ketupat raya



Assalamualaikum


Kalau tahun lepas aku punya ketupat raya tak menjadi. Beli yang segera je pun. Tapi rebus last minit, lepas tu aku terus potong. Memang berderai derai dah jadi ala nasi lembik ketupat aku. Aku lupa patutnya kena sejukkan dulu baru potong.hehe

So tahun ni dah plan baik punyala. Malam raya dah kena rebus lepas tu sejukkan dulu, pagi raya baru potong.

Tahun ni aku beli nasi himpit segera paket yang ada 30 bungkus. Lepas kira kira rebus sikit jelah dulu, kot tak habis nanti membazir pulak. So aku rebus dalam 15 kampit. Dah tahu dah kena masukkan air banyak. Rebus dalam masa 60-90 minit je. Itu pun aku baca arahan belakang paket. Berulangkali aku baca takut salah.hehe

Hasilnya?



Cantik sungguh rupa nasi himpit aku kan?

Ntah kenapa dok ralit tengok drama daun ketupat kering, rupanya air rebus ketupat aku yang kering. Sampai terlupa nasi himpit tengah rebus kat dapur. Aku ada je macam terbau hangit tapi tak sangkala dari nasi himpit aku. Memang berkerak hitam dah periuk tu. Satu keje pulak aku nak kena menyental.huhu

Dahla masa tu dah dekat pukul 12, mata dah mengantuk. Kalau ikut hati malas dah aku rebus yang lain, tapi fikir punya fikir takpelah, sabar. Nanti pagi raya nak makan apa. Dahla sebelum tu aku dah buat drama malam raya edisi gulai ayam. Penat tau asik berdrama je.

So gagahkan jugak rebus baki nasi himpit. Kali ni aku tak biar dah, kejap kejap pergi tengok kot kot kering air. Sebab aku just guna periuk sederhana, sedang elok muat 15 kampit. Pukul 1 lebih baru siap rebus nasi himpit.



Selepas.

Alhamdulillah kali kedua rebus menjadi nasi himpit aku. Putih gebu takde dah hitam hitam. Hmmmp rebus banyak ni pun membazir jugak. Budak budak datang bukan nak makan nasi himpit pun, dok meratah satay je.huhu

Takpe, tahun depan aku rebus 3 kampit kecik je! Kalau tak cukup, cicah je jari dalam kuah kacang :D






Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM