Thursday, March 13, 2014

skrin laptop rosak


assalamualaikum

geram betul rasa dengan laptop ni
baru guna setahun lebih
dah rosak pulak
tetiba je keluar garisan garisan dekat skrin
bila bagitahu suami dia kata sebab virus
tapi bila tanya adik katanya skrin rosak
aduhhh..kejenya nak menghabiskan duit aku lagi la tu

bulan lepas masa ikut kawan pergi kedai komputer aku bawak sekali laptop
tanya dekat tokey kedai konfemla skrin monitor rosak
memang kena ganti lain lah jawabnya
dahla waranti pun dah habis.huhu
bila tanya dia cakap kos rm300 je
tapi if aku pergi kedai sony maybe cecah rm500
bila aku tanya yang rm300 tu ori ke tak katanya ori jugak
tapi bila direct pergi kedai dengan servis semua jadila lagi mahal
ntahla aku bukan reti pun pasal ni

tapi disebabkan garisan ni ala ala manja je lagi
so aku hold dululah
tunggu sampai skrinnya dah tak nampak apa baru ganti lain wakaka
bila bagitahu suami nasib baik dia tak marah
jangan cakap aku tak cermat jaga barang sudahhhhhh

tapi memang aku mengakula
nasib baik laptop ni suami yang hadiahkan
so memang aku jaga sebab taknak suami bising
tabiat aku if barang yang aku beli sendiri lantakla
tapi kalau suami yang belikan memangla risau

tapi rosak skrin ni memangla salah aku pun
aku tak tahula apa punca sebenarnya
tapi salah satu punca aku rasa sebab aku selalu guna dengan bateri tak pasang plug
lepas tu aku guna sampai habis bateri tu
disebabkan perangai pemalas aku ni, sampaikan bateri keluar warning pun memang aku takkan cas
selalunya aku biarkan dia mati sendiri
dan kalau esok baru aku on balik laptop
macam tulah keadaannya aku biarkan
dasar berat tulang nak cas bateri pun malas

lagi satu aku selalu sebelum tidur layan movid, layang video lagu
lepas tu aku tertido
lepas tu tertido, laptop terpasang sampaila habis bateri dan mati sendiri
bila esoknya on laptop, dekat scene mana movie tu terpadam malam tadi,
scene tu jugakla yang terpapar balik bila aku on kan laptop
kenapa aku cakap sebab tu skrin rosak keluar garisan halus?
sebabnya dari 2,3 garisan halus
setiap kali laptop terpadam sendiri habis bateri, tiap kali aku on balik jumlah garisan halus tu makin bertambah
so memang sah disebabkan aku suka biar laptop termati sendiri yang skrin aku jadi macam tu.huhuhu

nak menyesal pun dah takde guna
prepare jelah duit nanti nak tukar skrin
tapi rm300 kira okla tu
ingat masa degree dulu tahun 2007 nak tukar skrin kena dalam rm700
kalau sekarang ni still  harga macam tu pendek kata tambah duit sikit beli yang baru
yang lama campak je tepi dinding.wakaka
cakap macam duit berkepuk kepuk ;p



cantik je garisan garisan penghias skrin ni
ni yang minggu lepas, satu garisan tengah tengah, belah kiri dalam 4,5 garisan kot
yang terbaru disebabkan 2,3 hari lepas sekali lagi laptop terpadam sebab habis bateri
dah bertambah lagi satu garisan belah kiri jugak
bagusla ada peningkatan
terima kasih kepada perangai bongok dan sengal aku ni

la ni nak layan movie pun potong stim je
garisan tu semua mengganggu mata dan menyakitkan hati
yang dalam gambar atas ni snap masa tengah layan video BSB
nak menghayati kekacakan Kevin pun susah, ada garisan penyibuk dok melintang kat situ.huhu

bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak bergunaaaaaaa...... :(
sekian!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...