattttt...dan stress! serius tahun ni rasa lagi teruk dari tahun lepas ok. tukar topik. baik aku membebel pasal benda lain yang menenangkan jiwa.hehe haa nilah gambar home made chocolate yang aku jual sekarang ni bukan aku yang buat pun kakak yang buat aku just tolong jual je tu pun bukan aku yang jual jugak anak sedara suami yang banyak jual di sekolah dia, di asrama budak2 pompuan sukala makan coklat macam ni kalau kakak bagi stok 100 batang 2,3 hari je boleh habis aku bagila upah seposen untuk sebatang kat anak sedara suami kalau dia jual 100 batang dapatla

kurma ayam cair

Image
assalamualaikum alahai...lamanya tak update blog ni kalau dulu update blog boleh hilang stress dan penat keje tapi sekarang ni penat dan stress keje sampai jadi malas nak update.huhu bila tengok orang update niat di hati tu nak jugak tapi syaitonnirrojim ni kuat sangat menghasutnya tambahan pulak seminggu dua ni ulang tayang us masterchef season 1 sampai season 4 untuk yang ke ntah berapa kali.LOL kebetulan hari ni daily lp dah siap, dah print tersangatla lega rasa di hati cuma tinggal nak buat draft saja yang tu kacang jerrr sambil pejam mata je boleh siap wakaka riak sungguh so malam ni bolehla nak berjoli nak update blog, nak baca komik, nak layan korea alkisahnya nak bercerita pasal malam semalam buat pertama kali dalam sejarah sejak aku menceburi bidang masak memasak  malam tadi aku buat lauk yang bersantan untuk pengetahuan, aku ni tak pernah nak masak guna santan menu kegemaran aku tomyam, sup, masak 3 rasa, ala siam ala thai, gore