Saturday, April 19, 2014

panas



assalamualaikum


Allahuakbar..panasnya cuaca sekarang ni
rasa tak tentu arah dibuatnya
hari kerja takpelah dari pagi sampai ke petang dalam aircond
tapi hari jumaat sabtu stay kat rumah je
rumah mentua rumah kayu, if malam okayla sejuk
tapi bila siang hari punyalah panas

minggu lepas aku siap makan dengan buat kerja kat luar rumah
atas kerusi batu bawah pokok
angin pulak bertiup sepoi sepoi bahasa
barulah rasa lega sikit

penah sekali tu aku baring pastu letak ais dalam tuala,  letak di kepala
mak mentua masuk bilik tanya aku demam ke.hihihi
if balik rumah mak okayla sikit
rumah batu siang hari tak panas tapi disebabkan cuaca panas sgt still rasa tak selesa
aku ni kepala otak dahla terlebih sensitif
sekali sakit mulalah berdenyut denyut dari siang ke malam

kebetulan sehari dua ni nenek baru keluar wad
so ramaila sanak saudara datang menziarah kat rumah mak ni
dengan ada orang ramai lagilah aku serabut
dasar moody, kengkadang aku okay if orang ramai
tapi kalau serabut dengan sakit kepala semua memang kalau boleh jangan la ada yang datang menyemak.hahaha dasar kepala angin

nenek pun sakit sakit sekarang ni mesti sebab cuaca panas sangat
tak senang duduk orang tua tu

hari tu macam hujan ada turun sekejap
la ni macam dah lama je tak hujan
cuaca panas ni pun tidur pun tak best
asik terjaga je...huhu

selalunya hujung bulan 3 peralihan monsun hujan turun
tapi ni dah nak habis bulan 4 kering kontang je lagi
ntahla..bukan aku reti sangat pun pasal geografi ni.hehehe

apapun, semua yang Allah jadikan elok dan bersebab
kita ni hamba yang hina ni, yang dok menumpang bumi Allah, yang harap rezeki semua dari Allah ni kenalah bersyukur
jangan tahu nak merunguttttttt aje
tak cakap kat orang lain pun, berpesan kat diri sendiri je
kalau ada yang terasa tu nasib lah....hehehe

sekian sahaja muis membebel
sampai ketemu lagi ek  ;)




2 comments:

wawa syaida said...

betol la tu muis...skang ni cuaca panas sgt....dah mandi pun rasa panas jugak...rasa macam nak berendam dalam air je

nik ros said...

btol la.cuaca skarang panas sgt2 la. balik kg aritu.kenduri buat lak kat dewan yg aircondnyer tak elok sgt. fuhh,,dugaann..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...