Wednesday, March 19, 2014

qaseh gold part 1


assalamualaikum


masuk hari ni dah 2 minggu lebih sejak saya dengan suami start consume qaseh gold
saya minum qaseh gold adinda, suami pulak minum qaseh gold kekanda
semuanya bermula bila saya dah start serius fikir nak berubat untuk pregnant
so dok surveyla apa dia produk yang sesuai
sharklee memang la ada set kesuburan
tapi saya fikir panjang jugak nak beli sebab saya dan suami ni liat sikit nak telan jenis pil pil
if saya okayla jugak tapi kalau suami konfemla kot dia malas nak telan
so dari membazir baik tak payah beli
tengok kawan dok minum esp sharklee saya teringin jugak
tapi bila perasanya soya asli, pastu bila minum jadi bertambah selera makan
terus terbantut niat.huhu

survey lagi terjumpa iklan qaseh gold
adala yang share testimoni cakap elok minum if tengah berusaha untuk pregnant
so pm la seorang kawan untuk tanya harga dengan kesahihan produk ni
tapi masa tu tak tergerak hati lagi nak beli
dalam hati rasa ragu sebab takut tak terminum

lama lepas tu ternampak kakak angkat masa sekolah naim dulu share jugak pasal qaseh gold
rupanya dia pun jual jugak qaseh gold ni
so bila pm dia, dia cakap if nak beli kebetulan adiknya ada nak balik kelantan
so boleh cod je

masa balik dari airport hujung bln lepas terus singgah ambik dekat rumahnya di tanjung chat
bila bawak balik rumah, tak terus minum pun
adala dalam 2,3 hari jugak kot dok biar dalam kotak ke
yang suami pun dah bila kita tak buka, dia pun samala tak minum

akhirnya satu pagi tu sebelum pergi kerja baru tergerak hati nak bukak packaging
terus ambik sudu, bagi suami minum dia punya dulu
sampai turn sendiri rasa ragu ragu pulak
sebabnya saya bajet jus qaseh gold ni cair ala ala ubat batuk bena tu
tapi rupanya pekat sikit
disebabkan bahan asas dia kurma dan madu
so warna pun gelap la sikit
untuk makluman saya ni penggeli sikit dengan benda berair warna gelap
contohnya macam kuah rojak atau kuah air asam
memang takkan bawak masuk dalam mulut punyalah.hihi

tapi kali ni redho sajalah
masuk je dalam tekak aku tak telan terus tapi telan sikit sikit
elok je semua masuk tekak aku terus rasa loya nak termuntah
terus teruwek  masa tu jugak
eeei kembang tekak tegak bulu roma semua ada
bak kata orang kelate 'ngetak bulu' gitu
sebab teksturnya tak smooth sangat
ala ala kurma dikisar gitula lebih kurang
aku lagi suka if lebih cair kot

acctually rasanya not bad pun
aku ni je drama lebih
padahal dah tau pun rasanya manis manis buah gitu
suami rilek jelah telan sebab dia biasa je pagi pagi dok telan madu
aku ni jelah yang seksa sikit
tapi alhamdulillah dah 2 minggu lebih ni dah okayla boleh je minum
cuma aku tak minum, aku telan terus, setel!

tapi aku ni pengelat
pagi je minum tu pun 1 sudu
malam aku memang malas nak minum
yang sebotol tu pun ntah aku ambik berapa lama masa nak habis
cuma ditulis dekat botol tu habiskan dalam masa sebulan
tapi konfemla sebulan tak habis
dah 2 minggu lebih ni separuh pun tak sampai lagi aku minum

tapi aku pandai je pesan kat suami jangan lupa minum sebelum tidur
pagi takpela aku suapkan.kihkihkih






so kelebihan qaseh gold yang pertama adalah merapatkan hubungan suami isteri melalui suapan di pagi hari
dan juga berkongsi satu sudu...wakaka
kelebihan yang lain aku story kan di next entri yer
penat dah menaip ni ;p



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...