Friday, August 15, 2014

bajet raya 2014



Assalamualaikum..

Hari ni dah 19 syawal kan? So okay jelah if nak update pasal raya kan? Hehe..

Alhamdulillah tahun ni aku tak lupa diri. If nak banding dengan tahun lepas tahun ni aku jimat banyak kot. Kalau kira kira macam tak sampai rm200 je yang aku belajan untuk raya. Apa yang aku belanja kan ek?

Pertama sekali kuih raya. Tahun ni kuih raya 5 jenis je aku beli, campur kerepek  dll jadila 8 jenis.

Almond london
Makmur gajus
Suji badan
Snowy almond
Tart nanas
Kerepek pisang
Karipap mini
Kuih siput

Total belanja rm155 sahaja. Tapi suami bayarkan rm50, jadi bajet aku rm105 jelah. Ingat kalau sebelum ni pernah bajet biskut cecah rm200 lebih. Gila membazir. Tahun lepas sampai 9 bekas biskut raya, sampai ke raya haji ada lagi yang belum bukak.

Kalau ikukan,  hari khamis sebelum cuti raya suami ada wasap tanya biskut raya dah beli berapa jenis tapi aku lambat sangat reply so suami tak beli. Kedekut. Lepas tu aku pesan siap siap untuk tahun depan, tak payah tanya beli je if ada kawan ofis dia jual. Hehe

Then, untuk menu pagi raya tahun ni macam biasa setiap tahun.

Satay.
Kuah kacang dengan nasi himpit
Roti jala dengan gulai ayam.

Total rm120, tapi suami bagi rm50 jadi bajet aku cuma rm70. Jimat lagi.hehe

Lepas tu aku pun ada jugak  beli bahan nak buat spageti. Sebabnya aku ada ajak kawan tadika datang beraya rumah aku raya ke3 aku nak masak spageti. Tapi seperti yang di duga, niat tu tinggak niat sajolah.huhu

Pepatah hangat hangat taik ayam memang selalu aku praktikkan menjelang raya.hahahaha...

Tapi bahan spageti tu akhirnya aku masak dekat tadika masa sambut raya kat tadika. Last minute plan. Jadi kos aku beli bahan bahan spageti dalam rm25, aku claim je balik dengan tadika.hehe jimat lagi duit aku.

Kos baju raya dengan kasut dan tudung raya total rm170. Suami bagi bajet rm200, so langsung tak masuk bajet aku.

Duit raya pun semua suami yang tukar. Jado takde jugak bajet aku.hehehehe

Apa lagi ek? Rasanya takde dah yang aku keluarkan bajet aku. So total semua cuma dalam rm180. Yang lain semua di pihak suami. Alhamdulillahhhhh....

Hehe nasib baik suami jarang sangat baca blog aku. Kalau dia tahu mesti dia tak puas hati punya.hahaha...

Eh lupa pulak, lagi satu bajet raya kali adalah untuk cincin. Nak kata bajet aku pun tak kena jugak sebab suami yang bagi duit bayarkan. Cuma aku janji dengan dia nak bayar balikla, rm500. In sha Allah aku bayar, hehehe..


Alahai bulatnya jari jemari aku
Dah tak runcing dah.
Tu dia bukti sekarang ni aku makin bulat.huhu


Cincin ni aku beli online je. Dari kedai yang sama aku beli rantai tangan dulu, My Hamidah Kedai Emas. Nak cash pun boleh nak ansuran pun boleh.

Cincin ni berat 3.19g je. Masa aku beli harga dia rm140/gram. Total harga rm530. Aku deposit rm50, lepas tu suami bagi rm500 aku terus bayar lump sum.

Aku suka my hamidah kedai emas ni sebab servis dia memang best. Tak kira time mana aku wasap nak tanya pasal barang, mesti cepat je dapat reply.

Pagi aku transfer duit, esoknya terus pos. Risau jugak sebab dah nak raya barang banyak, manala tahu kot barang hilang ke apa, tapi nasib baik lepas 2 hari dapat jugak barang.

Ramai kawan puji cakap cincin ni cantik. Kira design terbaru la. Design pun macam tak simple sangat and tak over sangat, just nice je memang kena dengan taste aku.

Lepas ni cadang nak beli set subang pulak. Nak ganti yang hilang aritu. Minat aku jenis subang paku dengan batu seketul, tapi takpelah nanti survey survey je dulu. Bajet subang biasa dalam 300 ke bawah je. Ada rezeki lebih bolehla beli nanti :)










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...