Tuesday, February 11, 2014

kurma ayam cair


assalamualaikum

alahai...lamanya tak update blog ni
kalau dulu update blog boleh hilang stress dan penat keje
tapi sekarang ni penat dan stress keje sampai jadi malas nak update.huhu
bila tengok orang update niat di hati tu nak jugak
tapi syaitonnirrojim ni kuat sangat menghasutnya
tambahan pulak seminggu dua ni ulang tayang us masterchef season 1 sampai season 4
untuk yang ke ntah berapa kali.LOL

kebetulan hari ni daily lp dah siap, dah print
tersangatla lega rasa di hati
cuma tinggal nak buat draft saja
yang tu kacang jerrr
sambil pejam mata je boleh siap
wakaka riak sungguh
so malam ni bolehla nak berjoli nak update blog, nak baca komik, nak layan korea

alkisahnya nak bercerita pasal malam semalam
buat pertama kali dalam sejarah sejak aku menceburi bidang masak memasak 
malam tadi aku buat lauk yang bersantan
untuk pengetahuan, aku ni tak pernah nak masak guna santan
menu kegemaran aku tomyam, sup, masak 3 rasa, ala siam ala thai, goreng gorengan, asam pedas, nasi ayam, masak kicap, masak lada hitam, singgang dan lain lain lagi semuanya tak guna santan

so malam tadi disebabkan dah muak makan tomyam dan sup
aku pun decidela nak masak kurma ayam
kebetulan ada serbuk kurma adabi dengan sekotak santan dalam peti ais
santan tu beli yang masa raya ritu kengkonon nak buat rendang
tapi dah 2 kali raya haram...santan kemana, rendang kemana.huhu
then berbalik pada cerita kurma aku ni so kiranya bahan asas dah ada so aku masakla kurma

malas google so aku juat tiru resepi kat belakang paket serbuk kurma aabi
kat situ dia tulis tumis bawang merah, bawang putih dan halia
lepas tu masukkan rempah kurma dan kacau
bila dah naik bau masukkan ayam atau daging dan air
haaa bab air nilah aku fail
aku lupa dia tulis air sahaja ke sedikit air
tapi dah aku nampak dia suruh masukkan air terus aku masukkan satu mangkuk besar air
lepas tu kacau lagi
disebabkan rempah agak banyak so aku takut rasa pelik
so aku decide tambah lagi air sampaila jadi separuh periuk
ayam semua tenggelam
lepas tu dia cakap biarkan sampai ayam empuk
lepas tu masukkan santan
santannya pulak disebabkan lama simpan dalam peti ais so jadila agak beku
so aku bukak kotak dan senduk santan tu
masuk dalam mangkuk pastu campur air untuk cairkan santan tu
lepas tu aku masukkan dalam periuk
dekat resepi tu jugak cakap masukkan bawang besar yang dibelah empat dan ubi kentang
kebetulan malam tadi stok bawang besar tinggal last aku dah potong bulat bulat
ubi kentang konfem takde 
so aku masukkan je bawang besar potong bulat dengan aku tambah 2 biji cili padi
kengkonon nak bagi pedas sikit
masalahnya kurma pedas ke?huhuhu
kesian laki aku dapat bini macam aku ni

lepas tu bila aku nampak kurma tu cair sangat aku pun biarkan la kurma tu menggelegak/mereneh lama sikit kat atas dapur
masa tu dah risau dah senduk sikit dalam mangkuk masuk tanya suami tengah mengaji masa tu ok ke kuah macam ni
okay okay jawab laki aku mata bukan dok tengok pun orang tunjuk
menyampah betul
nak buat macam mana redho sajalah
sampai masa nak makan suami macam biasala faveret dia goreng goreng je
ambikla dalam 2,3 sudu kuah kurma aku
konon nak ambik hatila tu
huhuhu sedihhhhhh
tapi takpe belajar dari pengalaman

pagi tadi sampai je tadika aku masuk dapur tanya tukang masak
aku cakapla kuah cair sebab letak air banyak
dia cakap tak payahla letak air sebab dari ayam nanti keluar air
lepas tu santan tulah sebenarnya yang akan menjadi kuah
masa tu barula aku terfikir ye tak ye jugak
apala tak cerdiknya aku ni
terus rasa huh tak guna belajar tinggi tinggi masak kurma pun tak lulus
nasib baik dah kawin
nasib baik mak mentua aku tak makan malam malam.hahahaha



kurma ayam tak semenggah dari aku
disebabkan frust, baki santan dalam kotak aku terus tong sampahkan
in sha Allah tak kan masak bersantan lagi dalam masa terdekat ni.huhuhu
hujung minggu ni in sha Allah nak masak nasi ayam
moga dipermudahkan.hahaha






1 comment:

FaZiLa said...

hahahaha uih da ada rupa da ayam masak kurma mu tuh hihihii

-aku pon bkn jnis suka masak pelik2 gak.. tp dah bersuami dan bermak mertua kan yg pndai masak, maka ter kena belajar lah masak itu ini kikikiki... mari sama2 kita improve hahahaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...