Tuesday, February 18, 2014

Pelupa kuasa 3



Assalamualaikum


Kes 1. Terlupa mana letak 15 keping kupon internet
Minggu lepas beli kupon internet happy dr cikji 15 keping. Balik rumah nak guna x dapek. Alkisahnya tak support no happy yang aku guna sekarang ni. So hari ahad masuk kerja nak return balikla kat cikji. Paginya masa bersiap nak pi kerja dah ambik semua kad tu dari dlm kotak pastu masukkan dalam beg. Sampai tadika cari punya cari punya cari tak jumpa. Alkisahnya beg ada 3. Beg laptop, beg longchamp celup made in china yang dok isi buku buku dan beg alat tulis. Banyak kali geledah pun semua takde. Last last give up. Sambil tunggu students siapkan keje sambil termenung dok fikir kat mana aku selit semua kupon tu. Fikir punya fikir punya fikir, teringat dalam longchamp celup tu ada satu poket kecil belah dalam. Terus check, memang ada. Masa tu baru 3,4 jam dari tempoh masa aku letak. Memang blur tak ingat langsung.

Kes 2. Terlupa hantar borang cuti.
Semalam ayah ada appointment kat HRPZ 11. So memang kena cuti. Konfemla ni nak cuti, so dah siap fotostat semua worksheet untuk teacher ganti guna. Dah siapkan attendance sheet, reading record dengan semua worksheet masuk dalam 1 fail. Done. Petangnya sebelum balik keje, dengan konfiden bagitau teacher ganti, tc zirah merangkap assistant bos yang semua benda dah setel. Dia pun pelik, bila masa aku bagitau nak cuti, sebab semua urusan cuti lepas bos tandatangan boring cuti, dia yang simpan. Aku dengan konfidenla bagitau aku cuti dan dah isi borang. Tapi borangnya takde. Terus teringat lepas isi borang awal bulan ritu, borang tu aku masukkan fail dalam rak dalam kelas. Masa tu taknak hantar lagi sebab rasa awal sangat. Last last sampai kesudah aku tak hantar langsung. Bos tak tandatangan dan assistant bos tak tahu aku nak cuti semalam. Nice! Kebetulan rupanya semalam jugak bos nak buat meeting berkenaan program jumaat nanti. Terus aku kol bos bagitau yang aku memang terlupa langsung. Mati hidup balik tak ingat belum hantar borang. Nasib baik approved tapi petangnya kena datangla untuk join meeting.huhuhu...

3. Terlupa nak panaskan/simpan ikan rebus dalam periuk
aku memang setiap minggu ada stok ikan rebus di rumah. Senang kalau malas nak masak lauk, just goreng je ikan tu makan dengan kicap, nasi panasa panas. Memang faveret. Balik rumah petang semalam pulak siapkan barang untuk suami bukak kedai. Tengok dalam periuk, ikan yang rebus jumaat lepas dah nampak lain macam. Dari petang jumaat sampai petang ahad ni, rupanya ikan tu lupa simpan dalam peti ais dan lupa jugak nak panaskan. Kalau tak ternampak periuk tu memang sampai berulatla dalam periuk. Kesudahannya ikan tu semua akan dibagi makan kat kucing. Bukan tak pernah terjadi satu periuk ikan rebus aku bunag bagi kucing makan.hehehe

Belum masuk dengan sepit rambut rasanya bawak pergi kerja, cari punya cari tak jumpa. Balik rumah pun takde. Konfem hilang ntah kemana. Dahla sepit baru je beli, cute je warna putih, bentuk heart 2 ketul, ada corak riben kecik kecik warna pink. Tup tup semalam jumpa sepit rambut tu. Bukan hilang pun cuma aku je terlupa letak sepit tu kat mana, last last jumpa jugak.huhu

Maka lengkapla cerita masalah pelupa yang melanda diri aku. Tu baru sehari. Kalau nak dikira, berapa puluh ratus kali barang aku asik terlupa, asik hilang lepas tu jumpa. Semuanya sebab aku ni sangat sangat pelupa.

kat bawah ni lagi cerita dalam koleksi "Aku Pelupa".hehehe

1. Pernah kawan ofis suami pinjam novel, dia pinjam sampai aku dah terlupa. Satu hari, masuk group yang jual novel preloved, tertengok 1 tajuk. Eh rasa rasanya macam aku ada beli novel ni. Cari punya cari tak jumpa. Bila bagitau suami, rupanya novel tu ada kat ofis dia. Kalau suami tak bawak balik, sampai kesudahnyalah aku dah tak ingat novel tu.


2. Last week hari rabu terlupa pendrive, terlupa lesson plan. Esoknya khamis pagi pagi lagi draft lesson plan mingguan nak kena hantar. Dah cane? Terpaksala kawan kat tadika cari lesson plan dalam pendrive yang tertinggal tu dan emel pada aku.

3. Pergi kerja naik motor tapi balik dengan kereta, so terlupa bawak balik topi keledar, sedangkan pagi esoknya nak naik motor lagi pergi kerja. Esoknya gamble naik motor tak pakai helmet, nasib baik selamattttt.hehehe

3. Last week, jumaat malam balik rumah mak pakai baju tidur. Esoknya kena ganti kawan kat tuisyen tadika. So preparela baju untuk pakai esoknya. Baju, tudung, cardigan, pakaian dalam, toiletries semua. Esoknya nak siap siap pergi tuisyen, rupanya seluar TERLUPA bawak. Terpaksala pinjam jubah mak yang senteng.huhu

5. Bukan setakat lupa barang, hari pun aku terlupa. Pernah hari rabu, tapi pergi gosokkan untuk suami baju batik. TERLUPA bukan hari khamis.

6. Nak buat art n craft tapi terlupa nak beli pinggan kertas. Terlupa nak bawak balik berus cat air. Esok pagi dah nak kena hantar. Malamnya baru teringat. So gunakan berus gigi gantikan berus cat air.

7. Kawan pinjam tudung atau aku bawak tudung spare. Biasanya mesti tertinggal dekat tadika. Dan biasanya aku akan terlupa sampaila satu masa, eh mana tudung aku....cari dan sepahkan semua kain baju, baru teringat yang tudung tu ada di tadika.

8. Jam jam aku,  memang aku bawak ke hulu ke hilir. Ada satu jam tu dah lama tak pakai sebab bateri mati. So memang dah tak ingat. Tiba tiba teringat satu malam tu cari punya cari jam tak jumpa. Dahla jam hantaran masa kawin dulu, memangla saying sangat sangat. Terus panic. Teringat jam tu maybe bawak ke rumah mak. Terus kol mak. Bila tanya dia cakap takde, jam jam tu jugak rasa nak nangis. Mak pun bebel la cakap macam macam perangai tak cermat la, nyanyukla apala..tup tup masa tengah cakap dengan mak tu ayah cakap dia yang simpan jam tu. Terus ceria balik. Mak siap perli lagi cakap tadi suara macam dah nak nangis.  Esoknya terus singgah rumah mak ambik jam.huhu

Dah penat nak tulis, memang perangai pelupa aku ni tahap kronik dah rasanya. Perlu bantuan. Kalau makan kismis tok guru selori pun belum tentu perangai pelupa aku ni hilang. Sebab tu bila kes yang seorang cikgu kawan kakak terlupa yang anaknya dalam kereta, memang aku tak salahkan dia 100 peratus. Aku ni just lupa barang barang je hilang lupa letak mana. Tapi dia lupa anak tertinggal dalam kereta. Sape sanggup nak niaya anak macam tu? Tapi dah Allah tutupkan mata hati dia dari teringatkan anak dia rupanya dalam kereta tu, nak buat macam mana..nauzubillah, semoga dijauhkan dari semua musibah macam tu. Hilang barang takpe boleh di cari ganti. Hilang nyawa? Hilang anak yang dikandung 9 bulan? Tuhan sajalah yang tahu....





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...