Wednesday, April 30, 2014

better late than never ;)



assalamualaikum



ingat kan tahun ni takde dah hadiah besday dari suami
tapi dah rezeki, dapatla jugak.hihihi
walaupun dah terlewat 60 hari dari tarikh besday tapi takpelah
sebab hadiahnya pun berbaloi baloi
bak kata omputeh 'a gift worth waiting for...... ;)

sebenarnya if takde hadiah pun dah tak kisah
besday ke28 suami dah belikan laptop sony vaio, kaler pink lagik
tahun lepas besday ke 29 suami dah belikan samsung galaxy tab
jadi tahun ni tak tahu nak apa dah
memangla teringin nak tambah koleksi jam
tapi sekarang dah ada 3 utas
dah ada jugak yang diletgo so rasa taknak la pulak tambah jam

suami pun memang asik bangkang je if nak beli jam
so dia cakap nanti dia bagi duit untuk beli rantai
so sabtu lepas pergila kedai besan mak
suami kasi duit rm1k je so nak cari yang dalam bajet tu jelah
malas nak tambah duit sendiri
kebetulan jumpa yang berkenan
rantai halus je pun tapi sweet sesangat
lagipun sekarang ni emas murah, so baik beli emas je


rantai kecik je pun 5.77g je
masa beli tu harga emas rm134/gram
beli pun kat kedai besan mak, adik yang jaga kedai sekali dengan mentua dia
total rm1029 tapi dapatla diskaun sikit so bayar 1k je


aku pilih design ni sebab 1k dapat rantai halus je
if beli pakai dengan loket yang sedia ada takut berat pulak sebab loket yang ada tu agak besar
so pilih design bumi ni, takdela nampak kosong sangat
cute cute gitu.hihi
masa beli ni pun suami tak bagi duit lagi
sebab dia pesan suruh tengok2 je dulu
tapi dah aku berkenan yang ni walaupun tak bayar terus mintak nak bawak balik
esoknya baru transfer duit ke akaun adik



masa beli tu adik bagi beg kecik je
tapi aku mintak beg lain
terus dia bagi tote bag ni
dari jauh sekali tengok macam coach dah.hihihi
bolehla guna bawak barang nak pergi tadika
nak pakai coach tak berapa nak mampu, pakai yang ala ala pun jadiler.huhu


alhamdulillah tahun ni rezeki lebih
bulan lepas dapat beli lagi seutas rantai tangan baru jugak
bayar ansuran je pun tapi okayla atleast duit aku tak habis ke lain
nak menyimpan memang susah so baik buat beli emas
sesak sesak nanti berguna jugak
if duit ada dalam akaun mulala tangan aku ni gatal nak shopping on9



rantai tangan bebola/bumi jugak
yang ni berat 5.32g je, masa beli tu harga emas rm140/gram, total rm890
yang ni aku beli on9 dari kedai emas My Hamidah Kedai Emas dekat kedah
lepas beli ni kawan ada bagitau dia dengar ceramah ustaz cakap tak elok beli emas ansuran
tapi masa aku beli ni memang tak tahu, so takpela kot



ok, sampai masa muis membebel lagi ye..daaaa ;)






Tuesday, April 22, 2014

muis membebel lagi


assalamualaikum


dari pagi semalam rasa tak sedap badan
bersambung pulak ke hari ni
perut lapar tapi nak makan tak selera sangat
makan jugak sikit sikit tapi still rasa lapar, sebab selalunya makan banyak.hihihi
semalam seharian dari pagi nasi je yang masuk 2,3 suap
padahal dah tapau nasi kukus abe mie
selalunya konfem sebungkus licin

petang semalam balik dari rumah mak tak makan jugak
makanla betik sehiris pastu terus tidur
minggu ni minggu subur, tengah berovulasi, suhu badan naik tu yang rasa tak sedap tu
malam tadi pun sebelum tidur telan panadol 2 biji
takut nanti demam padahal lupa kalau tengah subur, memang suhu badan naik kot
dahtu seharian tak makan, dah 3,4 malam tak jamah nasi dah mulala rasa senak ulu hati
susah jugak nak diet kalau ada gastrik ni

balik kerja petang nanti dah bagitau suami nak singgah tapau kuetiow tomyam
stok buah pun ada dalam peti, okla tu nak alas perut malam ni
jangan jadi lagi macam malam tadi, tidur dalam kelaparan
mak mentua siap masuk bilik offer mihun sup segera, dah menantu mengadu tak selera nak makan nasi
tapi tak makan jugak
terus lelap sampai ke pagi.huhu

oh ya semalam ke hospital lagi, appointment ayah
macam biasala parking tak ada so aku just menunggu dalam kete je
tetiba datang orang mpkb




elok je parking sebelah kita
nasib baik masa tu aku ada dalam kete
sebab sebelum tu aku tinggalkan kete kejap kuar pi beli air
ritu dah kena saman sekali, nasib baik tak kena lagi.hehe
tapi makcik yang park kete dia belakang aku tu dia keluar tinggalkan kete dia
terus kena saman, kesian dia
aku perasan jugak dia dah 2,3 kali tinggalkan kete tapi kejap kejap jelah
nasib tak baik dia terkena hari ni

lepas ayah ah setel semua jumpa doktor dan ambik ubat terus gerak balik
memang aku pun rasa letih je ingat nak balik nak rehat nak tidur je
tapi mak pulak kirim suruh carikan ketam nak buat ubat untuk nenek tak sihat
pastu nak kena belikan buah jugak
pastu ayah nak cari lagi ikan tenggiri masin
singgahla pasar siti khadijah, singgah the store, singgah billion
akhir sekali singgah tesco baru setel semua benda
dekat pukul 2 jugak baru sampai rumah
aku terus mandi, solat, pastu makan nasi kukus abe mie 2,3 suap je, tak selera
lepas tu tertidur sampaila pukul 5
bangun je terus siap siap nak balik jelawat



bangun tidur tengok ada kerusi batu mak baru beli
amboi merahnya mak ngahhhhhh
tapi cantik, pandai mak pilih.hehe
mak macam akulah, suka merah
like mother, like daughter gitew...

lepas tu balik jelawat plannya nak singgah potong rambut tapi terlewat pulak kedai dah nak tutup
rambut sekarang memangla dah pendek pun
tapi panas sangat serabut malas nak sepit sepit
lepas tu pesan kat suami belikan megi tomyam tapi suami belikan megi ayam
tak makan pun lagi tapi terbayang erk loyanya if nak makan perasa ayam
takde maknanyalah aku nak makan

haihhh kalah orang mengandung aku ni
tulah mak penah cakap if mengandung nanti ntah macamanalah perangai ngengada aku ni.huhu








Saturday, April 19, 2014

panas



assalamualaikum


Allahuakbar..panasnya cuaca sekarang ni
rasa tak tentu arah dibuatnya
hari kerja takpelah dari pagi sampai ke petang dalam aircond
tapi hari jumaat sabtu stay kat rumah je
rumah mentua rumah kayu, if malam okayla sejuk
tapi bila siang hari punyalah panas

minggu lepas aku siap makan dengan buat kerja kat luar rumah
atas kerusi batu bawah pokok
angin pulak bertiup sepoi sepoi bahasa
barulah rasa lega sikit

penah sekali tu aku baring pastu letak ais dalam tuala,  letak di kepala
mak mentua masuk bilik tanya aku demam ke.hihihi
if balik rumah mak okayla sikit
rumah batu siang hari tak panas tapi disebabkan cuaca panas sgt still rasa tak selesa
aku ni kepala otak dahla terlebih sensitif
sekali sakit mulalah berdenyut denyut dari siang ke malam

kebetulan sehari dua ni nenek baru keluar wad
so ramaila sanak saudara datang menziarah kat rumah mak ni
dengan ada orang ramai lagilah aku serabut
dasar moody, kengkadang aku okay if orang ramai
tapi kalau serabut dengan sakit kepala semua memang kalau boleh jangan la ada yang datang menyemak.hahaha dasar kepala angin

nenek pun sakit sakit sekarang ni mesti sebab cuaca panas sangat
tak senang duduk orang tua tu

hari tu macam hujan ada turun sekejap
la ni macam dah lama je tak hujan
cuaca panas ni pun tidur pun tak best
asik terjaga je...huhu

selalunya hujung bulan 3 peralihan monsun hujan turun
tapi ni dah nak habis bulan 4 kering kontang je lagi
ntahla..bukan aku reti sangat pun pasal geografi ni.hehehe

apapun, semua yang Allah jadikan elok dan bersebab
kita ni hamba yang hina ni, yang dok menumpang bumi Allah, yang harap rezeki semua dari Allah ni kenalah bersyukur
jangan tahu nak merunguttttttt aje
tak cakap kat orang lain pun, berpesan kat diri sendiri je
kalau ada yang terasa tu nasib lah....hehehe

sekian sahaja muis membebel
sampai ketemu lagi ek  ;)




Friday, April 18, 2014

Kii Iff Sii (KFC) Pasir Tumboh



assalamualaikum

2 hari lepas bawak kawan sekutu aku adik long beli barang buat coklat, otw balik dia cakap nak belanja makan.
so aku pilih kii iff sii je, sebab tak lapar sangat pun




kfc kelantan je ke yang ada ejaan kfc jawi?
tiap kali ternampak signboard kfc ni mesti nak baca yang tulisan jawi tu.hehe

kfc pasir tumboh sekarang ni kira yang paling terdekat la if teringin nak singgah
kalau dulu kfc kubang kerian, tapi ikut selera aku yang kat situ tak best
lepas tu kalau tapau asik tak complete je
dah tahu tak complete remind la kat customer suh tunggu ni tak sepatah hapa tak cakap
balik rumah tengok2 kurang satu, dah 2,3 kali terkena
so aku dah pangkah ye kfc kubang kerian tu




overall, kii iff sii pasir tumboh ni best
luas pastu ada playground pastu ada redroom ni.hehe

pepandai je aku bagi nama sendiri, tapi ruang ni memang best macam tertutup sikit
small table, seat cantik...if nak dating seswai sangat
tambah lagi aku ni penggemar merah harusla ambik port ni je bila datang sini

tapi ruang lain aku dah tak snap
ritu datang ada ambik gambar kat playground tapi malas nak cari gambar
pastu kat sini parking macam tak banyak sangat
tapi kat depan tu bahu jalan luas so takde masalah



akhirul kalam, tepek gambo tuan tanah sekeping
termenung mengenangkan nasib diri
tapi dah petang muka kita tetap flawlesskan? kan? kan?
perasan.hihi
snap dari tepi napok dabel ching kite.huhu







Wednesday, April 16, 2014

entri bila PMS



assalamualaikum


disclaimer: entri yang ditaip masa aku tengah beremosi!!!!


boleh kata 99.9 peratus kwn satu sekolah, satu uni dengan aku dulu dah kawan dan ada anak
ada yg sorang, ada yang 2, ada yang 3, dan ramai jugak yang otw nak tambah cahaya mata

sumpah demi allah aku jeles.

biasalah mak kan..mesti suka nak post gambar keletah anak itu ini di fesbuk, di blog
aku yang still takde anak ni makan hatila tengok baby comel, perut berisi org lain

kadang tu bukan menyombong taknak komen taknak bertanya khabar, tapi kesudahannya, aku yang makan hati, menjeruk rasa.

kesudahannya aku la jugak yang menangis sorang memikir mikir nape aku takde anak?
banyak sangat ke dosa aku ni sampai tuhan nak uji mcm ni?

aku siap leave grup wasap kawan2 masa belajar dulu
padahal kawan rapat kawan sekelas saling bertanya khabar, berkongsi cerita
tapi memandangkan semua ahli kat situ mak mak kecuali aku je yang tak beranak, so topik utama of kos la anak kan

so dari aku menyeksa hati aku, baik aku jauhkan diri.

maaf ye kawan kawan....
kalau aku jarang bertanya khabar
takde niat nak menyombong ke apa
cuma rasa kerdil dengan kekurangan diri ini...

sekian.....



susahnya nak redha... :(




Wednesday, April 09, 2014

guilty pleasure


assalamualaikum


otw balik kerja petang semalam sempat bertanya merangkap merungut pada suami
tanya pendapat bila malam nak makan apa selain nasi
kalau boleh malam memang taknak makan nasi
tapi laparrrrr.huhu
teringat segala macam nasi goreng terus laju je tangan wasap suami suruh belikan

hari  ni nasi goreng ayam, esok nasi goreng daging kunyit, lusa mihun tomyam dan seterusnya
malam malam selagi mata tak lelap selagi tulah tangan laju menyuap makanan
kadang kadang sampai perut jadi tak selesa
esoknya bangun pagi pun perut rasa lain macam je

berat ni makin lama makin naik
minggu lepas masa pegi klinik timbang kat sana tengok tengok dah cecah 55.5kg
sebelum ni dok maintain je 53,54kg
sekali dah cecah angka baru susahla nak turun

so suami cakap makan la roti
tapi sayang tak suka roti, jawab si isteri
makanla buah..kata suami lagi
tapi stok buah takde dalam peti ais.huhu
macam macam alas an
padahal cakapla kau tu nak melantak nasi je tiap malam wakaka

kesudahannya malam tadi order megi goreng dengan dada ayam goreng
semalam ada pasar malam, so dada ayam 2 ketul wajibla sebagai starter.hihi
time makan tak sedar diri
tapi bila dok depan cermin tengok perut kalah pompuan mengandung
mulalah nak stress nak menyesal semua adalah
macam malam tadi lepas je suami hantar makanan, aku terus ngap licin selicin licinnya
lepas dah kenyang baru penyesalan tu dating
tapi semua memang dah terlambat
perut dah membuncit, kalori dah bertambah, berat makin naik
baru nak menyesal.huhuhu

suami cakap semalam dia makan nasi lemak je pagi
lepas tu tengahari dia tak makan
malam pun tak makan
cuba aku macam tu? Takde maknanya
kalau boleh sambil nak lelap tu pun nak mengunyah lagi
if takde stok makanan memangla susah hati jadinya
macamla mati kebuluran

tapi aku rasa ni mesti sebab dah nak period
sebab tu makan banyak.kihkihkih
selalu macam tulah
lepas dah period selera makan biasa jelah kot
lantakla, kalau nak fikir buat stress je
dah tengah berselera makan jelah, buat apa nak ditahan tahan.hihi




aiskrim milo dengan strawberi kering
nikmat dunia ;p



tapi balik keje if dapat makan aiskrim ke, jeruk ke memangla bahagia hidup
sambil lepak dok online sedar tak sedar semangkuk licin
tu nasib baik guna mangkuk je
bukan tak pernah aku mengadap aiskrim sekali dengan bekas ;p
dasar buruk lantak la si muis ni


time makan memangla BAHAGIA, tapi time timbang berat........DERITA.huhuhu






Monday, April 07, 2014

cheese kek tak meleleh



assalamualaikum


minggu ni aku berjualan lagi di tempat kerja
jual cheese kek la pulakkk
tapi of kos la bukan aku yang buat
makan aku pandai, nak membuatnya haram tak pandai.hihi
tolong tolong jual bolehla



kek cheese tak meleleh air tangan kakak saya, cikgu ismira
konfem sedak sengoti
sekali try nak lagi.hihi


yang ni repeat order dari kawan di tadika
packing yang besar ni rm15 je satu bekas
bekas kecil rm5
minggu ni kawan order 4 bekas yang besar
4 bekas yang kecil
lagi 2 bekas aku beli untuk diri sendiri
satu bekas terus ngap di tadika
satu bekas lagi nak bawak balik untuk suami

kek ni of kosla sedap kan
kalau tak takkan ada repeat order plak
kawan aku  blogger tersohor cikji mula mula beli bekas kecil je
esoknya datang kerja terus nak order lagi bekas besar
haaa tu dia bukti cheese kek ni terbaik
memang cheese tak meleleh tapi konfem terbaikla


lagi satu yang boleh jadi testi adalah dari suami aku sendiri
dah 3 tahun kawin aku tahu suami aku bukan penggemar kek
tapi aritu ada sikit lebihan dari rumah mak aku nak bawak sebagai tester kat kawan kawan
tapi aku bagila suami try jugak
bukan sekeping tapi berkeping keping jugakla masuk mulut dia
pastu minggu lepas siap tanya ada lagi ke tak kek dalam peti ais
haaa tu dia penangan cheese kek cikgu ismira

so arini walau ada kawan yang tak order nak beli bekas kecil yang lebih tu
aku tak bagi sebab nak bawak balik untuk suami
kata isteri solehah kannnnnn?
harusla utamakan suami.hihihi

otw balik bagitau suami ada bawak balik kek
terus dia mintak nak makan dalam kereta
lepas suami makan kek sepotong isteri solehah ni hulur pulak air mineral
suami pun cakapla masa otw balik tadi dia memang rasa dahaga pun
isteri solehah ni pun kebetulan beli air mineral tadi dah niat nak simpankan jugak untuk suami
sebab tahu sekarang ni cuaca panas sangat
wahh macam tahu tahu je
sehati sejiwa gitu.kihkihkih









Saturday, April 05, 2014

koleksi free stuff



assalamualaikum

takde mende nak stori hari ni dalam blog
so belek gambar dalam pendrive jumpa koleksi barang barang free 
yang aku snap suka hati aku
adala a few free stuff

aku n B
dua dua sukaaaaa barang free
sape tak suka dok?
hehehe
kadang kadang aku rasa aku beli something tu sebab barang free je pun
bukan sebab nak kat barang tapi nak benda free
hatta percuma satu mangkuk plastik kalu beli 2 paket mee maggi pun aku rasa nak beli jugak..huhuhu
macam kronik je dengar masalah aku ni

pantang g supermarket ke mana mana ada jual barang
tengok je ada free stuff terus rasa nak nak nak
tapi biasa aku akan fikir dulula perlu ke tak barangnya
kosnya mahal ke murah ke
tengah ada duit ke takde duit ke


jom terjah koleksi aku ni
sikit je
nanti aku nak update dari masa ke masa.hehe


UPDATED 05-04-2014

mak aihh lamanya tak update free stuff kat sini
bukan takde, cuma malas.hihi
mood mengumpul barang free dah kureng sikit
sibuk keje takde masa nak luang untuk benda kurang berfaedah.kihkihkih
hari ni nak tepek 2 item je, yang terbaru



suka beg ni sangat sangat
besar boleh muat small purse, tab, charger tab, beg pendrive, hard disk, usb cable, parfum, compact powder
pendek kata macam2 la boleh sumbat dalam ni
yang penting merahhhhh, faveret kaler aku.hihihi
dekat PKT kitkat 12pcs dengan beg ni rm10.90
tapi ritu aku tengok kat mydin lagi murah rm9.90 je.huhu
nyesal beli satu je





 small plastic container brand nestle
untuk semua ice cream produk nestle boleh dapat free bekas ni
tapi aku pilih aiskrim milo nestle, kebetulan ada lagi diskaun harga rm2
so harusla aku rembat aiskrim ni
dahla harga offer dapat lagi free bekas, konfem aku rembat.hihi
sebenarnya tadi pergi PKT nak rembat lagi satu beg nestle kitkat
tapi bila tengok dekat rak dah takde pun
takpe, nanti aku pegi cari lagi kat mydin.harus. wajib :p


*******updated



promosi terbaru dari kitkat
frame n fridge magnet 2 in 1
sangat cantekkk
sebab merah.hehe
nanti nak letak pic B n aku




baru je dapat tadi
ada sorang student buat survey pasal radio muzik
tapi bagi gfit radio kelantan.hehe
cantik pen
keychain tu nanti nak bukak and taruk gambar aku n B
n bagi buat keychain kunci kete B






dapat free masa beli 2 botol 1.5lit tropicana twister
masa tu dengan B kat pacific KBmall
nampak sekali belek je then letak balik
rasa nak tapi takut B marah
pantang nampak barang free.hehe
B pun cakap kalu nak ambikla
nanti balik rumah menyesal.hehe
faham dah perangai bini dia
so dah B cakap gitu terus ambik.hihihi



**********



pen ni dapat lepas buka saving account kat maybank
comel je
ada yang kaler merah kawan aku dapat
kalu tau aku mintak tukar dekat akak kaunter maybnak tu.hehe
dahla comel
sedap je buat menulis
sekarang aku guna dekat tempat kerja




koleksi kereta volkswagen dari KFC
banyak aku dapat
dekat 10 bijik semua kaler ada
macam macam jenis
tapi skang aku display dalam red viva cuma ada 3 yang kaler merah, pink n kuning




 beli stok sampai 80 keping pantiliner semata mata nak bekas ni.hehe
comel je
kaler pink
aku buat isi brooach
bila nak g beli lagi satu dah habis stok dah.huhuhu




 handbag kecik ni dapat masa beli parfum untuk wedding aku
beli givenchy dapat beg n miniature morgan parfum
tapi beg ni aku dah bagi kakak buat beg raya
save duit umi dia.hehe




botol air kesayangan aku
dapat masa beli produk muka B Loreal Men Expert untuk hantaran kawin jugak
satu botol ni saiz 1.6 liter
aku jarang minum air masak
so kalu rajin isi air dalam ni n bawa g keje, rajinla sikit nak minum





 dapat mug Kit Kat free bila beli dua paket kitkat yang besar tu
aku bukan penggemar kit kat sangat
tapi mug ni so tempting
sebab merah.hehe
so aku membodek cikgu ismira n dia tolong bayarkan




dapat payung free masa beli baju B untuk hantaran kawin
sayang sangat payung ni
siap ada casing
tapi dah hilang kena rembat kat tempat keje
nyampahs je
aku sumpah biar kena panah petir je sape yang cilok payung aku
doa orang teraniaya makbul tau!
muahahaha

Thursday, April 03, 2014

mulut jahat



assalamualaikum


hari ni ada temujanji di klinik
nak ambik result darah bulan lepas
lepas suami gerak pergi kerja aku terus siap siap
730 dah gerak pergi klinik 
masa sampai dah ada orang tapi still awal la lagi
bila jumpa doktor alhamdulillah result semua ok
hormon semua ok
so doktor terus sediakan surat reference untuk rujuk pakar gynae


memula aku cakap nak rujuk ke HUSM
then bila nurse call nak setup tarikh dia cakap tarikh free hujung August
mak aihhh lagi 5 bulan, lama tu
so aku mintak nurse yang in charge tu kansel dan mintak rujuk ke HRPZ II
alhamdulillah dapat tarikh 28.5
lama jugak lagi 2 bulan tapi okayla kot dari bulan 8



surat rujukan dah dapat
tak sabar nak mulakan langkah pertama
in sha Allah kali ni usaha ni akan berterusan
semoga semua dipermudahkan


doktor pun bagitau nanti suami kena pergi jugak
maybe aku akan di scan la kot
tak kisahla treatment apa pun yang penting kami berikhtiar
nasib baik suami kerja gomen, so tak payahla risau sangat pasal payment ke apa
boleh guna GL suami je dulu..alhamdulillah

dalam pukul 10 setel semua, drive balik dan terus inform suami
then singgah pasar cari breakfast
lepas tu singgah rumah mak kejap sebelum masuk kerja balik tengahari
kebetulan nenek pun tak sihat so singgah rumah pakcik nak kasi makanan sikit
biasa nenek kalau tak selera makan dia suka laksa penang
so belikan laksa penang dengan laksam sebungkus untuk dia

singgah je rumah pakcik rupanya mak ayah pun ada situ
adala jugak jiran merangkap sedara 3 orang yang datang sembang sembang tengok nenek tak sihat
elok je aku turun kereta mak bagitahula yang aku ni baru balik dari klinik
pergi ambik keputusan test darah itu ini
tapi manusia ni biasalah kan
mulut tu sebenarnya lagi elok diam kot kalau tak reti nak cakap benda yang elok

bila aku dengar perkataan 'mandul' aku diam je
malas nak cakap apa apa, malas nak berkurang ajar dengan orang lebih tua
tapi bila suami aku pun kau cakap mandul
memang dah lebih sangat la tu kan
sah sah la suami aku tu tak mandul
tak kirala kau tu tua ke muda ke, sedara ke sape 
memang la kau ni manusia mulut busuk
mulut bangkai
bangkai pun tak sebusuk hati manusia macam ni

kebetulan nenek takde pakcik bawak pergi klinik
so aku terus ajak mak balik
tak kuasala nak pandang muka manusia manusia macam ni
balik rumah terus wasap suami
aku tahu kalau aku cerita kat suami petang nanti konfemla aku menangis depan dia
tapi sambil dok berwasap tu pun mengalir jugak air mata ni
tapi takpe, aku doakan semoga orang yang mengata aku ni mandul
moga tuhan yang balas semuanya

suami pun naik anginla bila aku cerita orang cakap aku mandul,
pastu orang cakap kot kot dia pun mandul
first time la kot suami naik angin pasal ni
selalu dia cool je suruh aku sabar jangan dok layan sangat mulut orang ni

ya Allah, ni baru permulaan untuk aku
takkan jadi kudis semua kata kata tu pada aku In Sha Allah.....






Tuesday, April 01, 2014

bercinta di malam hari



assalamualaikum

semalam belek belek entri lama pasal aku dan suami
terus terfikir..owh dah lama tak tepek cerita pasal aku dan hubby kat sini
seronok baca entri blog sendiri
especially kalau moments aku dengan suami.hihi

sekarang ni dah hampir 3 tahun kawen aku takde anak lagi
so malam malam memang boring sangat sangat
suami pulak tiap tiap malam bukak kedai
7 hari seminggu
kalau dulu adala jugak tutup jumaat atau sabtu
so malam malam dalam pukul 8 lepas suami pergi kedai
memangla aku duduk sorang jelah
selalunya memerap dalam bilik

so tiap malam keje aku on9 jelah
update blog, bukak fesbuk, layan wasap
takpun aku layan movie satu movie setiap malam
lately aku dok layan korea la pulak
layan korea sampai ngantuk pastu terus tidur
sekarang ni aku dok layan drama heartstring

bagi aku bestla citer ni, sebab hero hensemmmm
tu ralit dok layan tiap malam kadang2 tak wasap pun dengan suami
suami pulak kalau aku tak wasap dulu haramla dia nak wasap aku dulu
kadang kalau suami lambat balas wasap dia ingat aku merajuk
padahal aku tak balas wasap sebab dah tidur.kihkihkih
kadang2 dah ngantuk sangat nak cakap gudnite pun malas
aku bantai tidur je terus

bila malam malam macam ni terasa macam dok bercinta la pulak
yelah orang lain malam malam suami ada sebelah
tapi aku dengan suami pulak layan wasap, share gambar
macam tengah bercinta la kan
tapi of kosla time bercinta dulu lagi hebat.kihkihkih
dulu suami masa dok mengorat siap menyanyi dalam telefon lagi 
aduhhh romantis sungguh.....wakaka



wasap malam tadi
saja bakar line.hihihi

teringat pulak jumaat minggu lepas
kebetulan aku tidur dah lewat dalam pukul 12
so bila suami balik pukul 1 tu memangla aku tak sedar
ada ke patut dia dok tercongok tepi katil tersengih nak usik aku
bayangla elok elok dok tidur tetiba bukak mata nampak makhluk tersengih tepi katil
eei memang sengal

memang aku marah sangat masa tu sebab terkejut
aku siap bertempik rasanya marah dia
lepas tu nak tidur dia dok pegang pegang pun aku tepis tepis je, geram...
tak kuasala nak bergurau bewok macam ni
kalau aku ada sakit jantung in sha Allah ke rahmatullah aku malam tu
kurang asam punya suami
esok paginya nak pegi kerja siap gelak gelak kat aku lagi
eei sabarrrrrr sajalah...










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...