Sunday, August 17, 2014

K.E.N.A.N.G.A.N



assalamualaikum.

Semalam anak sedara yang jerteh datang rumah mak kejap. Lepas dorang balik aku nampakla satu beg sekolah budak, bila tanya katanya bukan dorang punya. Agaknya hak milik anak sedara yang lain la kot. Pastu aku pun belek la nak tengok apa ada dalam tu. tengok tengok rupanya ada buku  nota aku yang lamaaaaa dulu. Buku nota masa diploma dan degree. Bila belek, salah satu buku nota tu rupanya diary aku.

Fuhhhh, nasib baik dorang tak bawak balik jerteh. Jumpa dek anak sedara yang dah besar, buatnya dorang baca, konfem i is malu seumur hidup.huhuhu




buku nota dulu dulu
wajib aku balut, skema la kan if guna cover asal.hehe
dulu dulu galaxy banyak poster artis, so aku ambikla poster artis yang aku minat






ni bahagian dalam
kengkonon kena ada biodata la
lepas tu harusla tampal gambar jejantan's faveret aku
ntah kemana la ghaib semua hero kesayangan aku ni
korea, jepun, taiwan semua lengkap
tapi jantan kesayangan harusla kevin bsb..





diary handmade.
ada tarikh dan hari.
guna pensel je pun.huhu
banyakkkkk rahsia aku dalam ni





selain menulis sesi luahan hati, aku juga guna buku nota ni untuk simpan semua koleksi nota, wish, kad kecil dari kawan kawan.
sayang nak buang, nak simpan jadi semak, so alternatif lain tampal je dalam buku
lebih kemas..
ada nota ni yang dah lebih 10 tahun


bila jumpa buku nota ni memang mengimbau balik la masa study dulu. Masa muda remaja. Masa asyik bergelumung dengan kelas, buku buku tebal, kuiz, test dan paling azab sekali exam dekat dewan besar. Alhamdulillah aku dah lalui semua tu.

sekarang ni aku dah dewasa. Malas dah nak mengimbau kenangan lama. Tutup buku lama, bukak buku baru. Sodakallahula'zim.....   :)


4 comments:

OrenJes said...

ni mmg lejen ni..
i can see mine..
comey tulisan time tu..hehe..
skang tulisan nak baca kena tilik 2, 3 kali..

muis ismail said...

Hehe..notes kecik dr mu semua cute cute, sayang nak buang :)

muis ismail said...

Hehe..notes kecik dr mu semua cute cute, sayang nak buang :)

dhiera said...

mag galaxy dulu memang suka beli sbb banyak poster artis.

saya nmpk won bin disitu dan jerry f4 gitu. haa...

mengimbau kenangan betul!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...