Monday, June 30, 2014

kisah ramadhan dua



assalamualaikum


hari ke dua berpuasa
alhamdulillah, sepatutnya aku dah period sabtu lepas
tapi hari ni masih boleh berpuasa lagi
harapnya dalam bulan yang mulia ni adalah berita gembira untuk aku dan suami
if ada alhamdulillah syukur sangat sangat
if tak ada lagi, redha dan terima dengan hati terbuka :)

tahun keempat menyambut ramadhan dengan suami
sahur hari kedua dah terbabas
semalam tertidur awal
lepas suami pergi terawikh aku terus solat isyak lepas masuk waktu
then siapkan tempat tidur semua pastu tutup lampu sambil layan tv
kejap je tak sampai sejam dah lali mata, kebetulan pulak petang semalam hujan
malas nak fikir banyak terus off tv, off kan mata sekali.hehe

suami balik lepas tengok bola dalam 2.30 pagi
aku tersedar, tapi suami sambung tidur
aku pulak yang dok layan bola
sempat tengok highlight yang brazil lawan apa ntah penalti untuk ke suku akhir
tup tup aku tertidur sampai tak sedar waktu nak bangun masak nasi untuk sahur
kebetulan kakak ipar nak kejutkan mak ayah masa tulah baru tersedar
nasib baik suami tak marah.hihi
aku suruh dia tapau nasi dari rumah kakak ipar
aku just makan nasi lebihan berbuka je
bukan nak makan sangat pun, just nak alas perut je
makan nasi sikit, makan tembikai 4,5 keping, minum air segelas
sementara  tunggu habis imsak sempat jugak ngap pepero 1 laket
tu jelah modal aku berpuasa hari ni

petang ni rasa macam nak makan daging bakar, roti john dengan air asam boi
pastu beli pembuka selera lawar jelah
suami suka hati dialah nak makan lauk apa
pandailah dia cari sendiri

semalam aku beli lawar, paru berlada, ayam goreng pedas, agar agar
suami pulak beli gulai ikan kering, paru berlada dengan kerabu perut
semuanya tak kena dengan selera
gulai ikan masin dengan lawar terlebih masin macam tertumpah garam
paru berlada dengan kerabu manis suami cakap
kesudahannya semua masuk tong sampah
biasalah bulan puasa
yang tak pernah pernah masak pun dan dan berniaga pasar ramadhan.hehehe




sebelum mengundurkan diri
gift ramadhan dari ofis suami tahun ni
kurma dengan kismis
dan
serunding daging super duper sedap
rasa manis, masin, pedas semua cukup lengkap
kalau yang dapat dulu aku buat popiah kecik
yang ni pun cadangnya gitu jugak
minggu lepas dah buat sebekas popiah kecik
bagi dekat mak sikit
lepas tu dah malas nak sambung
kulit popiah pun macam dah nak kering dalam peti sejuk.hehe

okla, sampai ketemu lagi :)





Sunday, June 29, 2014

menjelang ramadhan 2014



assalamualaikum


in sha allah bermula esok 29 june kita semua akan mula berpuasa di bulan ramadhan
so pagi esok kenala bangun sahur
aku hari ni seharian sibuk di tempat kerja
dahla handphone tertinggal kat rumah
suami tu kalau tak pesan ntah beli lauk ke tidak buat bekal bersahur nanti
harap harapnya dia ingatlah nanti


alhamdulillah minggu lepas jugak aku berjaya mengganti semua puasa yang berhutang tahun lepas
7 hari je, okla tu.hehe
tahun ni tak tahula berapa hari pulak
kalau tengok tarikh, macam tak sempat je nak menyambut awal ramadhan
alamatnya beraya awalla aku dari orang lain.hihihi




sebelum
ganti puasa sorang sorang
bukak puasa pun sorang sorang
tadehallllll...
menu wajib kedai kaki bukit





selepas
makan sorang pun licing
kalau tak silap ni hari terakhir ganti puasa
lepas ni selamat tinggal tomyam kaki bukit selama sebulan
lepas raya kita bertemu lagi yer.huhuhu



macam dah jadi tabiat pulak
setiap tahun last minit baru kalut nak mengganti puasa
tapi sebenarnya elok juga, bolehla praktik untuk ramadhan
so bila masuk 1 ramadhan je dah ada preparation dari segi mental.hihi
kengkadang orang tua ni puasa mengalahkan budak budak
tak mengata orang lain, tapi mengata suami sendiri.hehehe

oklah..taknak bebel dah, banyak keje nak kena siapkan ni.hehe
last but not least

SELAMAT BERPUASA...
PUASA MULUT, PUASA MATA, PUASA SEGALA GALANYA 
ZAHIR DAN BATIN

MOGA IBADAT PUASA TAHUN NI DITERIMA ALLAH SWT....AMEENNNN


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...