home made chocolate


assalamualaikum


hari ni tak bersemangat lagi nak mulakan rutin mingguan
ntah nape rasa penat sangat sangat
tiap tiap hari kerja tapi rasa macam kerja tak pernah habis
macam kerja ni asik dok kejar dari belakang
jumaat sabtu memang cuti tapi silap gaya ada jugak kerja nak kena setel
nak ke situ ke sini
urusan kerja, urusan sendiri, urusan mak ayah
masa 24jam tu rasa sekejap sangat
penattttt...dan stress!
serius tahun ni rasa lagi teruk dari tahun lepas


ok. tukar topik.
baik aku membebel pasal benda lain yang menenangkan jiwa.hehe








haa nilah gambar home made chocolate yang aku jual sekarang ni
bukan aku yang buat pun
kakak yang buat aku just tolong jual je
tu pun bukan aku yang jual jugak
anak sedara suami yang banyak jual di sekolah dia, di asrama
budak2 pompuan sukala makan coklat macam ni
kalau kakak bagi stok 100 batang 2,3 hari je boleh habis
aku bagila upah seposen untuk sebatang kat anak sedara suami
kalau dia jual 100 batang dapatla rm10
banyakla tu untuk budak sekolah.hehe
untuk diri aku, aku tak ambik upah pun
just tolong kakak
sebab kakak aku baikkkk sangat so tak sampai hati nak ambik upah.hehe
pastu letak sikit di tadika untuk budak2 datang belajar malam malam
aku masukkan dalam bekas pastu sape nak ambik je pastu letak jelah duit dalam tu

coklat kakak buat ni sedap
semua cakap sedap
sebab dia guna coklat brand beryl's
aku ni bukan penggemar coklat kosong
tapi sebab coklat ni sedap so layankan jugak la
tiap tiap malam if ada stok aku makan sampai 2 batang
tu makin lama muka aku ni jadi makin bulat
kalau dulu aku penah mengutuk akak yang kat kl tu sebab suka makan coklat malam sebelum tidur
sekarang ni aku pulak yang jadi macam tu.huhu

hari tu masa akak cerita dia meniaga coklat aku teringinla nak meniaga jugak
nak beli bahan2 nak buat sendiri pastu dapat untung semua aku punyala
tapi biasalah aku ni hangat hangat taik ayam
penat penat petang balik keje takde maknanya aku nak masuk dapur nak mengadap coklat ni pulak
baju pun asik bertimbun tak sempat lipat ada hati nak meniaga coklat.hahaha

aku memang respek dengan kakak aku
memang superwomen
anak dahla 6 orang tengah membesar, semua aktif aktif
pastu penat penat balik mengajar, malam nak buat coklat lagi
padahal gaji laki bini dah berkepuk kepuk
nak jugak cari duit meniaga coklat
kalau dulu dia meniaga di sekolah
tapi hari tu dia cakap pengetua tak bagi cikgu meniaga
lagipun suami dia penolong kanan kat situ jugak
dah tak boleh meniaga coklat kat sekolah
dia meniaga cheese tart kat cikgu cikgu sekolah pulak
memang tak boleh nak duduk diam

kalaulah aku macam tu jugak.huhuhu....*beranganjadisuperwomen*



Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM