Friday, July 25, 2014

nak raya dah!!!



Assalamualaikum


Berpuasa di rumah, hari tak kerja memang mencabar. Personally, aku lagi suka berpuasa hari bekerja, tak terasa sangat sebab sibuk dengan kerja tau tau dah petang. Kalau kat rumah lagi banyak kerja yang gunakan kederat.huhu

Hari ni sempat tidur sampai pukul 9 lebih je. Suami tersedar je terus melompat bangun katil ajak aku kemas rumah. Nak pasang floor mat yang baru, nak keluar beli langsir lagi. Sebelum pasang tikar getah yang baru, kena sapu sapu dulu, kena angkat rak tv, almari pinggan mangkuk dulu. Aduiiiii penat.

Keluar pasar beli langsir aku mulanya plan nak cari tudung jugak tapi rasa penat sangat dengan panas, dengan orang ramai lagi. B singgah kedai hardware tempah railing dulu. Lepas tu balik sedang elok sebelum masuk waktu jumaat.



Bersepah sepah. Aku suka tikar getah yang baru ni sebab corak ala ala ira kayu gitu. Kalau sebelum ni tiap tahun suami beli tikar baru tak pernahnya aku berkenan.

Untuk projek langsir ni aku tolong pasangkan cangkuk besi je. Suami pasang railing. Lepas tu mintak jugak anak sedara tolong panjat dan pasangkan langsir.

Langsir pun ada yang tak cukup lagi. Kena tambah beli yang lain pastu kena pulang balik yang tersilap beli. Beli yang murah murah je. Suami cakap tahun depan if ada bajet boleh tempah langsir cantik cantik. Yang ni pun habis almost rm500 la lebih kurang.

Takpelah. Aku bukan beriya pun benda macam ni. Ada yang ni pun dah syukur alhamdulillah. Lagipun duduk dengan mentua, if rumah sendiri barula feel lain sikit kot.hehe

Harapnya sempat siapkan semua petang atau malam ni. Sebab esok ayah nak ajak aku pergi cari barang dapur lauk ke apa pulak. Esok semua adik beradik dah gerak balik kampung. Kenala standby lauk pauk semua. Sape lagi yang kena jadi drebar kalau bukan aku. Fikir pun dah penat.

Kalau ikut perkiraan last puasa aku dah period pulak. So aku sambut raya awal la ye. Total ganti puasa tahun ni adala dalam 11 hari kot. Selamat mengganti puasala pulak nanti.




Suami beli jugak rak tv yang baru. Rak lama yang baru je beli dah pecah cermin dek ditendang oleh anak masa tidur depan tv. Aku tak setuju sangat pun nak beli rak baru tapi lantak dialah.

Time raya satu je yang aku teringin. Aku ni rasa nak cat rumah je. Lagipun rumah mentua ni rumah kayu. Mesti lagi cantik kalau dalam rumah cat warna hijau lembut ke, biru lembut ke, kuning lembut ke. Tapi suami dia cakap tak sempat dah. Takpelah, tahun depan aku try pujuk lagi.

Set sofa yang lama elok je lagi, kusyen pun tebal lagi cuma sarungnya dah tak cantik. Corak pun plain warna krim macam mudah kotor je. Memang tak kena dengan jiwa aku ni yang tak minatplain. If boleh jahit sarung untuk kusyen luar dah ok dah tapi rasanya susah kot sebab bentuk kusyennya bukan bulat atau empat segi sama. Ntah, nak cakap pun tak reti. Takpelah. Suami cakap tak payah jahit sarung baru, in sha Allah nanti tukar set sofa baru. Bagus.

Haihhhh lambat lagi ke nak berbuka ni. Nak tidur tak mengantuk. Nak tengok tv suami tak siap pasang kabel lagi. Nak buat kerja malassssss..





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...