Posts

Showing posts from August, 2014

inai di jari

Image
Assalamualaikum. Semalam otw bali rumah mak singgah rumah tok kejap. Lepas sembang sembang aku macam biasala merayau tepi rumah. Ada pokok lada, pokok limau nipis, pokok limau purut. Ambikla sikit nak buat guna kat rumah. Lepas tu ternampak pokok inai. Tetiba teringin nak pakai inai. Kebetulan daun pun tengah lebat. Pokok inai rumah tok ni memang dah ada lama pun. Dari zaman kecik lagi memang dah ada. Kalau musim kemarau pun memang pokoknya tak mati. Sebab ingat dulu ambik buat inai sendiri. Kalau dulu memang buat inai sendiri. Masa tu takde lagi inai segera dalam tiub semua ni. Masa tu nak buat inai tumbuk je, campur sekali arang, nasi. Lepas tu perah asam limau sikit kot kalau tak silap. Lepas tu tangan sebelum tidur masuk dalam plastik then ikat. Tapi selalunya bangun pagi mesti habis semua plastik tercabut pastu inai kering bersepah kat tempat tidur.hehehe kenangan sungguh. Last pakai inai 3 tahun lepas la, masa kawin, tetiba rasa nak pakai inai ni dah buang tebiat

ku kuciwa

Image
Assalamualaikum. Malam tadi sebelum tidur, buka blog adalah blogger che mat gebu share satu resepi. Asam pedas ayam. Terus aku dapat idea untuk masak tengahari ni. Tapi bahan bahan rempah tak cukup. So pagi tadi masa suami nak keluar hantar baju kat kawan dia, aku ikut sekali  singgah pasar. Belila halia, lengkuas, serai, halba, buah keras. First time la tu dalam hidup aku beli buah keras dengan halba. Malam tadi memang dah siap siap google macamana rupa buah keras dan halba. Dalam pukul 11 dah start masak. Ralit sangat buat asam pedas, sampai nasi terlupa masak. Selalunya aku masak nasi dulu baru siapkan lauk. Kalau ikutkan asam pedas ni memangla faveret aku. Kalau pergi rumah abnag melaka, kalau kakak ipar masakkan asam pedas, memang rasa sedappp je kat tekak aku. So teringinla nak try air tangan sendiri menjadi ke tak. First time buat asam pedas ni boleh tahan la dia punya remeh tu. Ada bahan yang kena blend, ada bahan yang kena hiris halus. Bila dah masak, sua

3 hari

Image
Assalamualaikum. Last week dah cuti direct jumaat sabtu ahad. Minggu ni pun cuti 3 hari jugak sebab ahad cuti merdeka. Yuhuuuu, heaven sungguh rasa. Terus level of stress menurun ;D Tapi disebabkan minggu ni, minggu terakhir hujung bulan, adala extra kerja selain rutin mingguan. Setiap minggu wajibla buat daily dengan weekly lesson plan, lepas tu bertambah lagi dengan communication book. Kebetulan pulak buku kena tukar yang baru, lagiiiiiii la bertambah kerja. Tapi takpe. Dah tahun ke3, takkan tak boleh handle kan. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Lately aku perasan hujung minggu aku dah tak stress sangat dengan kerja, boleh je siapkan lesson plan dengan tenang dan harmoni.huhu Hari ni punyala hectic tak tahu nak cakap. Dalam pukul 1.40 aku start setelkan semua keje. Masa dalam kelas dah listkan siap siap apa kerja nak kena setel dan sambung dekat rumah. Lepas siap scan worksheet maths, stop untuk makan kejap. Nasib baik tengah bercuti solat. Lepas tu terus sambung

kalau dulu, tapi kini

Assalamualaikum. Hasil sastera dari ex student akaun... #tolongjgnketawa Kalau dulu, Senyum tawa hanya untuk aku, Tapi kini,  Suram wajahmu tak berseri Kalau dulu,  Mahu aku selalu disisimu, Tapi kini Hanya aku berteman sunyi... Kalau dulu,  Rindu sayang mainan bibirmu, Tapi kini,  Mungkin dihatimu cuma benci... Kalau dulu,  Gurau jenaka bersama denganku, Tapi kini,  Diam membisu terasa bererti... Apa jadi dengan kau dan aku???? Macam hampeh kan? Ntah mood apala merasuk kau  memalam buta ni muis weh... -_____-"

resepi mudah: ayam masak kicap lada hitam

Image
Assalamualaikum. Lama tak share resepi kat sini. Maklumla masak kadang kadang je.hihi.. tapi sejak suami tak meniaga ni kerapla sikit. Tu pasal la aku makin gems. Siang malam makan nasi... T______T Hari ni nak share menu simple je. Lagipun tu je aku reti masak. Sape yang tak berapa pandai masak dan pemalas macam aku ni bolehla cuba ye.hihi Bahan Ayam-potong kecil, digoreng dengan sedikit garam separuh masak. Bawang 3 sekawan-sekarang ni aku suka guna yang kisar pastu tambah pulak yang aku hiris kasar. Banyakkan bawang baru masakan sedap, trust me, i know! Kicap, cili kisar, sos tiram, limau nipis, halia, garam gula perasa. Cara nak buat pun, alahai senang teramatla senang sampai nak tulis pun malas.hehe Ngengada kan? Kejap nak share kejap malas. Ok, mula muka panaskan baki minyak gorengan ayam tadi. Jangan membazir! Tumis bawang hiris dan bawang kisar sampai naik bau. Bila bahan tumisan dah masak, masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan air sedikit, api sederhana..b

sabtu yang panas bertemankan ibu mertuaku.

Image
Assalamualaikum. Masha Allah...panas sungguh cuaca hari ni. Baju yang jemur pagi tadi pun dah kering, dah boleh angkat pun. Baru pukul 12.30 tapi aku dah 2x aku mandi. If hari cuti duduk rumah, normalla aku mandi sampai 4, 5 kali sehari. Nak bagi sejukkan badan. Kalau tak temperaturenya mau naik ke kepala. Disebabkan period, pagi tadi bangun rasa nak terkucil, tapi aku mandi je terus. Barula rasa segar sikit badan. Pakai baju bersih dan terus mulakan rutin seorang suri rumah.huhuhu Round pertama basuh baju. Lepas tu kemas dapur dan siap siap untuk masak. Nanti suami bangun boleh terus brunch. Aku suka macam tu, tak payah masak banyak kali.hehehe dasar pemalassss Hari ni masak nasi ayam je. Tapi gambar takde sebab lepas hidang tab takde bateri tengah cas. Lepas suami bangun dalam 1130 terus makan. Siap makan, kemas dapur aku lepak depan tv jelah. Bukak laptop dan siapkan lesson plan. Tapi disebabkan panas sangat, aku mandi lagi sekali, barulah rasa segar badan. Lani tengah

hari berkabung #mh17

Image
Assalamualaikum. Innalillahiwa inna ilai hirojiun... Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Hari ini 22 ogos 2014. Hari berkabung untuk tragedi mh17. Alhamdulillah hari ni 20 jenazah mangsa mh17 dah selamat sampai di malaysia untuk diserahkan pada keluarga masing masing. Balik dari tuisyen pagi tadi, aku sempat tengok siaran secara langsung kat tv. Bila tengok keranda dimasukkan dalam van jenazah, memang rasa sebak dan terharu. Tapi disebabkan menonton ramai ramai, so tahan jelah. Besar dugaan untuk keluarga semua mangsa. Tak boleh bayangkan if mangsa tu adalah suami, anak, mak, ayah, adik beradik atau saudara aku. Sebabnya cara kematian tu tragis sangat. Ditembak jatuh dalam pesawat di ketinggian beribu ribu kaki. Masha Allah...kejamnya manusia. Hari ni bila tengok kat fesbuk, banyak pulak orang share pic berkaitan arwah co pilot ahmad hakimi. Maybe sebab dia orang kelantan, dan rata rata friends aku orang kelantan. So fokusnya mestilah pada mangsa dari neg

petang khamis di rumah umar

Image
Assalamualaikum. Serius minggu ni rasa cepat gilos masa berlalu. Hari ni dah khamis pun. Rasa macam baruuuu je ahad. Biasa if aku happy mood ok je baru rasa masa cepat berlalu. Tapi minggu ni rasanya aku moody dan agak emo. Rasa macam dah lama sangat tak cari pasal dengan suami, tapi minggu ni macam boleh tahan jugakla aku punya temper tu. Tapi.....kalau masa cepat berlalu, tu salah satu dunia nak kiamat. Tanda tanda kecil. Gulp! Dosa banyak lagi ni weh. Dosa ngan tuhan, dosa dengan laki, dosa dengan mak ayah, dengan orang sekeliling.... T______T Takpe, malam ni malam jumaat. Malam jumaat antara malam doa dimakbulkan. Bolehla berdoa supaya diampunkan semua dosa aku kecik ke besar. Moga aku rajinla nak beribadah dan mengaji quran lebih sikit dari hari biasa..huhu Oh ya, bebenornya nak update pasal petang lepas balik kerja tadi. Otw balik kerja tadi singgah rumah student sebab parentsnya jemput datang majlis kesyukuran & akikah baby, adik pada si student. Bukan studen

selepas 5 tahun

Assalamualaikum. Otw balik kerja tadi sempat buat sesi meluah perasaan dengan suami. Berkaitan anak. Isu utama dalam hidup aku dan suami sekarang. Sebelum raya hari tu aku pernah bagitahu suami sekali. If cukup 5 tahun kami kawin, tapi kalau kami masih belum dapat anak, aku redha kalau suami nak bercerai. Tapi masa aku aku bagitau suami dalam wasap. Suami balas wasap cakap aku gila fikir macam tu. Tak pernah dia ada terniat macam tu walaupun kami masih takde anak. Ok, fine. So tadi aku cakap lagi. Kalau ditakdirkan masih tak dapat anak, biarla kami berpisah. Aku sayang dia. Mesti aku nak yang terbaik untuk dia. Kalau yang terbaik tu bukan dengan aku, aku redha. Andai itu takdir tuhan, sape aku nak menidakkan. Tapi suami balas apa, aku kurang dengar ayat pertama dia. Tapi lepas tu dia cakap ingat senang senang ke nak bercerai, nak berpisah sambil senyum senyum. Mungkin dia rasa kelakar dengan pemikiran aku. Mungkin dia anggap aku ni kebudakan. Hakikatnya, aku nak

rindu awak 200 peratus

Image
Assalamualaikum. Haihhh tak habis habis lagi ke drama adaptasi novel ni? Lepas satu satu. Mengacau je tau. Habis tergendala semua program aku nak menonton cite faveret aku. Laki aku tu dahla hantu drama. Dia punya layan tu mengalahkan pompuan. Bila dia start layan drama rindu 200% aku dah tau dah. Ni siapla konfem aku lepas ni aku tak boleh tengok channel lain dah. Masa awal awal start cerita siap tanya novel lagi. Siap nak suruh belikan tu. Dalam pertengahan episod dia bagitau dah baca novel. Pulak dah. Katanya baca yang kawan satu ofis punya. Lepas tu mulala dok berlagak dah tahu ending. Ada aku kesah??? Orang dok bercinta laki bini awak yang dok tersengih sengih depan tv apahal? Aku ni kengkadang sampai terfikir, nape hover sangat laki aku ni? Entah entah ada mata air ke kat luar? Ke berangan nak berbini lain?huhuhu Cerita ni seingat aku awal episod aku layanla jugak. Tapi sampai 3, 4 episod dah naik fedupla aku. Menyampah dengan jalan cerita. Kengkadang novel ni if ju

K.E.N.A.N.G.A.N

Image
assalamualaikum. Semalam anak sedara yang jerteh datang rumah mak kejap. Lepas dorang balik aku nampakla satu beg sekolah budak, bila tanya katanya bukan dorang punya. Agaknya hak milik anak sedara yang lain la kot. Pastu aku pun belek la nak tengok apa ada dalam tu. tengok tengok rupanya ada buku  nota aku yang lamaaaaa dulu. Buku nota masa diploma dan degree. Bila belek, salah satu buku nota tu rupanya diary aku. Fuhhhh, nasib baik dorang tak bawak balik jerteh. Jumpa dek anak sedara yang dah besar, buatnya dorang baca, konfem i is malu seumur hidup.huhuhu buku nota dulu dulu wajib aku balut, skema la kan if guna cover asal.hehe dulu dulu galaxy banyak poster artis, so aku ambikla poster artis yang aku minat ni bahagian dalam kengkonon kena ada biodata la lepas tu harusla tampal gambar jejantan's faveret aku ntah kemana la ghaib semua hero kesayangan aku ni korea, jepun, taiwan semua lengkap tapi jantan kesayangan harusla kevin bsb.. di

mendung dan mata kucing

Image
Assalamualaikum. Seronoknya hari cuti. Kena pulak kejap tadi hujan. Lebat la jugak. Lepas solat zohor aku tertidur. Tapi kejap jelah. Ada budak kecik ni dah terjaga. Terkejut sebab hujan agaknya. Masa aku panggil dia suh duduk dekat riba dia terus datang. Lepas tu buat muka konfius dok pandang je aku ni. Sahla dia tertukar. Mesti dia ingat aku ni umi dia. Maklumla adik beradik, muka aku dengn umi dia dahla sepesen.hehehe Cuaca hari ni pun macam tau tau je. Hati aku tengah mendung, dia pun mendung jugak. Bila hati aku mendung memang aku takkan buat apa apa. Bercakap malas. Tengok tv malas. Baca novel pun malas. Kerja siap ke tidak hal lain. Nasib baik ada blog, boleh aku meluah perasaan. Kejap lagi suami nak datang ambik. Dah janji nak singgah makan. Lapar. Tapi macam takde mood je ni. Hari ni pun tekak rasa macam tak best je. Malam tadi nak tidur terbatuk batuk. Ni mesti sebab makan buah mata kucing yang suami belikan semalam. Tahu dah kalau makan buah mata kucing mesti saki

bajet raya 2014

Image
Assalamualaikum.. Hari ni dah 19 syawal kan? So okay jelah if nak update pasal raya kan? Hehe.. Alhamdulillah tahun ni aku tak lupa diri. If nak banding dengan tahun lepas tahun ni aku jimat banyak kot. Kalau kira kira macam tak sampai rm200 je yang aku belajan untuk raya. Apa yang aku belanja kan ek? Pertama sekali kuih raya. Tahun ni kuih raya 5 jenis je aku beli, campur kerepek  dll jadila 8 jenis. Almond london Makmur gajus Suji badan Snowy almond Tart nanas Kerepek pisang Karipap mini Kuih siput Total belanja rm155 sahaja. Tapi suami bayarkan rm50, jadi bajet aku rm105 jelah. Ingat kalau sebelum ni pernah bajet biskut cecah rm200 lebih. Gila membazir. Tahun lepas sampai 9 bekas biskut raya, sampai ke raya haji ada lagi yang belum bukak. Kalau ikukan,  hari khamis sebelum cuti raya suami ada wasap tanya biskut raya dah beli berapa jenis tapi aku lambat sangat reply so suami tak beli. Kedekut. Lepas tu aku pesan siap siap untuk tahun depan, tak payah tanya beli

minat ke obses?

Image
Assalamualaikum Dari awal bulan lagi aku tak sabar nak tunggu ahad depan. 2x ahad tu tau kena bersabar. Sejak nampak iklan us masterchef s5, memang tiap harila aku dok membilang hari. At last hari ni dah khamis. Esok lusa cuti weekend. Then hari ahad kerja, malam tu akan start main la masterchef us kat channel star world. Yuuhuuuu....serius aku tak sabar. Aku memang dah siap siap plan. Lepas balik kerja kena terus mandi and siap siap masakla. Lepas solat mangrib and ngaji sikit, pukul 750 kena tercongok standby depan tvla. Dah pesan pun kat suami tak boleh tengok berita. Please la jangan tengok berita. Kasila can aku nak tengok dengan tenang.huhu... Sebenarnya, masa cuti raya hari tu kakak ada bagitau abang ipar memang dah ada pun us masterchef s5 ni yang dia download. Tapi masa hari last sebelum akak gerak balik, abng ipar dah cakap nanti transfer jelah dari hard disc dia tapi boleh pulak aku terlupa bawak balik laptop, just bawak balik pendrive je. Dahtu nak cucuk celah

banyak makan jadi gemoks

Image
Assalamualaikum. Masalah. Masalah. Masalah. Besar ke kecik bagi aku semua masalah ni boleh bikin stress. Masalah terbaru aku adalah masalah biasa yang jadi isu besar bagi orang pompuan. Masalah berat badan! Kalau dulu aku ni la orang yang paling gembira sebab saiz badan sekeping je, tapi tahun ni aku perasan dalam sebulan atau 2 bulan berat akan naik lepas sekilo sekilo. Aku start perasan benda ni lepas berat aku naik 52kg. Kalau dulu senang hati je berat maintain 50,51. Lepas tu naik lagi jadi 52kg. Ok takpe baru 52kg, pandai aku pujuk hati sendiri. Lepas tu naik 53kg. Okayyyy je lagi. Lepas tu naik 54kg. Aku dah mula rasa tak berapa ok. Lepas tu naik 55kg, dan last sekali masa first appointment ngan gynae berat aku 56.2kpg. Alamakkkkkk, serius mula rasa risau. masa raya ramai yang tegur nape makin berisi, muka makin bulat, dagu nampak berlipat, punggung makin lebar. Masalahnya aku ni tak beranak pun lagi, if dah pernah beranak takdela rasa ralat sangat. Ni lepas raya meman

serba serbi pink

Image
Assalamualaikum. Entri sesaja. Nak tayang gift terbaru dari suami. Helmet pink u'oolllss...hehe Cantet tak? Alkisahnya masa raya ritu anak sedara dah rosakkan helmet yang aku tertinggal rumah mak. Rosak visor je pun, boleh je pasang balik ganti baru. Tapi suami cakap takpe, beli baru je so otw balik suami singgah kedai aksesori motor terus belikan helmet pink ni. Memang dulu dia ada bagitau nampak helmet pink ni kat kedai pastu nak belikan tapi aku dah lupa pun. Tup tup ada rezeki jugak dapat yang baru. Suami aku ni tak tahula nape. Minat sangat kaler pink. Setakat ni kalau semua barang yang dia belikan atau dia pilihkan untuk aku memang semua pink. Teringat masa bertunang dulu, aku berkenan purse merah, tapi dia suruh ambik yang pink. Dia belikan laptop 2 tahun lepas pun, tengok tengok kaler pink. Belikan kemeja hadiah anniversary tahun lepas pun kaler pink. Walaupun saiz yang ada satu saiz kecik dari yang biasa aku pakai, tetap ambik jugak sebab dah

kisah si kucing

Image
Assalamualaikum. Ibu kucing dekat rumah ni baru je beranak. Suami cakap ada 3 ekor anak kucing. Semalam aku nampak dia mundar mandir dalam bilik. Perut pun nampak dah kempis. Lepas maghrib aku lepak dalam bilik baca novel. Tetiba dia terjun dari celah bumbung jatuh ke bilik air. Dari bilik air dia terus bawak anak dia sembunyi dalam almari baju dalam bilik. Almari pulak memang open takde pintu jadi senangla dia terus masuk je. Aku pun panggilla suami. Suami pun bawak keluar anak dia, pergi letak balik tempat asal. Tak lama lepas tu dia angkut lagi anak dia. Panjat, terjun dengan sembunyikan anak dia tempat sama. Dok ulang macam tu sampai 3, 4 kali.huhuhu Aku pulak naik risau takut kaki dia patah ke masa dok lompat tu. Asal suami pergi letak anak dia, dia angkut balik masuk bilik. Malam ni pulak aku layan tv, masuk je bilik tengok ada dia dengan seekor anak. Tapi kali ni dia tak masuk almari. Bila aku biarkan pintu terbukak dia terus bawak anak dia keluar, lepak dengan da

makan lagi

Image
Assalamualaikum. Wah kemain rajin aku up entri hari ni. Masa mood ada ni okayla. Maklumler hari cuti. If hari kerja kengkadang nak bukak laptop pun malas. Tapi sekarang ni aku banyak update dengan tab je. Asal ada pic terus je membebel.hehe Untuk minggu ni, lesson plan daily dah beres. Yang weekly punya pun half aku buat. Art n craft dah beres. Tinggal nak tampal tampal je. Progress buku pun setakat ni okayla, seminggu buat dah siap dalam 7 mukasurat, okayla tu kan? Atleast ada yang aku nak tunjuk kat mrs boss hujung bulan ni. Hari ni macam biasa ada tuisyen. Tapi tetiba pagi tadi dapat tahu ayah ada program anjuran Maik di masjid muhammadiah kota bharu. Masa aku bangun nak subuh baru mak bagitahu. So aku terus mandi siap siap nak hantar ayah, sebab program mula pukul 8am. Dalam 720 gerak nak hantar ayah, dalam 745 dah sampai. Lepas drop ayah depan masjid aku terus pergi tadika. Sampai awal sempat siapkan lesson plan. Habis tuisyen dalam pukul 10 tapi aku stay situ je sebab

Kisah Seorang ISTERI dan PENGEMIS

Assalamualaikum. Dah lama tak kongsi dekat sini salah satu kegemaran aku. Kisah kisah motivasi kehidupan. Koleksi cerita motivasi aku memangla banyak sama ada yang bertaip ataupun tak, tapi dah lama tak ambik tahu. Tersimpan je dalam kotak dalam bilik. Rasanya lepas ni kena rajin rajin la share balik dekat sini. Hari ni nak share satu kisah yang aku terbaca di facebook. Kisah Seorang ISTERI dan PENGEMIS Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya,  "Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?" Rupanya suaminya memiliki karakter berbeda dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab,  "Tidak usah! usir saja dia, dan tutup kembali pi

cerita raya edisi kg seneng

Image
Assalamualaikum... 12 syawal baru nak update cerita 1 syawal.heeee almaklumla busy beraya. Lagipun blogger lain pun aku tengok baru minggu ni jugak start update entri raya. Alah sapela nak baca blog aku ni. Aku cuma nak melunaskan minat aku menulis je dengan blog ni, bukan nak kejar follower dan populariti pun.hihi Yang penting aku puas. Puas dapat membebel ;p Tahun ni alhamdulillah sambutan raya lancar, aku gembira. Tu yang penting. Lancar dari pandangan aku jelah. Walaupun first day period nasib baik aku ni takde masalah senggugut, so dapatla beraya sepuas puas hati. walaupun dalam keadaan perut yang tak selesa. Pagi raya macam biasa aku di rumah seneng. Suami anak bongsu, lelaki sorang pulak tu so memang wajibla setiap tahun macam ni, tapi takpe, aku redho.huhu baju melayu suami memang aku dah gosok malam raya, so pagi raya tu just gosokkan sampin je. Lepas suami pergi masjid aku mandi dan bersiap. Lepas tu lepak je depan tv tunggu suami balik. Lepas suami balik makan