Thursday, July 31, 2014

makan makan raya


Assalamualaikum..

4 syawal. Cuti masih berbaki 3 hari. Esok dah start mengajar tuisyen. Ahad dah masuk keje. Lp tak siap lagi.huhuhu.

Selamat tinggal kegembiraan, selamat datang kesengsaraan. -_______-

Dahla. Malas fikir. Buat sakit otak. Bikin guwe stress aja dong. Nak update blog tapi gambar semua dah masuk lappy. Sibuk beraya sampai tak terbukak laptop. Cian sayangku.

Ada a few pics makan makan kat kenduri ngan open haus 2, 3 hari ni.



Kenduri raya ke4. Nasi hujan panas. Gulai daging. Ayam masak merah. Sambal bilis kacang. Acar. Balik je kenduri memang hujan panas turun.hehehe




Open haus raya ke3. Nasi tomato. Gulai daging. Ayam masak merah. Acar. Open haus rumah kawan. Lauk best cuma nasinya tersilap teknik, lembik.hehe




Open haus raya ke2. Nasi dagang kelantan campur terengganu. Gulai ikan tongkol. Acar. Satay. Rasa bolehla. Sedap nasi dagang mak buat lagi kot, lebih lembut.

Nasib baik tahun ni beraya aku banyak makan nasi. Kalau tak jadi macam raya dulu kebuluran, gastrik.

Tapi raya ni ramai tegur aku bulat.huhu. Adakah aku harus berdiet? Adakah aku harus berdiet puasa ala nabi daud? Huhu...tidakkkkkkk.....



Sunday, July 27, 2014

pengumuman raya



Assalamualaikum...

Ingatkan malam tadi pengumuman raya, rupanya malam ni.

Nasib baik esok dah raya.hehe




Sejak penyimpan mohor besar yang dulu meninggal dan berganti yang lain aku dah tak tunggu pengumuman raya lagi.

Serious feel dia tak sama. Penyimpan mohor besar raja raja yang dulu, YM Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Engku Ngah tu memang nostalgia sangat sebab ingat dari kecik membesar dengan pengumuman raya dari dia.

Memang tertunggu tunggu depan tv. Nada suara dia, lenggok cara dia umumkan tarikh raya tu, memang kenangan sungguhla.




Gigih aku google.hehe
Moga rohnya dirahmati Allah...amen!





esok raya yeayyyy



Assalamualaikum


Wahhhh esok raya! Seronotnya.

Cepat sungguh masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik tup tup dah nak raya pun. Persiapan raya cane? Aku semua dah beres. Tunggu masa nak raya je.hehe

Basuh pinggan mangkuk. Done!
Kemas rumah. Done!
Gosok baju raya. Aku done! Baju melayu suami masih di ampaian.hihi
Aksesori raya. Done! Jam dah tukar bateri, tudung raya dah beli, broach baru dah beli.
Biskut raya. Done! Tinggal nak isi je dalam balang
Makanan raya. Half done! Ketupat rebus malam ni. Gulai ayam suh mentua gulaikan. Roti jala & sate ambik malam nanti.
Zakat fitrah. Done! Malam tadi suami dah bayarkan.
Mercun raya. Done! Suami dah belikan. Opsss ;)

Tahun ni walau tahun keempat beraya dengan suami je tanpa baby comel tapi ntah kenapa tahun ni aku rasa happy dan bersemangat nak raya. Buang tebiat kot. Tapi mood aku ni sentiasa berubah.

Kalau ikut rekod tahun sebelum ni, malam raya biasanya aku release tension dengan membazirkan air mata. Tapi semoga ke'happy'an aku ni berkekalan. Sampaila ke hujung tahun. Hal tahun depan kita kira lain pulak.huhu

Okla, membebel sikit sikit je dahla, semua orang sibuk nak beraya kan? Di kesempatan ini aku dan blog aku Muis Membebel nak mengucapkan

Minal Aidil Wal Faizin....
Maaf Zahir & Batin....
0-0 ye....   ;)




Buka puasa 2 ramadhan terakhir
Tambah tolak 26 orang..
Apa lagi, makannnnnn....hehehe

Daaaa......





Saturday, July 26, 2014

sedekah raya


Assalamualaikum

Tahun ni raya meriah. Adik beradik 11 orang, sorang je adik pompuan tak balik. Yang lain semua akan balik beraya. Dua orang akak akan balik hari raya kedua. Adik pompuan memang raya puasa tak balik, raya haji dia balik tiap tahun. Tapi takpe sebab dia tak kawin lagi. So duit raya tak melibatkan anak dia.

Tahun ni anak sedara total 26 orang, otw sorang. Sepupu belah mak pulak ramai yang kecik kecik jugak sebab mak anak sulung, so total 20 lebih jugak. Belah suami takpe tak ramai. Maybe separuh dari belah aku kot. Tapi tiap tahun suami yang tukar duit raya, aku tukang bagi je. Hah tu untung ada suami. So kepada yang bujang cepat cepat kawin ye...hehe

Tahun ni seperti tahun tahun sebelumnya suami yang tukar duit raya. Aku pulak dapat duit raya dari bos rm100 duit singgit singgit tapi ada kawan yang lebih memerlukan so aku bagi dia je. In sha Allah cukuplah dengan apa yang suami tukar tu. Bukan aku dengan suami kaya pun, yang penting niat sedekah nak bagi budak budak.

Tu belum masuk duit raya anak lagi. Kalau suami bermurah hati in sha Allah si bini pun dapat duit raya jugak kot. Berdoala banyak banyak aku nanti.. #pray4duitraya#sayangnakduitrayajugak LOL

Tahun ni suami bawak balik dalam 80 keping sampul duit raya. Still tak cukup so aku cari balik sampul sampul lama. Sikit lagi tak cukup takpela nanti jumpa adik beradik sape ada sampul lebih boleh paw lagi.



Sampul kegembiraan...

Semuanya akan bertukar tangan.
Berkongsi rezeki dengan budak budak, in sha Allah, berkat!
Amen....







Friday, July 25, 2014

nak raya dah!!!



Assalamualaikum


Berpuasa di rumah, hari tak kerja memang mencabar. Personally, aku lagi suka berpuasa hari bekerja, tak terasa sangat sebab sibuk dengan kerja tau tau dah petang. Kalau kat rumah lagi banyak kerja yang gunakan kederat.huhu

Hari ni sempat tidur sampai pukul 9 lebih je. Suami tersedar je terus melompat bangun katil ajak aku kemas rumah. Nak pasang floor mat yang baru, nak keluar beli langsir lagi. Sebelum pasang tikar getah yang baru, kena sapu sapu dulu, kena angkat rak tv, almari pinggan mangkuk dulu. Aduiiiii penat.

Keluar pasar beli langsir aku mulanya plan nak cari tudung jugak tapi rasa penat sangat dengan panas, dengan orang ramai lagi. B singgah kedai hardware tempah railing dulu. Lepas tu balik sedang elok sebelum masuk waktu jumaat.



Bersepah sepah. Aku suka tikar getah yang baru ni sebab corak ala ala ira kayu gitu. Kalau sebelum ni tiap tahun suami beli tikar baru tak pernahnya aku berkenan.

Untuk projek langsir ni aku tolong pasangkan cangkuk besi je. Suami pasang railing. Lepas tu mintak jugak anak sedara tolong panjat dan pasangkan langsir.

Langsir pun ada yang tak cukup lagi. Kena tambah beli yang lain pastu kena pulang balik yang tersilap beli. Beli yang murah murah je. Suami cakap tahun depan if ada bajet boleh tempah langsir cantik cantik. Yang ni pun habis almost rm500 la lebih kurang.

Takpelah. Aku bukan beriya pun benda macam ni. Ada yang ni pun dah syukur alhamdulillah. Lagipun duduk dengan mentua, if rumah sendiri barula feel lain sikit kot.hehe

Harapnya sempat siapkan semua petang atau malam ni. Sebab esok ayah nak ajak aku pergi cari barang dapur lauk ke apa pulak. Esok semua adik beradik dah gerak balik kampung. Kenala standby lauk pauk semua. Sape lagi yang kena jadi drebar kalau bukan aku. Fikir pun dah penat.

Kalau ikut perkiraan last puasa aku dah period pulak. So aku sambut raya awal la ye. Total ganti puasa tahun ni adala dalam 11 hari kot. Selamat mengganti puasala pulak nanti.




Suami beli jugak rak tv yang baru. Rak lama yang baru je beli dah pecah cermin dek ditendang oleh anak masa tidur depan tv. Aku tak setuju sangat pun nak beli rak baru tapi lantak dialah.

Time raya satu je yang aku teringin. Aku ni rasa nak cat rumah je. Lagipun rumah mentua ni rumah kayu. Mesti lagi cantik kalau dalam rumah cat warna hijau lembut ke, biru lembut ke, kuning lembut ke. Tapi suami dia cakap tak sempat dah. Takpelah, tahun depan aku try pujuk lagi.

Set sofa yang lama elok je lagi, kusyen pun tebal lagi cuma sarungnya dah tak cantik. Corak pun plain warna krim macam mudah kotor je. Memang tak kena dengan jiwa aku ni yang tak minatplain. If boleh jahit sarung untuk kusyen luar dah ok dah tapi rasanya susah kot sebab bentuk kusyennya bukan bulat atau empat segi sama. Ntah, nak cakap pun tak reti. Takpelah. Suami cakap tak payah jahit sarung baru, in sha Allah nanti tukar set sofa baru. Bagus.

Haihhhh lambat lagi ke nak berbuka ni. Nak tidur tak mengantuk. Nak tengok tv suami tak siap pasang kabel lagi. Nak buat kerja malassssss..





Wednesday, July 23, 2014

dugaan apakah ini ya Allah....



Assalamualaikum


Tak tahula apa dugaan kat aku di bulan ramadhan ni. Rasa macam baru je minggu lepas aku update blog pasal tonsil, minggu ni terkena lagi. Hari ni hari ke 4 tonsil bengkak, hari ke 2 demam. Kali ni terukla kot sampai berdarah pastu suhu badan naik. Malam tadi pun aku sampai menggigil gigil. Mandi pun tak. Ni dah masuk 4 hari aku telan antibiotik tapi sakit tu macam tak berkurang lagi. Dah 2 hari jugak tak puasa. Cane nak puasa sebab kena makan ubat, kena minum banyak plain water, kena makan aiskrim nak redakan tonsil

Hari ni sepatutnya ada appointment klinik gynae tapi pagi tadi memang rasa tak larat sangat nak drive. Dahla jauh, masuk bandar dengan jalan mula sesak, matikla aku. Suami pulak kerja, taknakla menyusahkan dia hantar aku. So aku just kol kanselkan appointment pastu dapat tarikh 1.10 untuk next appointment. Nurse yang bercakap dengan aku tu siap nasihat suruh pergi klinik lagi sebab sekarang ni musim denggi katanya. Padahal aku demam sebab bengkak tonsil.

Lepas suami pergi kerja tertidur sampaila pukul 10 lebih. Dari malam tadi aku memang tidur tak pasang kipas pastu berselimut tebal. Bila tersedar memang badan dah berpeluh peluh. Rasa la segar sikit. Lepas mandi siap siap nak pergi klinik. Jumpa doktor ambik mc pastu tanya pendapat doktor patut ke aku operate je tonsil ni. Dia cakap if dalam sebulan kerap kena 2, 3 kali patutla operate, tapi rekod aku dalam 3, 4 bulan sekali kena, so masih terkawal lagi.

Memangla takut nak operate tapi kalau sekali kena sakit tu rasa tak tahan sangat, rasa baikla hadap sekali sakit masa operate, lepas tu in sha allah tak kena dah. Tapi doktor cakap tunggu tengok lepas bulan puasa. Sebab bulan puasa kurang air tulah yang mudah terkena jangkitan ni.

Then, singgah pasar beli laksam, buat alas perut nak makan ubat. Sempat singgah ambik toto mak dekat dobi pastu terus balik rumah mak. Balik rumah mak macam biasala kena bebel sebab sakit. Asik dok ulang ayat, keturunan sapola kena sakit pelik pelik ni. Dok hitung la dia takde, ayah takde, kenapa anak ngan cucu ramai sangat yang kena tonsil. Tambahan aku ni, anak dia yang asik nyakitey dari kecik sampaila dah tua bangka ni.huhu macamla aku dok mintak sakit sakit semua ni. Orang lain sakit lagi teruk, so syukur jelah.

Balik rumah mak lepas makan ubat semua, ambik selimut baring. Kipas pun semua tak bukak nak bagi badan berpeluh. Esok kena kerja, tak laratla aku if sakit tekak lagi, badan letih lagi, cepat cepatla sembuh ya Allah. Dalam pukul 2 aku tertidur sampaila pukul 5 tersedar tengok mak ayah takde pegi masjid, dikunci aku dari luar sorang sorang kat rumah. Konfemla tu aku tak sihat sebab mak tahu aku ni bukan kaki tidur. If tidur berjam jam di siang hari tu adala something wrong somewhere.hehe

Sampai saat ni sakit kat tekak ni macam tak berkurang pun. Huhu. Ya Allah tolonglah belas kasihan pada aku ni. Bagilah kesembuhan pada aku. Tak sanggup dah rasa nak menanggung sakit ni. Ntah kenapa kali ni punya sakit lain macam sikit. Bukan time menelan je rasa sakit sampai buruk muka aku jadinya, tapi masa tak menelan pun rasa berdenyut denyut je dari tekak sampai ke telinga. Ya Allah lepas ni aku tobatla minum ais....huhuhu







Sunday, July 20, 2014

iftar di Raja Ikan Bakar


Assalamualaikum

Dah 21 ramadhan baru first time berbuka kat luar dengan suami. Tu pun kena buat temujanji dulu. Nak request pun dalam tempoh seminggu, if on the spot suami tak layan. Ni pun nasib baik raja ikan bakar ni area tok bali, bukan menghala ke bandar. If kena masuk bandar, sebulan merayu pun konfem suami tak approve.huhu

Hari ni lepas balik tuisyen memang melepak rumah mak. Suami janji datang ambik 530, tapi 630 baru sampai. Takpe, aku dah biasa. Janji melayu kan. Lepas tu terus berdesup ke tok bali. Mula tu memang niat nak ayah mak ayah, tapi konfem balik lambat, mak taknak tinggal solat di masjid. Takpelah, lenkali aku tapau je untuk mak ayah makan di rumah.

Elok sampai dalam pukul 7. Terus pilih lauk. Aku pilih udang je, nak makan ikan apa aku tak reti nak pilih. Yang lain biar suami je pilih. Kejap je dia bakar sedang elok dapat sebelum masuk waktu berbuka, so dapat makan yang panas panas lagi.



Sebelum.

Kedai ni simple je. Ikan just bakar tawar macam tu je. Suami pilih ikan merah. Sotong ambik sekor je sebab sotong besar. Aku tak gemar sotong, biasanya mesti liat, overcooked, ambik sepotong je yang lain suami habiskan. Faveret aku udanglah. Aku ambik 3 ekor. Tak tahula udang apa ni. Tapi nak kopek kemain susah. Tapi memang lagi bestla udang ni dari udang biasa. Kalau udang biasa walau saiz besar biasa aku ambik dalam 8-10 ekor, tapi udang ni tak beranila, bila aku tanya katanya rm40 sekilo.



Selepas.

Licin. Tinggal tulang dengan kepala je. Nasi 4 pinggan. Suami dua pinggan, aku 2 pinggan. Aku air 3 gelas, teh o ais, air kosong, lepas tu tambah lagi air laici. Sambal cicah suami licin. Yang aku banyak lagi, kalau habiskan mau berasap telingan aku.


Raja ikan bakar ni dia just bakar tawar je ikan. Menu lain pun rasanya takde kot sebab selalu aku pergi nampak orang just makan ikan bakar je. Pakcik owner ni sorang sorang je handle 8, 9 tempat bakar ni.

Aku ni dahla bukan reti dok diam. Kejap kejap pegi jengah. Pastu ada kucing dok mengiau ngiau. Masa aku nak halau kucing, kaki tertendang kerusi, terus tergolek kerusi. Nasibla laki aku dapat bini macam aku ni.hahaha




Disebabkan seafood ni semua fresh dibakar tawar, sambal dia ni jelah penyedap ikan bakar tu. Ala ala sambal belacan tapi bukan sambal belacan, letak kicap pastu perah asam limau. Memang kick. Disebabkan aku tak tahan pedas, aku kena letak kicap banyak, pastu kena perah dua potong limau, sebab nak kurangkan pedas. Tu pun cicah sipi sipi je. Oh ya lagi satu kuah kuah semua takde ye, makan dengan nasi gitu je. Pastu boleh mintak ulam, budu kalau nak.

Dalam banyak banyak kedai ikan bakar aku penah makan, memang nilah kedai faveret aku. Kalau dapat makan tiap hari pun takpe. Tiap kali lepas makan memang rasa satisfied sangat sangat. Memang tak pelikla kalau ada return customer. Kalau boleh sebulan sekali nak ajak suami makan sini.

Untuk makan berdua biasa habis tak sampai rm50. Tak tahu nak cakap mahal le murah tapi aku rasa berbaloi sangat. Lepas balik je makan sini, konfem aku rasa happy. Rasanya setiap kali datang makan sini, aku memang up entri dalm blog. Tak jemu jemu.hehe.

 Ok tu je nak cakap. Cakap banyak banyak kang mau terliur nak makan sini lagi.



Sekali sekala tuan tanah berselfie, harusla resize gambar x-large.hihi

Till then, babaiiiiii...




Tuesday, July 15, 2014

science project



Assalamualaikummmmm...


Minggu lepas buat projek tanam kacang hijau dengan students
Hari selasa kalau tak silap
Hari khamis check kacang dah mula nak tumbuh
Lepas tu cuti jumaat sabtu
Aku pergi je tadika sebab ada tuisyen tapi lupa terus pada benda alah tu
Then semalam masuk kerja baru teringat

Alamak 2 hari aku tak renjis air janganla bantut pulak pokok tu
Cepat cepat pergi tengok


Jeng jeng jeng.....




Alhamdulillahhhhh...
Semua pokok naik tinggi tanpa cacat cela
Bila aku tengok terus wahhhhhh
Terus show off kan orang lain.hahaha

Sebenarnya minggu lepas first time buat dengan students tapi guna cawan polisterin je
Tapi disebabkan salah teknik kebanyakan pokok tak menjadi
Mati, kering, tak naik so teacher dengan students semua frust

Jadi cikgu tadika memang macam tu
Malu if buat apa apa tak jadi
Sebab fikir students pandang tinggi pada kita
Bagi dorang wahhh teacher yang paling hebat semua tahu semua pandai
So bila projek tak jadi harusla teacher malu.huhuhu

Esoknya kebetulan set little scientist untuk projek kacang hijau ni sampai
1 set complete dengan kacang, kapas dan bekas
Bekasnya lagi proper sebab siap ada lubang lubang senang akar nak menjalar
So aku decide buat lagi sekali
Kali ni buat dengan lebih cermat bukan tangkap muat je
Alhamdulillah berhasil..




Dalam 9 bekas cuma 2 yang baru tumbuh tak naik tinggi lagi
Sebabnya masa nak simpan tu palet tak cukup so aku just letak biasa je kacang dengan kapas basah
Sebenarnya idea nak letak pot dalam palet ni ternampak kawan letak

Tapi tahniah kepada otak aku yang cerdik ni
Dalam palet tu aku letak jugak air so kapas lembab tu takkan kering dengan mudah
Aku kan pemalas, tu sebab dalam palet tu letak siap siap air sebab taknak check pokok sokmo
Kemalasan yang berbaloi...wakaka

Untuk project ni sebenarnya boleh ajar students subject sains pertumbuhan pokok
Selain tu nak relate jugak dengan islamic berkaitan Allah creation.
Bila pokok dah tumbuh teacher kena explain buat q & a la pulak dengan students
Yang penting students faham konsep dan boleh belajar benda baru

Sebenarnya senang je nak buat students happy masa belajar
Contohnya minggu lepas nak buat art n craft vegetables printing guna bawang dengan water color
Instead of aku sediakan, aku suruh students bawak sendiri dari rumah
Bila kat kelas semua excited dok tanya nak buat apa teacher, nak buat apa teacher.hehehe

Biasalah dengan bebudak...
Kadang happy dengan keletah dorang
Tapiiiiiii....banyaknya yang stresss.huhuhu

"Beginilah nasib diriku yang malangggggg, oh tuhannnnnn...."
(Sape kenal aku tahula lagu ni ;p )








Monday, July 14, 2014

sahur & final world cup



Assalamualaikum

Morning y'all. Live aku bersiaran selepas sahur. Sempena nak menyambut final world cup, aku telah merajinkan diri untuk goreng nasi, dengan buat ayam daging goreng kunyit untuk sahur. Dah 4, 5 hari sahur tak makan nasi, so kalau makan nasi goreng panas panas selerala sikit kot.

Tersedar dalam pukul 4 terus masuk dapur keluarkan ayam daging and potong bawang semua. Laki takde ye. Tengok bola kat luar. Padahal janji ngan aku nak tengok bola kat rumah. Hampehssss. Tapi takpe. Aku dah bagi sindiran dan lepas geram baik punya kat laki dalam wasap. Siap pesan lagi suh masak untuk sahur. Menyampahs

Sedang elok sebelum siap masak suami balik. Bola pun seri lagi. Lepas siap aku angkat pinggan makan ngan suami depan tv. Masa makan aku tanya nasi rasa macamana, suami cakap masin. Masin? Terus teringat lepas aku siap goreng ayam n daging kunyit, aku lupa nak basuh kuali terus tumis bawang dalam minyak gorengan tu. Mestilah minyak dah jadi masin kan. So masa goreng nasi aku pegi tambah lagi garam, tambah lagi kiub pati ayam, kiub pati ikan bilis.

Ntah kenapalah dengan aku sehari dua ni. Kepala ke lain hati ke lain. Stress kot. Macam tak gembira n ada benda tak setel. Dari semalam blur, pagi ni pun blur jugak. Takpelah, hari ni aku cuti. Rehat betul betul in sha Allah okayla nanti. Sebab lately ni aku memang penat and letih sangat sangat. Tak cukup makan, tak cukup tidur.huhu

Ok, enough pasal sahur. Sekarang aku nak bebel pasal world cup. German menang 1-0. Dan aku sokong germany

Amboi, dan dan tu sokong german.hihihi
Kenapa? Sebab suami sokong argentina!

Sebagai isteri yang selalu rebel, kehendak aku kenalah berlawanan dengan suami ;p  Tapi argentina kalah pun suami macam tak frust je. Takdela dia nak menggila macam brazil kalah hari tu. Elok je lepas german sumbat gol dalam extra time tu dia terus lali mata and tidur.

Aku tak gembira tengok team yang menang! Tapi aku sedih tengok pada yang kalah. Kesian argentina. Dahla baju biru laut dia tu aku suka. Soft je, macam tak seswai dengan bola.hihi.

Ntah apa kaitan. Tadi pun masa tengok game, aku dok sibuk tanya suami kenapa argentina tak pakai baju biru muda, kenapa pakai baju biru tua. Kalau pakai yang biru muda, menang kot :p

Ok, aku tahu lawak aku tak kelakar! Peminat argentina jangan marah arrr

Tapi serius aku sedih and kesian tengok team yang kalah. Aku sempat snap a few pic.



Ok, yang ni memang aku tak kenal sape, yang penting dia hensem walaupun muka sedih masam macam tu, hehe.. goal keeper la kot sebab baju kaker lain. Aku tengok highlight masa gol tunggal tadi tapi lupa dah cane muka gk argentina. Yang penting ko lagi ensem dari kfcm yerrrr



Haaa, yang ni aku kenal. Messi. Kalau tak silap nama penuh dia lionel messi. Tapi sah sah bukan kembar ngan lionel ritchie.hahaha ok tak lawak jugak. Kesian messi. Memang messy la jiwa kau lepas ni ye. Ingat boleh bawak balik piala untuk argentina, tapi nan hadooo. Ayam tambatan tak berkokok pulak kali ni. Wahhh, metafora sungguh aku pagi ni ekeke





Tapi serius kesian tengok muka puak puak argentina ni. Adat permainan, ada menang kalah. Tapi kalau tengok separuh akhir pun memang team germany lagi kuat kot, siap tibai brazil 7-1. Argentina masa separuh akhir just menang tipis je dengan penalti. Tp okla jugak at least argentina bertahan sampai almost 110 minit jugak sebelum bolos. Ok, kali ni aku dah ala ala football mania pulak.hehe




Hah yang ni pulak kalau tak silap hero germany untuk final nih. Maap ye kalau salah snap gambar. Ntah nama apa tak gheti aku nak tulis kat sini. Hari bertuah dia kali ni. Konfem dapat gaji bonus kebabommm baboommm nanti.


Bagi aku semua ni rezeki. Kalau dah ditetapkan macam tu, macam tu lah. Macam aku, dah tuhan tetapkan aku takde anak lagi, hah hadapla muka laki ngan karenah laki dulu puas puas, jangan nak komplen komplen ye. In sha Allah, He knows whats the best for us. Ameeenn...

Ok, sekarang aku nak pegi mengadap tuhan pulak. Ekeke berdosa dah pagi ni melewatkan subuh. Kepada yang bekerja, selamat bekerja, esok kita sama sama cuti lagi.hihihi

Muahhhhh babai.....


Friday, July 11, 2014

ramadah ke 11



Assalamualaikummmm...


Allahuakbar..tuhan sajalah tahu betapa penat dan dahaganya puasa hari ni
padahal hari cuti, tak kerja
tapi penatnya mengalahkan kerja dari pagi sampai petang
kalau puasa hari kerja kemain lagi cergas badan aku ni
sebab tu aku tak penah suka kalau berpuasa hari cuti
sebab masa pun rasa lambat sangat berlalu

dari zaman sekolah lagi kalau nak puasa ganti, memang aku buat hari sekolah/kerja
hari jumaat sabtu rehat semata mata
manalah tak penat
kata je cuti tapi kena bangun pagi pergi tuisyen
bulan puasa kena mengajar 2 kelas 830-1130
balik je terus basuh baju, kemas bilik, kemas dapur, jemur baju
yang basuh mesin dah 3 round, belum masuk yang kena sental dengan tangan
sebab tu penat kot
lapar tu biasalah cuma dahaga sangat sangat sangat
masa suami nak pergi jumaat aku tanya, boleh tak sayang nak minum?hehehe
boleh je..jawab sang suami. SENGAL!!

disebabkan itu, sebelum balik rumah mak tadi aku terbeli air sampai 2 jenis
mula mula mintak 1 jenis je, pastu masa dok tunggu dok ushar je air lain,
ada pula budak beli air terus minum kat situ..
aku terliur huhuhu terus mintak air lagi satu
pastu beli jugak mirinda botol besar 4 botol ada orang jual rm10 je 4 botol
aku ambik mirinda stwberri 2, pepsi dengan cream v
niat tu nak simpan untuk raya tapi tak tahula kot sempat ke tak puasa lagi 2 mingu ni.hihihi
tapi tahun ni macam okay je lagi segelas air je nak tunggu berbuka
ingat tahun tahun sebelum ni sampai standby 3 gelas air siap siap lain lain jenis
makan biasa je, kenyang air je masa berbuka

masuk hari ni jugak dah 2 hari aku bersahur makan kurma sebijik, kismis secekak
air sejuk segelas, antibiotik 2 biji
tapi semalam suami ada beli milo kotak
so aku minum milo jugak 2 kotak pagi tadi
berbuka macam biasa nasi 1 senduk sahaja
esok nak pi timbang berat
kalau tak berkurang lagi tak tahula
last timbang kat klinik awal bln 6 ritu berat aku 56kg lebih
kalau boleh turun 2,3 kilo bulan puasa ni alangkah gembiranya hati aku.hehehe

la ni tengah dok menaip baruuuuuuuu pukul 630 lebih kurang
sejam lagi wehhh
nak togok air puas puas, dasar buruk lantak hahaha
hari ni suami berbuka kat surau area rumah dia
so aku balik bukak puasa rumah mak je
just kami 3 beranak

aku tak rasa nak makan apa pun
cuma belikan gulai ikan tenggiri ala sumatera dengan dalca daging untuk mak ayah
apa yang mak masak petang ni, yang tulah aku makan
esok ada bukak puasa kat masjid area rumah aku pulak
ayah bilal kena sediakan air untuk semua
mak cakap nak buat air bandung
lauk dia nak beli je pastu tambahla sikit sikit kerabu ke apa
macam biasa tugas akula setiap tahun menghantar makanan ke masjid
tolong mak hidang hidang
biasa mak buat 2 hidangan la, sebab ayah bilal kan
orang kampung yang lain biasa bawak 1 hidangan je
tok imam biasa lebih dari 2 hidangan
dah siap semua kemas barang dan bawak balik pulak
maklumla aku ni anak jantan, kenalah buat semua kan??????
aihhh tetiba emo pulak
sape yang rapat dengan aku tahula kenapa...
dahla malas nak bebel lagi
babaiiiii






Tuesday, July 08, 2014

Tak Sihat!



Assalamualaikum. 


dah 3 hari sakit tekak tonsil belah kiri bengkak. Rasa tajam mencucuk cucuk. Hari ni baru nak pergi klinik cari antibiotik. Dah kol klinik pagi tadi katanya tutup pukul 6. Sempatla kot sampai. Bulan puasa ni memangla balik kerja pukul 5, tapi tunggu suami sampai dekat 530 jugak. Nasib baik dengan motor. Sempatla sampai awal rumah, nak masak nasi, nak masal lauk ringkas ringkas. 

Dah masuk 10 hari puasa ni, aku dah tinggal puasa 7 hari. In sha Allah esok dah boleh berpuasa rasanya. Tapi tonsil tak baik lagi. Menderitalah aku nanti. 2,3 hari ni dok bertahan sebab kalau rasa sakit boleh terus makan ubat, ngap aiskrim. Esok kalau dah puasa bawakla bersabar banyak banyak ye muis. Tapi paling tak tahan kalau bersin, sakitnya macam nak tercabut anak tekak, macam ada orang toreh toreh dalam tekak aku ni. Dahla sakitnya naik sampai ke urat saraf telinga. Jangan cakap aku drama queen ye, sape yang kena tahula sakit ke tak.huhuhu

Kalau ikut hati nak je operate tonsil ni. Tapi bila kenang abang cakap sakit, mau fikir 100x jugak. Aku ni dahla dasar cengeng. Kesian nanti orang sekeliling aku nak kena tahan karenah aku. Abang ritu dia cakap 2 minggu lebih jugak baru nak ok. Mana nak kena tahan sakit luka operate lagi, pastu nak makan minum lagi. Konfem kurus aku if operate tonsil.hehe. Tapi doktor cakap selagi tak operate selagi tulah benda ni berterusan. Last pergi klinik bulan 3 kot. ni masuk bulan 7 kena lagi. 

Yang bulan 3 dulu aku terkena lepas makan keropok bersira, pedas manis yang melekit lekit tu. Kali ni pulak terkena sebab sabtu lepas aku makan keropok ubi pedas, pun jenis yang melekit lekit tu. Tekak telan memangla sedap, tapi lepas tu tahanla sakit. Sabtu lepas, lepas makan separuh paket tekak mula rasa tak selesa, konfemla tu. Pagi tadi masa dok belek beg makanan aku, adala lagi baki kerepek ubi pedas tu. Suami macam biasalah sound, dah tahu tekak tak serupo orang, dok makan jugak kokse.hehehe

Dengan tonsil ni aku kira dah otaila. Manakan tidak, dari umur 9,10 tahun aku kena tonsil, sekarang dah 30 tahun, sakit ni jelah dok mai sokmo. Ingat dah tua bangka ni stop la, rupanya makin menjadi jadi pulak. Tapi just bengkak tonsil jelah, demam tak pun. Kalau masa kecik dulu pakej lengkap demam ngan tonsil dua dua sekali. Kalaula masa kecik dulu dah operate takdela menderita sampai sekarang.huhuhu



ubat dengan aiskrim nak bagi legakan tekak
pagi semalam dah beli 2 bekas, hari ni 2 bekas lagi
masuk kedai buat bodoh je beli aiskrim pepagi buta
tapi sakit still tak hilang, kena cari antibiotik jugak
kat rumah pun dah beli sebekas aiskrim
pagi tadi suami bangun sahur makan nasi
aku bangun jugak panaskan lauk lepas tu ngap aiskrim
lepas tu sambung tidur sambil kemam ubat
nasib baik tak tercekik sambil tidur.hihi




snek pembawa musibah
kena pulak layan depan tv, kejap je boleh licin
ni pun aku stop makan tekak rasa tak selesa
sedap sangat kerepek yang ni
beli dari cikgu tuisyen dekat tadika
pedas, manis, ubi tak keras sangat
rasa macam nak repeat order, tapi bila fikirkan tekak...huhuhu


Lambat pulak rasa nak balik. Walau tak puasa tubuh rasa letih je. Nak balik rehat, nak baring. Kalau drive sendiri dah mintak half day ni. Apakan daya menumpang suami. Esok ntah macam mana nak sambung berpuasa kalau tak sihat macam ni. Lembik macam jeli la agaknya aku nanti..  :(

oh ya, alang alang aku dah membebel panjang panjang ni, nak cite menyampah je masa pergi farmasi ahad lepas. Sajala tanya ada jual antibiotik ke tak. Kot ye pun takde cakapla elok elok. 
Ada ke patut bila aku tanya 'kak, Amoxcylin ada ke tak'
akak tu balas 'Amoxcylin ke, lin lin ke semua takde....' dengan kereknya, dengan muka masamnya
helloooo, aku customer okeh
ni first time aku beli dengan akak ni, selalu beli dengan yang lain ok je, lembut je jawab, manis je muka. 

Tahula puasa. Student aku 6 tahun pun puasa penuh. Baru tengahari kot takkanla lapar sangat sampai nak temper tak kena tempat. Menyampah je. Pendek kata farmasi tu lepas ni aku banned. Banyak farmasi lain kot. Kalau tak lapar puasa, mesti sebab PMS, takpun gaduh ngan laki, takpun bos lambat bagi gaji, takpun sebab dia SENGALLLLL. Padanlaaaaaa.......



Saturday, July 05, 2014

pembaziran ala syaitonnirrojimmmm



assalamualaikum


Tak tahu kenapa tahun ni malas. Malas nak update blog sepanjang ramadhan. Kalau tahun lepas dan tahun sebelumnya aku rajin. Tiap tiap hari dok update sahur dengan apa, berbuka dengan apa. Mungkin tahun ni sebab kuciwa kot, lagipun sebab sempat berpuasa 3 hari je. Tengah malamnya cik p dah datang, esoknya terus Selamat Hari Raya.kihkihkih


Aku kalau bercakap bab makan berbuka menyampah betul. Menyampah sebab selalu tak habis dan membazir. Padahal tak beli banyak pun. Just satu dua lauk je, tapi mandangkan masa berbuka aku just ambik sesenduk atau 2 senduk kecil nasi. Suami pun selalu tak menambah, cukup dengan 2 senduk besar yang aku letakkan. If menambah pun sikit sangat. Kitorang tangki kecik je. 


Paling menyampah kalau beli kuih. Suami suka kuih orang kelantan panggil 'godok'. Macam sekaya cuma takde pulut, memang main ingredient telur. Dia beli seketul je pun dan aku selalu potong 2. Pastu macam sebelah. Sebelah lagi tak berusik. Aku memang tak makan sebab tak suka sangat kuih manis. Dua tiga hari lepas beli kuih cara berlauk rm2, 5 ketul. Aku makan 2 ketul, yang lebihnya tak berusik. Beli roti john, makannnya 2,3 potong. Yang lain bagi ayam itik. Mintak suami belikan kerang rebus lepas dia balik terawikh, tapi aku tertidur awal sangat, simpan 2,3 hari dalam peti ais, lepas tu campak buang jugak. 


Menyampah betul. Bukan nak membazir, tapi kesudahannya makanan yang seciput pun tak pernah habis. Kadang kadang fikir malas nak beli apa apa. Aku punya nafsu makan berpuasa ke tak memang sama je. Tak bernafsu sangat tengok lauk pasar ramadhan. Balik kerja, buat ayam kicap, goreng kunyit ke, lagi selera nak makan. Ada lawar atau kerabu mangga, cukupla tu. 





Malas jugak nak ambik gambar menu bukak puasa. Ni pun jadi pembaziran jugak. Aku beli gulai ketam sekor, untuk suami. Sebab aku tak makan ketam, alergik kulit. Dia just makan kaki kaki ketam tu je, sekor ketam tu tak berusik. Dua ekor ikan bakar, makan yang kecik je, yang besar tak berusik. Aku beli sambal bilis kacang campur tempe, main cuit cuit je. Ikan keli sekor, habis separuh je. Kesimpulannya banyak yang masuk dalam peti ais, lepas tu campak bagi itik ayam makan. 


Sejak aku cuti puasa, suami cakap aku tak payahla bangun masak nasi untuk sahur. Dia just naik makan rumah kakak dia je. Mak mentua pun sejak tahu aku cuti puasa, pandai dia datang kejut laki aku suh sahur. Kalau ada lauk lebih, aku bangun jugak teman suami makan sahur, walaupun dia suh aku tidur je. Baik jugak laki aku.hihihi syukur alhamdulillahhhhhh 


Semalam bukak puasa rumah mak. Aku tak beli apa pun. Sebelum balik rumah mak, sempat masak ikan bawal 3 rasa, pastu goreng sayur kacang buncis campur udang. Kalau berdua dengan suami takdenya aku nak masak sayur. Aku suka sayur. Suami tak makan sayur. Alang alang baik aku tak payah masak terus. Hari ni ntah lagi macamana. Suami cakap nak datang ambik pukul 6. Masa ni tak nampak batang hidung lagi. Sukahati dialah dia yang puasa, aku takpe dah bersahur sepinggan nasi tengahari tadi masa mak ayah pegi masjid.hihihi. 


Tamat sudah bebelan hari ni. Kepada yang sempat baca entri ni sebelum berbuka, selamat berbuka puasa ye. Moga berkatla puasa korang hari ni.hehehe




Tuesday, July 01, 2014

world cup brasil 2014



assalamualaikum


Baru nak bercerita pasal world cup
tak basi lagi kan?
baru nak masuk suku akhir kan?hehehe
macam biasala aku tipikal orang pompuan, mana minat pun bola ni
tapi tengokla jugak sekali sekala buat teman lepak ngan suami
dia pun selalu game pukul 12 banyak layan bola kat luar
cuma game pagi pukul 4 jelah layan kat rumah
masalahnya mata tu lagi banyak pejam dari tengok bola
asal aku off tv, dia celik balik
game taknak tengok sangat, nak tahu result je katanya
macam macamlah
dia takpelah senang nak membuta
aku ni silau dengan tv susahla sikit nak tido
tambah dengan bunyi bising lagi

sejak world cup mula ni bilik tido aku sunyi sepi
aku berangkut semua bantal, selimut kena tidur depan tv
bukan aku nak sangat pun, tapi arahan bos kenala ikut
isteri solehah la sangat
tapi sekali dalam seminggu tu aku masuk je tidur bilik sorang sorang
maklumla takut jugak katil tu tinggal lama kang ada pulak yang nak menumpang tido.huhu
biasa pun aku letak al quran dekat kepala katil
konon konon untuk pelindungla.hehehe

bercakap pasal world cup ni, nak tengok game sampai 120 minit termasuk sepak penalti 
memangla aku tak kuasa
cuma kalau tang highlight gol aku sukala
nak nak part lepas masuk gol dia fokus pada reaksi penonton, reaksi team tu, reaksi coach
suka je aku nak tengok
dengan aku pun rasa excited sekali.huhu
aku paling suka kalau game ada seri sebab nanti ada penalti kan?

tapi pagi semalam masa dok tunggu penalti costa ricca dengan greece tu sempat pulak aku tertidur
bukak je mata tengok costa rica dah menang
eh ke takde penalti ek?
tapi aku ingat sebelum aku tertidur masa tambahan sebelum 120 minit dorang seri 1-sama
ahh lantakla takde kaitan ngan aku pun.hehe

pagi tadi sempat jugak tengok jerman lawan algeria
ingatkan nanti ada penalti jugak tup tup jerman sumbat gol sebijik
tulah penangan malam malam tidur awal
bila tersedar pagi je mata taknak lelap
nak tak nak layan bola jelah
suami layan tidur
haihhh sape yang minat bola ni?huhuhu

pagi semalam sempat tanya suami soalan cepu mas
 mana lagi banyak gaji player ke gaji pengadil
suami cakap gaji player lagi banyak la..
dahtu kenapa player takut dengan pengadil bila game? kenapa kena dengar arahan pengadil dalam game?
kenapa kalau pengadil tunjuk kad merah dia kena keluar padang?hihihi
peminat bola jangan marah ye
saja aku nak melawak dengan suami pepagi buta :p











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...