Saturday, July 05, 2014

pembaziran ala syaitonnirrojimmmm



assalamualaikum


Tak tahu kenapa tahun ni malas. Malas nak update blog sepanjang ramadhan. Kalau tahun lepas dan tahun sebelumnya aku rajin. Tiap tiap hari dok update sahur dengan apa, berbuka dengan apa. Mungkin tahun ni sebab kuciwa kot, lagipun sebab sempat berpuasa 3 hari je. Tengah malamnya cik p dah datang, esoknya terus Selamat Hari Raya.kihkihkih


Aku kalau bercakap bab makan berbuka menyampah betul. Menyampah sebab selalu tak habis dan membazir. Padahal tak beli banyak pun. Just satu dua lauk je, tapi mandangkan masa berbuka aku just ambik sesenduk atau 2 senduk kecil nasi. Suami pun selalu tak menambah, cukup dengan 2 senduk besar yang aku letakkan. If menambah pun sikit sangat. Kitorang tangki kecik je. 


Paling menyampah kalau beli kuih. Suami suka kuih orang kelantan panggil 'godok'. Macam sekaya cuma takde pulut, memang main ingredient telur. Dia beli seketul je pun dan aku selalu potong 2. Pastu macam sebelah. Sebelah lagi tak berusik. Aku memang tak makan sebab tak suka sangat kuih manis. Dua tiga hari lepas beli kuih cara berlauk rm2, 5 ketul. Aku makan 2 ketul, yang lebihnya tak berusik. Beli roti john, makannnya 2,3 potong. Yang lain bagi ayam itik. Mintak suami belikan kerang rebus lepas dia balik terawikh, tapi aku tertidur awal sangat, simpan 2,3 hari dalam peti ais, lepas tu campak buang jugak. 


Menyampah betul. Bukan nak membazir, tapi kesudahannya makanan yang seciput pun tak pernah habis. Kadang kadang fikir malas nak beli apa apa. Aku punya nafsu makan berpuasa ke tak memang sama je. Tak bernafsu sangat tengok lauk pasar ramadhan. Balik kerja, buat ayam kicap, goreng kunyit ke, lagi selera nak makan. Ada lawar atau kerabu mangga, cukupla tu. 





Malas jugak nak ambik gambar menu bukak puasa. Ni pun jadi pembaziran jugak. Aku beli gulai ketam sekor, untuk suami. Sebab aku tak makan ketam, alergik kulit. Dia just makan kaki kaki ketam tu je, sekor ketam tu tak berusik. Dua ekor ikan bakar, makan yang kecik je, yang besar tak berusik. Aku beli sambal bilis kacang campur tempe, main cuit cuit je. Ikan keli sekor, habis separuh je. Kesimpulannya banyak yang masuk dalam peti ais, lepas tu campak bagi itik ayam makan. 


Sejak aku cuti puasa, suami cakap aku tak payahla bangun masak nasi untuk sahur. Dia just naik makan rumah kakak dia je. Mak mentua pun sejak tahu aku cuti puasa, pandai dia datang kejut laki aku suh sahur. Kalau ada lauk lebih, aku bangun jugak teman suami makan sahur, walaupun dia suh aku tidur je. Baik jugak laki aku.hihihi syukur alhamdulillahhhhhh 


Semalam bukak puasa rumah mak. Aku tak beli apa pun. Sebelum balik rumah mak, sempat masak ikan bawal 3 rasa, pastu goreng sayur kacang buncis campur udang. Kalau berdua dengan suami takdenya aku nak masak sayur. Aku suka sayur. Suami tak makan sayur. Alang alang baik aku tak payah masak terus. Hari ni ntah lagi macamana. Suami cakap nak datang ambik pukul 6. Masa ni tak nampak batang hidung lagi. Sukahati dialah dia yang puasa, aku takpe dah bersahur sepinggan nasi tengahari tadi masa mak ayah pegi masjid.hihihi. 


Tamat sudah bebelan hari ni. Kepada yang sempat baca entri ni sebelum berbuka, selamat berbuka puasa ye. Moga berkatla puasa korang hari ni.hehehe




3 comments:

dhiera said...

Selamat berpuasa dear..
Pada pendapat saya lebih baik awak masak sebab boleh control sendiri portion saiz tu ikut keperluan awak suami isteri.

saya pun kalau beli lauk rasa membazir sebab tak habis pun ikut portion size yang beli tu. duduk pun berdua je. jadi, saya ambil keputusan masak sendiri. bahan-bahan dah prepared awal. sebab menu dah plan for a week terus.

my opinion je la =)

dhiera said...

Menjawab soalan di blog saya.

Boleh saja. tak kisah single ke ramai2 ke yang penting suasana raya =)

husna zahidi said...

sama lah kak.. kat rumah bertiga je tp msak sjemput pon payah nak habis..:p tak paa bukan niat kita..kita dah cuba elak kan..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...