Wednesday, April 09, 2014

guilty pleasure


assalamualaikum


otw balik kerja petang semalam sempat bertanya merangkap merungut pada suami
tanya pendapat bila malam nak makan apa selain nasi
kalau boleh malam memang taknak makan nasi
tapi laparrrrr.huhu
teringat segala macam nasi goreng terus laju je tangan wasap suami suruh belikan

hari  ni nasi goreng ayam, esok nasi goreng daging kunyit, lusa mihun tomyam dan seterusnya
malam malam selagi mata tak lelap selagi tulah tangan laju menyuap makanan
kadang kadang sampai perut jadi tak selesa
esoknya bangun pagi pun perut rasa lain macam je

berat ni makin lama makin naik
minggu lepas masa pegi klinik timbang kat sana tengok tengok dah cecah 55.5kg
sebelum ni dok maintain je 53,54kg
sekali dah cecah angka baru susahla nak turun

so suami cakap makan la roti
tapi sayang tak suka roti, jawab si isteri
makanla buah..kata suami lagi
tapi stok buah takde dalam peti ais.huhu
macam macam alas an
padahal cakapla kau tu nak melantak nasi je tiap malam wakaka

kesudahannya malam tadi order megi goreng dengan dada ayam goreng
semalam ada pasar malam, so dada ayam 2 ketul wajibla sebagai starter.hihi
time makan tak sedar diri
tapi bila dok depan cermin tengok perut kalah pompuan mengandung
mulalah nak stress nak menyesal semua adalah
macam malam tadi lepas je suami hantar makanan, aku terus ngap licin selicin licinnya
lepas dah kenyang baru penyesalan tu dating
tapi semua memang dah terlambat
perut dah membuncit, kalori dah bertambah, berat makin naik
baru nak menyesal.huhuhu

suami cakap semalam dia makan nasi lemak je pagi
lepas tu tengahari dia tak makan
malam pun tak makan
cuba aku macam tu? Takde maknanya
kalau boleh sambil nak lelap tu pun nak mengunyah lagi
if takde stok makanan memangla susah hati jadinya
macamla mati kebuluran

tapi aku rasa ni mesti sebab dah nak period
sebab tu makan banyak.kihkihkih
selalu macam tulah
lepas dah period selera makan biasa jelah kot
lantakla, kalau nak fikir buat stress je
dah tengah berselera makan jelah, buat apa nak ditahan tahan.hihi




aiskrim milo dengan strawberi kering
nikmat dunia ;p



tapi balik keje if dapat makan aiskrim ke, jeruk ke memangla bahagia hidup
sambil lepak dok online sedar tak sedar semangkuk licin
tu nasib baik guna mangkuk je
bukan tak pernah aku mengadap aiskrim sekali dengan bekas ;p
dasar buruk lantak la si muis ni


time makan memangla BAHAGIA, tapi time timbang berat........DERITA.huhuhu






1 comment:

nik ros said...

sopan sgt makan aiskrim ngan mangkuk.kita mkn terus dari bekas..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...