Wednesday, April 16, 2014

entri bila PMS



assalamualaikum


disclaimer: entri yang ditaip masa aku tengah beremosi!!!!


boleh kata 99.9 peratus kwn satu sekolah, satu uni dengan aku dulu dah kawan dan ada anak
ada yg sorang, ada yang 2, ada yang 3, dan ramai jugak yang otw nak tambah cahaya mata

sumpah demi allah aku jeles.

biasalah mak kan..mesti suka nak post gambar keletah anak itu ini di fesbuk, di blog
aku yang still takde anak ni makan hatila tengok baby comel, perut berisi org lain

kadang tu bukan menyombong taknak komen taknak bertanya khabar, tapi kesudahannya, aku yang makan hati, menjeruk rasa.

kesudahannya aku la jugak yang menangis sorang memikir mikir nape aku takde anak?
banyak sangat ke dosa aku ni sampai tuhan nak uji mcm ni?

aku siap leave grup wasap kawan2 masa belajar dulu
padahal kawan rapat kawan sekelas saling bertanya khabar, berkongsi cerita
tapi memandangkan semua ahli kat situ mak mak kecuali aku je yang tak beranak, so topik utama of kos la anak kan

so dari aku menyeksa hati aku, baik aku jauhkan diri.

maaf ye kawan kawan....
kalau aku jarang bertanya khabar
takde niat nak menyombong ke apa
cuma rasa kerdil dengan kekurangan diri ini...

sekian.....



susahnya nak redha... :(




2 comments:

FaZiLa said...

alooollooo muis.. takpo. mu ada geng lah.. aku pon sama jgk. kekadang blh je redha, tp kekadang mcm mu la, pedih hati jgk. huhuuu

apepun, kita enjoi jerssss :)

nik ros said...

memahami.sama mcm nik jugak. sebab tu kalau blh nak elak diri sakit hati so trpaksa jauh dengan kwn2 lama.

teringin nak tanya khabar kwn2.jumpa kwn2 lama kan tapi bila fikir nnt dri sendiri yg terasa hati.so baik senyap n jauhkan diri jea.huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...