Friday, May 23, 2014

kindergarten trip: pizza hut kok lanas


assalamualaikum


setelah lama tak berblog hari ni nak share aulad pintar punya trip tahun ni
tahun ni kami ke Pizza Hut Kok Lanas under program Kids Educational Tour Workshop




kami ambik yang package A, setiap pelajar akan dapat 1 personal pan pizza, garlic bread, mushroom soup, milo ais dengan harga rm13 je
students tak payah buat apa apa payment sebab kos trip dah masuk sekali dalam yuran tahunan




tahun ni trip guna 2 buah bas, KG1 dengan KG11 bas asing asing
macam biasalah bebudak kemain lagi excited dapat naik bas
tapi bukan bebudak je, teacher pun sama jugak excited
nampak haku tersengih lebar tu? siap beli bagpack baru semata mata nak pergi trip
hahaha dasarrrr..buat alasan je pandai :p


trip kali ni ticer takdela letih sangat
sebab datang je students terus duduk dan terkawal
aktiviti pun dalam kawasan ni je, tak masuk dapur
kids dapat free gift crayon dan coloring book
then, lepas manager dekat situ bagi ucapan sikit sikit, students terus ready nak mulakan aktivity buat pizza



sebelum tu posing dulu, semua dah tak sabarrrrr.hihi






mula mula staf pizza hut la yang ajar bebudak cane nak buat
tunjuk cara cane nak letak tomato sauce dengan garnish yang lain atas doh
tapi dah tabiat aku ni penat tengok if lemah lembut dan perlahan sangat
sebab stepnya macam leceh students nak ikut, so aku ajar step yang lebih senang, pada pendapat akula :p
last last aku yang ambik alih yang ajar bebudak
sampaila 2,3 orang students aku ambik alih pastu aku macam eh, nape aku pulak yang ajar ni
patut aku yang snap gambar bebudak.wakakaka dasarrrr queen control
jangala budak pizza hut tu annoying ngan aku.hihihi



 muka macam takde perasaan je, tapi sebenarnya berdebar kemain lagi excited nak buat pizza sendiri
oh ya jangan lupa pakai glove yer
sempat lagi nak selitkan nilai murni jaga kebersihan kepada bebudak




bila semua pelajar dah siap buat pizza sorang satu sampaila masa untuk makannnnnn
milo ais, garlic bread dan mushroom soup
pizza yang bebudak buat tadi staff pizza hut bawa naik bakar pastu masuk kotak bawa balik



students je dapat makan, ticer ni sempat minum je.huhuhu
sedih kannnnn?hihihi
makanan lain pn boss tapau bawak balik makan kat tadika je
takde maknanya teacher nak duduk rilek rilek makan
bak kata orang kelate....dok jatuh peghuk.hihi




akhirnya, sampaila masa nak balik
pendek kata trip kali ni seronok dan tak memenatkan ticer
nak compare dengan tahun lepas pergi balai bomba
kawasan terbuka, luas pulak tu, letih nak mitah budok.hihihi




last but not least, kemhore cikji, aku tumpang sekaki.hihihi
till then, daaaa :)




Wednesday, May 14, 2014

peristiwa 13 mei



Assalamualaikum...


Cuti hari wesak, aku cuti solat so membutala sampai pukul 9 lebih
Tubuh rasa tak berapa sihat, tekak pun sakit so bangun mandi mandi biar segar sikit badan
Lepas mandi basuh kain seround, then kemas dapur
Kemas semua pinggan mangkuk, gelas, bekas tupperware
Pindah semua barang, lap bersih bersih semua rak rak, cuci balik semua..
Pastu ambik sotkhabar tutup bahagian atas
Tak tau kenapa dapur banyak sangat debu
So semua alatan dapur mudah kotor
If nak guna memang kena basuh balik

Breakfast tak masak
Lunch pun tak masak
Dah bagitau suami nak makan nasi ayam
Dalam 1130 keluar rumah




Singgah makan nasi ayam
Tak best, nasi keras
Dahla aku sakit tekak.huhu

Lepas makan tapau abc untuk mak dengan nenek
Takde nafsu nak ronda pasar jelawat
Suami dengan motor nak singgah kedai pasang karpet motor dia
Aku dengan kereta terus singgah klinik ikhlas

Hari ni dr martina cuti
Tapi doktor ganti doktor pompuan jugak
Bila dia check tonsil aku bengkak besar dua dua belah walaupun aku rasa sakit belah kanan je
Memang besar sangatla kot sebab tiap malam terasa sangat sakit, nak tidur pun susah
Memang rasa berketul ketul je bila menelan



Kali ni aku bagitau siap siap taknak panadol sebab tak demam
Taknak sp troaches sbb dah ada stok beli sendiri
Mintak antibiotik dengan ubat batuk bena je
Dapat bena bukan yang aku biasa minum
Silap tak tanya elok elok
Takpelah asal boleh telan
Tapi klinik ni paling mahal la compare ngan klinik lain kat area jelawat
2 jenis ubat je dah rm39
Tapi aku tak kisah sebab klinik ni je doktor pompuan
I is not like doktor berlawanan jantina
Lagipun suami bagi rm50, okla tu balik modal jugak.hihi


Aku suruh check darah jugak
Bp 130/80..atas pagar katanya
Pastu doktor suggest suruh aku operate je tonsil aku
So aku story morila sejarah tonsil aku ni
Dia cakap patut dari kecil dah operate
Bila dah tua ni katanya lagi sakit
Takpelah kot
Lagipun sekarang ni tonsil aku bukan teruk sangat pun
Last kena bulan 12, ni dah bulan 5...okla tu
If kena tiap bulan harusla fikir untuk operate

Sempat tanya jugak doktor macamana tonsil ni boleh jadi
Dia kata banyak faktor
If ada resdung, antibodi lemah asik selsema dan faktor pemakanan, faktor cuaca,
Lepas tu doktor suggest makan aiskrim supaya lagi cepat baik
Kalau setakat aiskrim takde masalahla, memang faveret aku.hehehe

Ingat lepas singgah klinik boleh terus balik rumah mak
Suami pulak suruh singgah kedai aksesori nak tukar speaker kereta
Takde keje nak menghabiskan duit..
Sukahatilah..huhu
Yang bengangnya sebab kena menunggu lama
Dahla cuaca panas, badan pulak letih
sejam lebih jugak nak tunggu siap
sampai rumah mak dah pukul 2.30
tengok tv sembang sembang kejap then tertidur sampaila pukul 530
bangun cuci muka pastu sambung makan
630 gerak balik jelawat
dah janji dengan suami nak pegi pasar malam ronda ronda naik motor baru.hihi



skuter baru pengganti motor hubby yang dikebas dek penyamun
kali ni beli skuter pulak
takde gear katanya, just brake di tangan
ntahla pasal motor ni aku bukan tahu sangat pun
model SYM powerteck SLE complete set dengan sport rim
kalau dulu suami tak jaga sangat safety motor dia
kali ni terus beli siap siap rantai dengan lock tayar semua
haaa, baru nak beringat
sym ni model malaysia je, bukan model panas macam ex5 atau lc
harapnya berpanjangan jodoh la kali ni
dan dengan ini bermakna aku akan mengalami sakit belakang lagi membonceng motor pergi balik kerja
dan akan mengalamai masalah kerosakan di bahagian awning tudung
if pakai bawal konfem berkerepot bahagian muncung.huhuhuhu

hari khamis je boleh drive sendiri sebab suami balik kerja awal
sekali seminggu okla tu :(








Sunday, May 11, 2014

pepero....halal ke?


assalamualaikum



sebelum aku teruskan membebel aku just nak share ni dulu, teruskan membaca ;)

STATUS KEHALALAN PEPERO

Ramai yang bertanyakan saya tentang status kehalalan PEPERO, snek yang diimport dari Korea yang makin menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Pengalaman 5 tahun di Korea, kami, pelajar di sana, kebiasaannya akan terus menghubungi syarikat pengeluar makanan sekiranya ada ragu-ragu dalam bahan-bahan yang digunakan (animal or plant based etc).

Baru-baru ini, kecoh tersebar keratan emel dari director Korea Halal Assosiation tentang 'PEPERO tak halal' kerana tiada logo halal. Ya, memang PEPERO tiada logo halal.

Tetapi pihak Halal Korea telah menghubungi sendiri pihak pengeluar (Lotte) dan telah disahkan (seperti ulasan di dalam gambar) bahawa kesemua bahan yang digunakan dalam pembuatan PEPERO adalah berasaskan TUMBUHAN.

Jadi, harapnya, jelaslah bahawa kesemua jenis PEPERO (kotak hijau, kuning, merah etc) adalah halal dimakan walaupun tiada logo halal. Namun, kepada sesiapa yang masih was-was, disarankan agar tidak memakannya dan tidak pula mempertikai mereka yang yakin memakannya (refer hadith Rasul saw).

Diharap pencerahan ini membantu dan mohon disebarkan. Jazakumullah khayr 

*nota kaki: Tak semestinya tiada logo halal bermakna makanan tersebut haram untuk dimakan kan.? Kering kontang lah badan kami, pelajar Muslim yang belajar di negara bukan islam, jika hanya memilih makanan yang ada 'cop' halal 😛 Tapi kehalalan tak boleh dipandang remeh dan di'darurat'kan keadaan dengan memilih jalan pintas dengan 'rembat' je makanan yang ada tanpa soal selidik. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan makanan yang di makan tiada unsur haram*

Regards,
Nurfarahin Romli





so based on this aku memilih untuk yakin bahawa pepero ni halal dan ingredientsnya berasaskan tumbuhan!
takin boleh!!!!!

nak dijadikan cerita, bulan lepas sekolah akak kat jerteh buat rombongan pergi pengkalan kubor
pastu dia nak singgah tadika nak kirim kek yang orang order
apalagi aku terus mintak upah pepero la sekotak.hehe
tapi masa aku cakap kat dia nak pepero terus dia sound aku cakap pepero tak halal
jawapannya macam yang aku share dekat ataslah.hehehe

kakak katanya beli untuk aku sekotak, dalam tu ada 8 pack kan
dia cakap abang ipar kebas 2 pack
bila aku balik nak ambik rumah mak orang tu mintak, orang ni nak
last last aku punya tinggal 3 pack.huhuhu sedihhhhhhh
tapi alhamdulillah dapat juga aku menikmati kelazatan pepero almond untuk sekian kalinya

dalam 1 pack ada 8 stick
aku tak makan satu satu tapi combined sekali ngap 4 stick terus
rasa dia? owhhhhh kalah makan hotel 10 bintang.hehehe

hari tu suami cakap nak ajak pergi berubat rumah sape ntah area pasir mas, pengkalan kubor
aku cepat2 setuju, sambil pergi berubat boleh ajak suami singgah pengkalan kubor
boleh aku memborong pepero lagi.hehehe
tapi ni dah sebulan berlalu takde ura ura lagi pun nak pi sana
nak makan peperooooooo.huhuhu
ada je jual on9 tapi mahei sangat
ritu tanya satu seller termasuk pos rm28
hmmm takpelah ada peluang pergi pengkalan kubor nanti borong banyak banyak ;)








Monday, May 05, 2014

cookies by M.A.C


assalamualaikum

biasa pagi pagi aku adala singgah satu kedai ni nak tapau breakfast
pastu ritu ternampak cookies dari M.A.C ada jugak jual kat situ
first time tengok nampak chocolate chip cookies je
pastu singgah lagi sekali nampak ada jugak cornflakes cookies



aku tak tahula harga sebenar rm berapa
tapi kedai ni jual rm12 satu paket
kalau nak kira M.A.C ni glamerla dengan jual kek
tak tau pulak rupanya ada jual cookies jugak
disebabkan aku ni hantu cookies so terus rembat 2 paket
yelah dah brand tersohor kan, so terus bajet cookies ni rasa dia meletop lerrr

tapi, pendapat ikhlas akulah
 kadang kadang brand konon konon tersohor ni indah khabar dari rupa je
seriously cornflakes cookies ni aku bagi rate 5/10 je
memang tak crunchy pun, first bite terus rasa owh..tak sedap pun
rasa macam membazir je beli, terus takde hati nak habiskan
nasib baik chocolate chip cookies tu agak sedap, memang crunchy
so takdelah frust sangat
tapi still tak leh lawan cookies dari seller2 biasa yang jual homemade cookies ni
lagi sedap lagi puas hati dan memang rasa nak repeat order je

ada sorang seller yang aku dah beli sejak 2,3 tahun lepas jual rm15 untuk satu bekas kecil
tak surela berapa gram tapi rasa cookies dia memang terbaik
so if orang cakap mahal pun tak kisah sebab puas hati
tapi dah lama tak beli sebab if nak beli kena cod dengan kakak yang duduk kl
maybe cuti sekolah hujung bulan 5 ni bolehla order 2,3 bekas
kebetulan akak nak balik kampung

lepas tu sekarang ni jugak aku ada beli cookies dari makcik student
dia stay kl jugak tapi boleh cod dengan mak ayah student ni
satu bekas rm28 tapi berbaloi  sebab biskutnya memang sedap pastu kuantiti maybe cecah 80 keping
penuh satu bekas plastik tutup merah yang tinggi yang selalu orang isi kuih raya tu
ritu beli tapi lupa nak snap gambar
nanti dah habis stok yang M.A.C ni bolehla repeat order lagi

dah tabiat aku ni stok makanan kena ada
if ada bukan makan sangat pun
tapi kalau takde stok rasa macam ish laparnya laparnya nak makan apa ni
tebiattttt dari dulu sampai sekarang.hihihi

oh ya berbalik pada cookies dari Mad About Cake ni
maybe ni kali pertama dan kali terakhir la kot aku beli
tapi tulah, taste masing masing khennnnnn.hehehe






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...