Sunday, August 31, 2014

inai di jari



Assalamualaikum.

Semalam otw bali rumah mak singgah rumah tok kejap. Lepas sembang sembang aku macam biasala merayau tepi rumah. Ada pokok lada, pokok limau nipis, pokok limau purut. Ambikla sikit nak buat guna kat rumah. Lepas tu ternampak pokok inai. Tetiba teringin nak pakai inai. Kebetulan daun pun tengah lebat.

Pokok inai rumah tok ni memang dah ada lama pun. Dari zaman kecik lagi memang dah ada. Kalau musim kemarau pun memang pokoknya tak mati. Sebab ingat dulu ambik buat inai sendiri.

Kalau dulu memang buat inai sendiri. Masa tu takde lagi inai segera dalam tiub semua ni. Masa tu nak buat inai tumbuk je, campur sekali arang, nasi. Lepas tu perah asam limau sikit kot kalau tak silap. Lepas tu tangan sebelum tidur masuk dalam plastik then ikat. Tapi selalunya bangun pagi mesti habis semua plastik tercabut pastu inai kering bersepah kat tempat tidur.hehehe kenangan sungguh.

Last pakai inai 3 tahun lepas la, masa kawin, tetiba rasa nak pakai inai ni dah buang tebiat ke aku ni.

So petang semalam balik je rumah, lepas solat maghrib aku lurut semua daun inai dari batang masukkan dalam blender. Kebetulan ada nasi lebih sikit dalam periuk, so aku campur sekali. Masuk kan sikit air. Blend je sampai hancur.





Tangan belah kiri aku pakai sendiri. Tangan kanan suruh suami letakkan.  Guna sudu je letak kat jari. Sedikit cair tapi still lekat di jari. Lama aku aku pakai dan biarkan kering. Dari pukul 8 sampai la pukul 10 lebih. Tu pun sebab dah mengantuk, cuci bersih, solat dan terus tidur. Dalam dok pakai inai ni, bila dia dah kering sempat jugak aku dok wasap wasap sampai habis comot di tab.hehehe




Gambar snap pagi tadi. Takdelah merah sangat tapi okayla. Dalam gambar nampak cerah, tapi yang real lagi gelap. Inai jari kanan lagi gelap dari belah kiri maybe sebab lepas kering aku letak lagi sekali. Adunan lebih pun ada aku simpan, kot lepas ni nak pakai lagi.

Esok naik keje ni janganla ada parent ingat aku kawen pulak cuti merdeka 3 hari ni.kihkihkih. Lagipun tengah berusaha dapat baby ni, harusla feeling pengantin baru sokmo kan? ;)




3 comments:

Azian Elias said...

ya allah youu. i pun ntah kenapa tetiba nak pakai inai.. pakainya masa kawin 22 tahun dulu.. hee.hee tapi akak pakai yg ready made punya tu..belah kiri je pakai.. kanan tak de siapa nak pakaikan.

Jee Abdullah said...

comel je muis paai inai. haruslah feeling baru kawen sokmo! hehe

dhiera said...

perantin baru gitu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...